28 February 2017

BUAH KIWI jadikan tubuh kebal





KIWI, saiznya kecil. Tetapi jangan biarkan saiznya itu memperdayakan anda. Hal ini kerana, buah yang dikenali dengan nama Chinese gooseberry ini memiliki banyak khasiat yang diperlukan tubuh.

Buah kiwi adalah tumbuhan separuh tropika yang tergolong dalam keluarga Actinidiaceae. Nama saintifik buah kiwi adalah Actinidia chinensis.


Buah kiwi boleh didapati dalam dua jenis iaitu hijau dan emas. Buah kiwi hijau boleh didapati di pasaran dari bulan Mei sehingga hujung tahun, manakala buah kiwi emas (Gold) boleh didapati dari bulan Mei hingga Oktober. Ia juga dianggap sebagai jaguh nutrisi dalam kebanyakan buah-buahan yang popular.


Buah kiwi dikatakan mengandungi lebih banyak nutrient penting daripada 27 jenis buah-buahan popular dipasaran. Ini dibuktikan oleh kajian Universiti Rutgers. Kajian ini sekali gus menjadikan buah kiwi mengandungi kepadatan nutrient tertinggi di dunia. Ternyata disini, buah kiwi memberikan khasiat harianyang padat dengan kebaikan untuk tubuh badan manusia.


Kandungan Vitamin C yang tinggi di dalam buah kiwi dikatakan berupaya mempertingkat sistem daya tahan secara semulajadi dan menyumbang kepada pembentukan kolagen dan fungsi normal tulang, rawan gusi, kulit dan salur darah. Ia juga dikatakan mampu membantu dalam penyerapan zat besi dan kalsium malah menjaga kesihatan gigi dan gusi.


Vitamin C juga dikenalpasti mampu mencegah gejala-gejala selesema. Menurut satu kajian yang dipapar dalam The American Journal Of Clinical Nutrition mengesahkan kandungan Vitamin C dalam buah kiwi emas adalah 5 kali ganda bio-wujud daripada Vitamin C dalam makanan tambahan.


Malahan kedua-dua buah kiwi hijau dan emas mengandungi Vitamin E dan Folat yang dikatakan mampu membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. Buah ini turut mengandungi Vitamin E dalam bentuk bebas lemak. Ini adalah antioksidan yang hebat bagi membantu merendahkan kolestrol dan merangsang kekebalan.


Buah kiwi juga mengandungi fitokimia lutein. Lutein adalah vitamin karotenoid yang mampu mencegah kebutaan berkaitan usia. Ia juga mampu melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas. Oleh sebab tubuh tidak dapat mensistesiskan lutein yang diperlukan tubuh, adalah penting untuk mengambil makanan yang mengandungi lutein seperti kiwi.


Nak sentiasa sihat tubuh badan boleh amalkan buah kiwi yang mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Tapi nak lagi mudah telan je VITAMIN C PLUS SHAKLEE. 😃😄


Semoga perkongsian ini memberi anda lebih menjaga pemakanan untuk tubuh badan anda.  

26 February 2017

Rai Masa Fleksibel WALAUPUN SIBUK



Salah satu impian ramai wanita adalah mahukan kebebasan masa dan mempunyai masa fleksibel. Kedengaran seperti indah, namun hakikat sebenar suri akan merasai bahawa tidak ada masa yang tenang ketika bertembung urusan antara urusan kerja dan juga urusan rumah tangga.

Jika ketika masih berkerjaya di luar, suri terperangkap dengan imbangan masa bersama keluarga dan mahu lebih focus kepada rumah tangga. Tetapi apabila bekerja di rumah hakikatnya lebih sibuk dan disinilahpentingnya pengurusan masa walaupun sudah bebas bekerja dengan majikan.

Berikut strategi pengurusan masa yang boleh dipraktikkan dan capat matlamat masa fleksibel. Ketahui beberapa tip untuk menyongsang arus kesibukan.

Jika Anda Mampu Dan Ada Duit Lebih, Semua Pakaian Serah Sahaja Pada Tukang Dobi.

Serah pada setiap hari rabu dan ambil pada hari Jumaat. Malam jumaat selesaikan dan simpan pakaian yang sudah bersih dan susun cantik-cantik. Hari sabtu, sudah tentu hati sudah lapang kerana tidak perlu fikirkan pakaian kotor lagi.

Ia Nampak biasa, tetapi sebenarnya ia pencuri masa yang banyak. Gantikan masa itu untuk bersama anak-anak atau focus kepada urusan bisnes yang dijalankan secara sampingan.

Setiap Kali Hujung Bulan Atau Awal Bulan, Anda Akan Membayar Semua Bil Dan Tangan Sudah Mula Gatal Untuk Membeli Belah.

Tetapi keadaan tetap hampir sama kerana kebanyakan pusat beli belah juga penuh dan ramai orang. Bagi mencari hari lapang dan tenang, biasanya membeli belah pada pertengahan bulan. Maksugnya peruntukan untuk itu, hanya pada pertengahan bulan. Jika tidak percaya cuba. Keadaan lapang dan tenang, juga tidak perlu bersesak beratur.

