Banyak sebenarnya kelebihan bila
kita berzikir dengan asma ul husna. Dimana, bila kita amalkan setiap satu
dariNya mempunyai khasiat yang berbeza-beza mengikut apakah hajat yang kita
mahukan. In Sya Allah……
Jom baca dan amalkan
YA RAHMAAN ( Yang Maha Pengasih)
Apabila dizikirkan sesudah solat 5
waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang &
sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.
YA RAHIM ( Yang Maha Penyayang)
Apabila dizikirkan sebanyak 100x
setiap hari, In Sya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali
sehingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
YA MALIK (Raja Yang Maha Berkuasa)
Apabila dizikirkan sebanyak 121x
setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan
setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.
YA QUDDUS (Yang Maha Suci)
Apabila dizikirkan sebanyak 100x
setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari
semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.
YA SALAAM (Yang Maha Sejahtera)
Apabila dizikirkan sebanyak 136x, In
Sya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit
sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.
YA MU’MIN (Yang Maha Mengamankan)
Apabila dizikirkan sebanyak 236x, In
Sya Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan
terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
YA MUHAIMIN (Yang Maha Memelihara)
Apabila dizikirkan sebanyak 145x
sesudah solat fardhu Isyak, In Sya Allah fikiran & hati kita akan menjadi
terang & bersih.
YA ‘AZIZ (Yang Maha Perkasa)
Apabila dizikirkan sebanyak 40x
sesudah solat Subuh, In Sya Allah kita akan menjadi orang yang mulia disegani
orang kerana kewibawaan.
YA JABBAR (Yang Kehendaknya Tidak
Dapat Diingkari)
Apabila dizikirkan sebanyak 226x
pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin
Allah.
YA MUTAKKABBIR (Yang Memiliki
Kebesaran)
Apabila dizikirkan sebanyak 662x
maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh,
bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.
Ya KHALIQ (Yang Maha Pencipta)
Dibaca mengikut kemampuan atau
sebanyak 731x, In Sya Allah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu
pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.
YA BARI’ (Yang Maha Merancang)
Sekiranya kita berada di dalam
kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut,
In Sya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit
tersebut.
YA MUSAWWIR (Yang Maha Pembentuk)
Sekiranya seorang isteri yang sudah
lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7
hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil segelas
air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut
untuk berbuka puasa,
Bagi sang suami , hendaklah berbuat
perkara yang sama tetapi hanya dnegan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada
waktu berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, In Sya Allah akan dikurniakan
anak yang soleh.
YA GHAFFAR (Yang Maha Pengampun)
Sambil Beri’iktikaf (diam dalam
masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu
masuknya waktu solat Jumaat, In Sya Allah akan diampun dosa-dosa kita.
YA QAHHAR (Yang Maha Perkasa)
Dizikir menurut kemampuan atau
sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dri ketamakaan & kemewahan dunia
dan In Sya Allah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk
akhirnya.
YA WAHHAB (Yang Maha Memberi Kurnia)
Dizikir sebanyak 100x sesudah solat
fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempitan, In Sya Allah segala
kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
YA RAZZAQ (Yang Maha Pemberi Rezeki)
Dizikir mengikut kemampuan sesudah
solat fardhu khususnya solat Subuh, In Sya Allah akan dipermudahkan rezeki yang
halal & membawa berkat.
YA FATTAH (Yang Maha Pembuka)
Dizikirnya sebanyak 71x sesudah
selesai solat Subuh, In Sya Allah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga
mudah menerima nasihat agama.
YA ‘ALIM (Yang Maha Mengetahui)
Dizikir sebanyak 100x setiap kali
selesai solat Maktubah, In Sya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
YA QABID (Yang Maha Menyempitkan)
Dizikirkan 100x setiap hari, maka
dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk
ancaman.
YA BASIT (Yang Maha Melapangkan)
Perbanyakkan zikir ini setiap hari,
In Sya Allah rezeki akan menjadi murah.
YA KHAFID (Yang Maha Merendahkan)
Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari
dalam keadaan suci , khusyuk & tawaduk, In Sya Allah segala maksud yang
baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh
martabatnya.
