Merancang kewangan bukan mudah,
terutama apabila terikat dengan harga barangan yang tidak menentu di pasaran.
Mungkin kita tidak berupaya
menentukan harganya di pasaran, tetapi kita boleh berikhtiar cara lain dengan
berjimat menggunakan barangan tersebut dan menggunakannya secara berhemah,
antaranya penggunaan minyak kereta.
Mungkin tips yang Farah share pada
korang nie dapat membantu menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda.
1 ISI MINYAK WAKTU SUHU SEJUK
Wap petrol akan keluar dari
tangki minyak jika diisi waktu panas terik. Ia boleh mengurangkan petrol
apabila hilang ditelan angin. Seeloknya isi waktu sejuk yang mana ia mempunyai
wap yang berlebihan.
2 JANGAN TUNGGU SIMBOL MINYAK BERKELIP
Pengisian minyak ketika simbol minyak
berkelip tidak tepat. Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki
semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap. Sekali gus anda akan dapat
lebih petrol dalam tangki yang optimum.
Selain itu, semasa mengisi
minyak pastikan diisi dengan perlahan-lahan. Ini membolehkan petrol masuk
sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol bebas dan
seterusnya membazirkan minyak.
3 KEKALKAN KELAJUAN STATIK
Untuk menjimatkan minyak,
pastikan anda mengekalkan kelajuan kilometer yang statik. Hindari brek dan
pecutan yang mengejut, ia sangat membantu untuk menjimatkan minyak. Begitu juga
dengan penggunaan gear.
Pilih gear yang sesuai dengan
keadaan ketika memandu. Antaranya jangan guna gear rendah untuk kelajuan
tinggi, ini menyebabkan pembaziran minyak.
4 ISI ANGIN TAYAR DENGAN BETUL
Pastikan anda mengisi tayar
dengan spesifikasi yang betul. Perhatikan carta berat dan tekanan angin yang
terdapat di tempat mengisi angin sebelum mengisi angin. Jika angin kurang, akan
menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan pastinya minyak lebih banyak
digunakan. Periksa angin kenderaan anda dan minta orang yang mahir memeriksa
jika anda tidak pasti.
5 JANGAN JADIKAN KERETA SEPERTI
STOR
Penuh dalam kereta barang
kegunaan harian anda diletak dalam kereta. Kononnya senang untuk anda
menggunakan apabila diperlukan. Anda silap bebanan itu akan membuatkan kadar
penggunaan minyak melebihi tahap biasa. Minyak akan banyak digunakan apabila
bebanan semakin bertambah.
6 MATIKAN ENJIN BILA KERETA
TIDAK BERGERAK
Usah membazir minyak kereta
apabila kereta tidak bergerak, terutama ketika menunggu seseorang. Matikan enjin
dan ambil angin di luar untuk menjimatkan minyak kereta anda daripada anda
perlu membuka alat penghawa dingin di dalam kereta.
7 JANGAN MAIN STERENG DI JALAN
LURUS
Kurangkan penggunaan stereng
kereta ketika memandu di jalan yang lurus. Perbuatan mudah ini dapat meminimumkan
geseran tayar dengan permukaan jalan sekaligus mengurangkan tekanan enjin untuk
menggerakkan kereta.
Jom sama-sama kita manfaat
penggunaan minyak kereta dengan berhemah. Anda mampu mengubahnya !
No comments:
Post a Comment