Seni Menangguhkan Kerja

Ada kerja yang anda suka buat dan ia mudah dan cepat diselesaikan. Ada kerja yang membuat anda merasakan malas untuk diuruskan. Contohnya sangat tidak suka membasuh bilik air atau tandas setiap minggu. Sering kali apabila tugas itu perlu diselesaikan anda membuat penangguhan.
Sekarang cuba untuk alihkan tugas menangguhkan kepada agihan yang lebih berseni. 

Contohnya, membiasakan diri mencuci bilik air setiap kali waktu mandi. Ambil masa 1 hingga 2 minit membersihkan bilik air dan lakukan ia ketika ia masih bersih. 

Jadi setiap kali selesai mandi, bilik air berada dalam keadaan sentiasa bersih. Tidak ada lagi tugas tersebut pada minggu hadapan, kerana anda sudah melakukan ia sepanjang masa. Bukan sekadar sedap mata memandang, tetapi tiada lagi penangguhan kerja.

Rutin Fleksibel, Pendekatan Berbeza

Anda mungkin membuat pilihan melakukan tugas yang sama setiap hari. Keadaan ini menyebabkan rasa bosan dan jemu yang berpanjangan. Anda menganggap ia adalah rutin dan perlu selesaikan juga walau apa cara sekalipun. 

Luangkan masa sebentar, berfikir semula, sememangnya ia rutin jadikan ia rutin fleksibel. Iaitu tetap terurus dan cara yang pelbagai. Maksudnya jangan terlalu terikat dengan jadual yang ketat. Memang anda perlu focus menyelesaikannya, tetapi sesekali mengubah dengan cara dan pendekatan yang berbeza ia boleh memberi warna baru untuk hari anda.

TIPS PENTING
-  Senaraikan seberapa banyak tugas, mengikut agihan masa, pagi, tengahari, petang dan malam.
-  Senaraikan dan lima minit terakhir anda lihat berapa banyak tugas yang selesai lakukan.
-  Yang penting berapa intensity kecekapan menyelesaikan tugas mengikut tempoh masa.
-  Senaraikan seberapa banyak, tidak semestinya hanya lima seperti yang dibuat oleh anda.
-  Pastikan senarai adalah fleksibel dan realistic untuk diselesaikan. Ubah ia mengikut kesesuaian masa dan jenis kerja kalian.

25 February 2017

4 TIPS PERSEDIAAN SELEPAS BERSALIN




Bila makin dekat nak bersalin mesti fikir nak buat apa lepas bersalin? Tidur sahaja ke, mandi-mandi segarkan badan ke, tunggu suami datang ke,macam-macam kita akan fikir.

Pengetahuan ibu hamil tentang apa yang harus dihadapi untuk menjalani proses bersalin sudah lengkap, anda juga sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Masa nie la nak kena jaga atau pun dipanggil ‘proses berpantang’. 

Adakah ibu hamil telah benar-benar bersedia dengan persediaan selepas melahirkan bayi? Disini ada tips yang boleh membantu ibu hamil mengurangkan kegelisahan yang dihadapi selepas bersalin.


BEBERAPA MINIT SELEPAS BERSALIN

Emosi Ibu Hamil

Gembira selepas menatap anak kesayangan yang baru dilahirkan, namun dalam masa yang sama berasa letih. Dapatkan tidur yang lena selepas beberapa lama perlu bersengkang mata menahan kesakitan.

Pendarahan

Darah yang hilang mungkin banyak sama seperti hari pertama haid. Jururawat akan memakaikan anda tuala wanita khusus buat wanita bersalin sebaik sahaja uri dikeluarkan. Semasa proses pengeluaran uri, doctor akan meletakkan tangan di atas perut untuk memeriksa sama ada uri benar-benar Berjaya dikeluarkan. Dengan demikian doctor dapat mengetahui keadaan Rahim yang mengecut dengan baik ataupun sebaliknya.

Kesakitan

Bahagian bawah tubuh mungkin mengalami sedikit kesakitan. Walaupun anda tidak dijahit, anda masih boleh berasa sakit akibat lebam kerana meneran bagi mengeluarkan bayi. Jangan malu untuk meminta ubat tahan sakit seperti paracetamol jika memerlukannya. Ketahuilah kesakitan sebegitu biasanya mengambil masa seminggu sehingga beberapa jam sebelum reda.

Sekiranya anda mengambil epiradural, anda berkemungkinan tidak mengalami rasa sakit ini untuk tempoh masa sehingga dua jam. Kesakitan selepas bersalin tetap akan dirasai memandangkan Rahim anda mula mengecut dan mengalami kontraksi untuk membolehkannya kembali ke saiz asal. Seperti kontraksi ringan atau senggugut haid.

Payudara

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu, berkemungkinan perlu minta bantuan jururawat memberi tunjuk ajar teknik yang betul menyusukan bayi. Jangan beranggapan susu akan keluar dalam jumlah yang banyak. Pada hari pertama hingga ketiga,tubuh menghasilkan kolostrum. Ia berupa susu yang pekat dan likat berwarna kekuningan. Susu ini bagus untuk mencegah penyakit bayi dan kaya antibody.


