Stress adalah Sakit mental
Penyakit Kedua Tertinggi di Malaysia. Penubuhan kesihatan sedunia (WHO) mendedahkan secara purata 800,000 orang
membunuh diri pada setiap tahun, berumur di antara 15-45 tahun. Amat membimbangkan
kerana umur PRODUKTIF!!!
Ada 1 kes bunuh diri berlaku
dalam setiap 40 saat di seluruh dunia. Banyakkan !!! Di Malaysia, lebih kurang
7 kes berlaku setiap hari. Jika sebulan dua boleh tangani lagi, tapi di
Malaysia sahaja sudah mencapai setiap hari. Tinggi bagi kes begini !
Bagi setiap satu kes, 10-20
orang lain akan mendapat kesannya. Kebanyakkan kes bunuh diri adalah akibat
daripada KEMURUNGAN !!!
TANDA-TANDA TEKANAN/STRESS
a.
Tanda pada tingkah
laku :
-
Gangguan tidur,
gangguan selera makan, menangis, kelakuakn mengelak, mudah meradang, selalu
marah, selalu kemalangan kecil.
b.
Tanda pada fizikal
:
-
Kelesuan, kelihatan
takut, ketegangan otot, menggigit jari, ketegangan kerongkong dan perut, sakit
kepala, ulser, alergi.
c.
Tanda pada
psikologi :
-
Hilang tumpuan
motivasi, kecelaruan fikiran, kemurungan, pertukaran mood perasaan, pengambilan
alcohol dan inhalan.
KESAN TEKANAN/STRESS KE ATAS
INDIVIDU
- Perasaan risau, bimbang, gelisah dan cepat marah
- Sakit kepala dan sukar tidur
- Mudah berpeluh pada bahagian badan dan tangan
- Hilang selera makan
- Berasa loya dan muntah-muntah
- Degupan jantung meningkat
KENAPA ANDA TEKANAN/STRESS?
- Diri sendiri – kecewa, tekanan perasaan, serba salah
- Keluarga – masalah rumahtangga
- Persekitaran Tidak Selesa
- Menunggu Lama
- Kesesakan Lalulintas
- Rakan Sekerja – Bergaduh
- Komuniti – bertengkar dengan jiran
- Pekerjaan – masalah dengan boss/ BOSS tak faham anda, tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, ditukarkan dan dibuang kerja.
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
APABILA ANDA MARAH???
- Bertenang
- Kenalpasti punca anda marah
- Mendapatkan nasihat orang lain
- Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan
- Berbincang dengan ahli keluarga / rakan
- Membiasakan diri dengan memaafkan orang dan menerima bahawa juga melakukan kesalahan
Bila kita lihat ada ahli
keluarga kemurungan/tekanan/stress, jangan cepat melatah. Kerana dari
percakapan dan perbuatan kita, diri mereka akan lebih tertekan dan boleh
berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Pastikan jaga perasaan mereka dan
bebaskan mereka dari masalah yang dihadapi.
Sama-sama bantu ahli keluarga
untuk bebas dari tekanan / stress. Selain itu, ada tip-tips yang bantu mereka.
No comments:
Post a Comment