YA RAFI’ (Yang Maha Mengangkat)
Dizikirkan setiap hari, siang dan
malam sebanyak 70x, In Sya Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai
atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
YA MU’IZ (Yang Maha Membeningkan)
Dizikirkan sebanyak 140x setiap
hari, In Sya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi
ketua –ketua jabatan atau perniagaan.
YA MUZIL (Yang Maha Menyesatkan)
Perbanyakkan zikir ini setiap hari,
sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, In
Sya Allah si penghutang akan sedar & membayar hutang kembali.
YA SAMI’ (Yang maha Mendengar)
Sekiranya ingin doa kita makbul dan
pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan,
lebih-lebih lagi sesudah solat DHUHA, In Sya Allah doa akan mustajab.
YA BASIR (Yang Maha Melihat)
Dizikirkan sebanyak 100x sebelum
solat Jumaat, In Sya Allah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak &
selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
YA HAKAM (Yang Maha Melapangkan)
Dizikirnya sebanyak 68x pada tengah
malam dalam keadaan suci, In Sya Allah dapat membuka hati seseorang itu untuk
mudah menerima ilmu-ilmu agama.
YA ‘ADL (Yang Maha Adil)
Dizikirkan sebanyak 104x setiap hari
sesudah selesai solat 5 waktu, In Sya Allah diri kita selalu dapat berlaku
adil.
YA LATIF (Yang Maha Lembut)
Dengan memperbanyakkan zikir ini
mengikut kemampuan, In Sya Allah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan
barangan jualannya menjadi laris dan maju.
YA KHABIR (Yang Maha Berwaspada)
Dengan memperbanyakkan zikir ini
setiap hari, In Sya Allah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang
terpisah sekian lama.
YA HALIM (Yang maha Penyantun)
Dizikirkan sebanyakkan 88x selepas
solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, In Sya Allah dipastikan
kedudukannya tidak akan dicabar.
YA ‘AZIM (Yang Maha Agung)
Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari
untuk orang yang sekian lama menderita sakit, In Sya Allah akan sembuh. Juga apabila
dibaca 12x kemudian ditiupnya pda tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan,
dengan izin Allah akan terhindardari gangguan jin & sebagainya.
YA GHAFFUR ( Yang Maha Pengampun)
Bagi orang yang bertaubat, hendaklah
memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk
tidak mengulanginya. In Sya Allah aan diterima taubatnya oleh Allah.
YA SYAKUR (Yang Maha Mensyukuri)
Dizikirnya sebanyak 40x sehabis olat
hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, In Sya Allah semua hajat
kita akan dimakbulkan Allah.
YA ‘ALI (Yang Maha Tinggi)
Tulislah zikir ini sebanyak 110x di
dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, In Sya Allah
air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.
YA KABIR (Yang Maha Besar)
Bagi seseorang yang kedudukannya
telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak
1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada
Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat).
YA HAFIZ (Yang Maha Penjaga)
Dizikirkan sebanyak 99x, In Sya
Allah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila
kita berada di dalam hutan.
YA MUQIT (Yang Maha Pemberi
Kekuatan)
Sekiranaya kita berada di dalam
kelaparan dan sukar untuk mendpatkan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. In
Sya Allah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.
YA HASIB (Yang Maha Pembuat
Perhitungan)
Untuk mempertenguhkan kedudukan yang
telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit &
selepas solat maghrib, In Sya Allah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang
gangguan.
YA JALIL (Yang Maha Mempunyai Keagungan)
Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, In
Sya Allah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih tinggi dan
terhormat.
YA KARIM (Yang Maha Mulia)
Untuk mencapai darjat yang tinggi 7
mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x
ketika hendak masuk tidur. Nescaya allah akan mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir ini.
YA RAQIB (Yang Maha Mengawasi)
Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari
dengan niat agar barang-barang yang dikhuartiri akan hilang kerana berada di
tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun
gangguan lainnya. Bertawakal & yakinlah kepada Allah.
YA MUJIB (Yang Maha Mengabulkan)
Amalkan zikir ini sebanyak 55x
sesudah solat Subuh. In Sya Allah doa kita akan dimakbulkan Nya.