BEBERAPA JAM PERTAMA SELEPAS BERSALIN

Segarkan Diri

Anda pasti ingin mandi selepas baju penuh dengan darah. Ambil kesempatan mandi wiladah ataupun mandi selepas bersalin. Jika anda mengambil epidural dan masih berasa kebas, lebih baik jika anda hanya mengelap tubuh dengan menggunakan tuala kecil yang direndam ke dalam bekas berisi air suam terlebih dahulu.

Waktu Melawat

Apabila tubuh kembali segar dan penampilan sudah rapi tentu sahaja anda lebih berkeyakinan menerima kunjungan tetamu. Namun juka anda masih memerlukan rehat, maklumkan pada tetamu dengan cara yang baik.

Bekalan Tenaga

Anda akan diberi minum air yang boleh memberi tenaga seperti coklat sebaik sahaja seleasai urusan bersalin, adalah biasa untuk anda berasa lapar selepas bersalin. Oleh itu sediakan bekalanan makanan di dalam beg sebelum ke hospital.

Masa Untuk Ke Tandas

Jangan tunggu terlalu lama untuk mengosongkan pundi kencing selepas bersalin. Ia membantu anda mengawal pendarahan secara semula jadi. Jika anda berasa sengal ketika membuang air kecil, curahkan air suam di antara celah kaki. Namun jangan beranggapan anda akan membuang air besar pada hari pertama selepas bersalin.

Semoga tips ini memberi persediaan untuk ibu-ibu hamil di luar sana untuk leih bersedia selepas proses melahirkan bayi anda. Kawal emosi dan banyakkan berzikir.

23 February 2017

Apabila Si Kecil MENGUAP



Bila anda dah mula mejadi seorang ibu untuk pertama kali, pasti anda terasa tekanan dengan kehadiran orang baru lagi2 anak yang anda sendiri lahirkan. Ia akan memberi 100 peratus perubahan buat diri anda. Jangan bagi tekanan pada diri anda.

Sebagai ibu, anda kena faham keadaan dan gerakan bagaimana anak anda mahukan. Waktu tidur bayi jugak mempengaruhi untuk ibu itu rehat.  

Ibu perlu tahu bahawa bayi yang baru lahir memerlukan antara 17 hingga 18 jam untuk tidur dalam sehari. Apabila usianya masuk tiga bulan, bayi tidur 15 jam sehari. Pun begitu, mereka tidak tidur lebih tiga hingga empat jam pada satu-satu masa ada siang atau malam.

Suhu yang disarankan dalam bilik ialah antara 24 hingga 25 darjah celcius. Jangan biar anak anda terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika panas, buang selimutnya. Jika sejuk, selimutkanlah bayi anda.
Periksa sama ada anak anda sejuk atau panas dengan memegang perutnya. Jangan periksa tangan atau kaki kerana bahagian itu memang sejuk.


TABIAT TIDUR SI KECIL

Kenal Pasti Tanda Dia Letih

Ibu seharusnya tahu tanda-tanda yang menunjukkan bayi sudah letih. Bayi sedang letih apabila mula menggosok-gosok matanya, menarik telinga dan ada lingkaran hitam di bawah matanya. Jika si kecil menunjunkkan tanda-tanda seperti itu, dukunglah dia dan dodoikannya.

Beza Siang Dan Malam

Bayi yang baru lahir memang tidak dapat mengenal pasti sama ada siang atau malam. Biarkan kediaman anda terang dan bising dengan bunyi televisyen, telefon atau mesin basuh. Bermainlah dengannya apabila dia berjaga.

Apabila tiba waktu malam, biarkan kediaman anda sunyi sedikit dan jangan bermain dengannya seperti mana pada waktu siang. Biarkan suasana agak suram dengan lampu samar. Dengan ini dia akan faham bahawa waktu malam adalah waktu untuk tidur.

Peluang Tidur Sendiri

Apabila bayi sudah mula berusia lapan minggu, ajar bayi anda tidur sendiri. Apabila dia mengantuk, baringkan dia di tempat tidurnya. Biarkan dia terlena sendiri tetapi masih di bawah pengawasan anda. Jangan selalu asyik mendodoikannya kerana dia akan minta anda dodoikannya setiap kali mahu tidur.


GANGGUAN SEMASA TIDUR

- Bayi selalunya akan terbangun daripada tidur pada waktu malam untuk menyusu. Berikan susu kepadanya dan dia akan kembali lena.

- Adakala bayi terjaga daripada tidur kerana mahukan belaian anda. Kehadiran anda disisinya akan menenangkan. Biasanya dia akan kembali tidur.

-Jika anda mengaitkan tidur dengan perkara tertentu, misalnya mendodoi atau memberikan putting palsu, makan anda perlu berbuat demikian untuk mengelakkan si kecil terganggu daripada lenanya


Moga perkongsian ini memberi anda lebih faham dengan keadaan diri anda dan juga bayi anda yang dilahirkan. 

Semoga bermanfaat untuk anda semua :)