Stres adalah
tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan
yang berlaku dalam kehidupan harian manusia. Stres merangkumi beban, tekanan,
kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Secara
umumnya, stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.
Punca utama
stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti
masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain. Bahayanya stres ini ia
bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling
seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.
Jadi untuk kita kurangkan terkena tempiasnya, meh baca
ada 7 tips yang farah huraian untuk kita kurangkan tekanan pada diri dan juga
orang disekeliling kita.
TIPS MENGATASI TEKANAN/STRESS
Bersikap realistik terhadap pekerjaan / tanggungjawab
anda :
-
Akui kekuatan dan kelemahan diri
-
Sentiasa berfikiran positif
-
Cuba melakukan yang terbaik di dalam
pekerjaan
-
Memupuk sikap seronok bekerja/belajar
Merancang kerja anda
-
kendali masa anda dengan bijak.
-
Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan
tangguh.
-
Elakkan daripada membawa kerja pulang ke
rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda masa lapang di sekolah.
-
Mengagihkan kerja dengan baik.
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
-
Lihat masalah dengan rasional dan rancang
penyelesaian secara sistematik.
-
Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan
dan langkah-langkah mengatasinya.
-
Nilaikan kesesuaiana pada setiap langkah
penyelesaian.
-
Ambil tindakan secara wajar.
Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar
-
Sentiasa bersikap terbuka apa jua perubahan
yang berlaku.
-
Bersikap realistic terhadap segala perubahan
dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda.
-
Bersikap positif dalam persekitaran yang
mencabar.
Amalkan komunikasi yang berkesan
-
Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada
bersikap agresif.
-
Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan,
tegas dan jelas.
-
Hormatilah pandangan rakan anda.
Semaikan semangat bermasyarakat
-
Jalinkan persahatan dengan rakan-rakan anda.
-
Senaraikan individu dan organisasi yang mampu
membantu anda dalam menangani sebarang masalah.
-
Berkongsi masalah anda dengan mereka yang
sedia mendengar dan boleh mempercayai.
-
Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang
bermasalah.
Amalkan cara hidup sihat
-
Luangkan masa untuk berehat dan bertenang.
-
Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat dan
tidur yang mencukupi.
-
Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan
dadah.
-
Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh
pada ajaran agama.
Jadikan dan mudahkan orang yang tekanan di sekeliling
kita. Jangan menambah burukkan diri mereka untuk menghadapinya. Sesama
membantukan amalan mulia.
No comments:
Post a Comment