Puasa memang diwajibkan bagi semua orang islam untuk
menunaikan bila Bulan Ramadhan. Sepanjang berpuasa memang tidak terlepas untuk
menahan lapar dan dahaga. Termasuk juga jika anda melakukan puasa sunat.
Dalam tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil anda
mengalami beberapa ketidakselesaan. Disini, Farah nak tunjuk cara yang dapat
membantu mengatasinya suoaya anda kekal bertenaga sepanjang berpuasa !
1 KETIDAKHADAMAN (Pedih Ulu Hati)
Walaupun penghasilan asid perut akan berkurang semasa
berpuasa, pedih ulu hati akan terjadi waktu ini. Apabila anda berfikir tentang
makanan atau menghidu bau makanan, otak akan memberi isyarat kepada perut untuk
meningkatkan penghasilan asid perut, menyebabkan pedih ulu hati dan kembung
perut.
2 SEMBELIT
Pengambilan terlalu banyak makanan yang diproses, kurang
air dan kurang serat dalam pemakanan akan meyebabkan sembelit semasa berpuasa.
3 LETIH / LESU
Kandungan gula dalam darah akan menurun semasa berpuasa.
Ini membuatkan anda akan berasa lemah, letih, kurang tenaga dan pening terutamanya
pada waktu petang ketika berpuasa.
4 SAKIT KEPALA
Kurang tidur, kelaparan dan dehidrasi akan menyebabakan
sakit kepala dan keadaan ini akan menjadi lebih lagi apabila waktu berbuka puasa
semakin hampir.
5 DEHIDRASI
Berpuasa meningkatkan risiko dehisrasi terutamanya
dengan cuaca yang panas dan kering di Malaysia. Ini akan menyebabkan badan
menjadi lesu, pening dan loya.
6 PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI
Anda mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak
diingini kerana kecenderungan untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam
pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.
Jadikan puasa anda lebih bertenaga sepanjang hari dengan
SET PUASA SHAKLEE
No comments:
Post a Comment