Nanas atau nama saintifiknya ananas comosus (L) Mer memiliki rasa masam manis yang sedap untuk
dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus segar.
Banyak kebaikan yang mampu diberikan oleh nanas
terutamanya buat wanita. Nanas mengandungi enzim yang diperlukan tubuh seperti bromelain dan juga mineral seperti
tembaga, magnesium, kalisum, kalium, fosforus dan kebanyakan vitamin.
Dikatakan setiap 100 gram buah nanas segar mengandungi 50
kalori. Manakala secawan nanas iaitu lebih kurang 165 gram dikatakan mengandungi
83 kalori. 86 peratus buah nanas terdiri daripada air dan 13 peratus buah nanas
mengandungi karbohidrat.
Secawan nanas juga dikatakan mampu memberikan 132 peratus
nilai pengambilan vitamin C dan 76 peratus mangan yang disyorkan untuk tubuh. Kebanyakan
kebaikan untuk kesihatan buah nanas disumbangkan oleh bromelain.
1 MENCEGAH KANSER PAYUDARA
Enzim bromelain yang terdapat dalam nanas yang telah
diproses menjadi jus dikataka mampu merangsang fungsi sistem imun. Menurut penyelidikan,
jus nanas dikatakan mampu mengurangkan risiko kanser payudara terhadap wanita.
Sesetengah penyelidikan juga menunjukkan pengambilan jus
nanas menyembuhkan kerosakan dan luka yang disebabkan rawatan kanser. Walaupun penyelidikan
ini memberangsangkan namun lebih banyak kajian diperlukan dalam mematikan
keberkesanannya.
2 MERAWAT MASALAH SALURAN KENCING
Mineral seperti temabga, magnesiuj, kalium dan fosforus
yang terdaapt dalam nanas amat diperlukan untuk kesihatan wanita. Sifat diuretic
nanas dikatakan mampu menyelesaikan masalah saluran kencing.
3 MUDAHKAN PENCERNAAN
Nanas kaya dengan sumber serat yang mampu membantu dalam
masalah kesihatan. Jika dimakan dengan kerap, dikatakan ia mampu membantu dalam
pencernaan makanan dan mengenyangkan.
4 MENGURANGKAN KERADANGAN
Enzim bromelain dalam jus nanas segar bukan setakat
membantu merangsang system imun tetapi mampu membantu dalam mengurag=ngkan
keradangan melalui sifat antikeradangan. Apabila keadnagan dikurangkan dalam
tubuh, bermakna gejala-gejala arthritis, gout dan carpal tunnel mampu
dikurangkan.
5 BAIK UNTUK KESIHATAN MATA
Semakin tubuh berusia, retina mata cenderung untuk rosak.
Ia mampu membawa kepada kehilangan penglihatan dan menjadikan seseorang sukar
membaca dan mengenali benda dengan sempurna.
Bagi mengehadkan masalah ini, minumlah jus nanas setiap
hari kerana vitamin beta karotena yang terdapat di dalam nanas baik untuk
penglhatan dan sekali gus membantu dalam mencegah kemerosotan macula (mata).
6 MERAWAT KEJANG OTOT
Jumlah tinggi kalium dalam nanas menyumbang dalam rawatan
kejang otot dan rasa sakit dengan mengekalkan keseimbangan elektronik dengan
sempurna. Mineral ini juga mampu membantu pencernaan dan fungsi sempurna buah
pinggang.
7 MEMBANTU DALAM KEHAMILAN
Kajian telah menunjukkan bahawa nanas mengandungi vitamin
asid folik yang diperlukan untuk kehamilan sihat. Menurut kajian, asid folik
mampu mencegah kecacatan otak pada bayi yang belum lahir.
8 MENGURANGKAN SAKIT KETIKA HAID
Antioksidan yang terdapat dalam nanas dikatakan mampu meneutralkan
molekul radikal bebas yang bertanggungjawab dalam kerosakan sel. Antioksidan juga
bertindak dengan berkesan dalam merawat serangan jantung dan strok.
Yang tidak suka makan nanas, cubalah. Rasanya yang manis
tu akan membantu anda menikmatinya dengan baik ! banyak khasiat pada buah nenas
tau.
No comments:
Post a Comment