YA WASI’ (Yang Maha Luas)
Apabila di dalam kesulitan maka
amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. In Sya Allah
segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, In Sya Allah
kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk.
YA HAKIM (Yang Maha Bijaksana)
Bagi sesiapa sahaja yang
memperbanyakkan zikir ini setiap hari, In Sya Allah akalnya akan menjadi
cergas & lancar dalam menghafal dan
mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
YA WADUD (Yang Maha Penyiram
Kesejukan)
Amalkan zikir ini sebanyak 1000x
pada setiap malam. In sya Allah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib
baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.
YA MAJID (Yang Maha Penyandang
Kemegahan)
Untuk kententeraman keluarga,
amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan
& usap ke seluruh muka. In Sya Allah semua anggota keluarga kita akan
menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
YA BAI’ITH (Yang Maha Membangkitkan)
Zikirlah sebanyak 100x dengan
meletakkan kedua tangan ke dada. In Sya Allah akan memberi kelapanagan dada
dengan ilmu & hikmah.
YA SYAHID (Yang Maha Menyaksikan)
Apabila ada diantara kedua keluarga
kita yang suka membangkang dan sebagaiya, maka zikirkan sebanyak 319x secara
berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah
sikapnya.
YA HAQ (Yang Maha Besar)
Perbanyakkan zikir ini, In Sya Allah
ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat d dalam
menjalankan perintah Allah.
YA WAKIL (Yang Maha Pemegang Amanah)
Sekiranya terjadi hujan yang
disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir
ini, In Sya Allah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti
sediakala.
YA QAWI (Yang Maha Kuat)
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin
agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun
berdepan dengan si zalim.
YA MATIN (Yang Maha Kukuh)
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin
kerana ianya mempuyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.
YA WALI (Yang Maha Melindungi)
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin
kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang
gangguan oleh orang yang bersifat dengki.
YA HAMID (Yang Maha Terpuji)
Perbanyakkan zikir ini sebagai
pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
YA MUHSI (Yang Maha Penghitung)
Sekiranya kita menginginkan diri
kita digolongkan dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan
zikir ini sebanyak mungkin sesusah solat 5 waktu.
YA MUBDI (Yang Maha Memulakan)
Agar segala apa yang kita rancangkan
aan berhasil, maka zikirlah sebanyak 470x setiap hari, In Sya Allah.
YA MU’ID (Yang Maha Mengembalikan)
Andai ada anggota keluarga yang
menghilangkan diri & sebagainya, amalakn zikir ini sebanyak 124x setiap
hari sesudah solat, In Sya Allah akan dipertunjukkan hasilnya.
YA MUHYI (Yang Maha Menghidupkan)
Amalkan zikir ini 58x setiap hari,
In Sya Allah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
YA MUMIT (Yang Maha Mematikan)
Barangsiapa yang memperbanyakkan
zikir ini, In Sya Allah akan dipermudahkan dalam perniagaan, politik &
sebagainya.
YA HAYYU (Yang Maha Hidup)
Untuk mencapai kekuatan mental ?batiniah
dalam menjalani kehidupan, perbanyakkan zikir ini.
YA QAYYUM (Yang maha Menegakkan)
Amalkan zikir ini sebanyak 1000x
setiap malam atau siang, In Sya Allah akan memperolehi harta yang banyak lagi
berkat, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat.
YA WAJID (Yang Maha Menemukan)
Andai keinginan keperibadaian yang
kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir
ini.
YA MAJID (Yang Maha Mulia)
Demi kecerdasan otak dan agar
dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut
memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
YA WAHID (Yang maha Tunggal)
Bagi pasangan yang belum mempunyai
cahaya mata, amalkan zikir ini sebanyak 190x setiap kali elesai menunaikan
solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
isnin & khamis. In Sya Allah.
YA AHAD (Yang Maha Esa)
Zikri Asma Allah ini
sebanyak-banyaknya, In Sya Allah kita akan melupakan sifat-sifat yang
dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain.
YA SAMAD (Yang Maha Diperlukan)
Ketika dalam kelaparan akibat sesat
atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak
mungkin. In Sya Allah diri ini akan berasa kembali segar.
YA QADIR (Yang Maha Menentukan)
Apabila kita berhajatkan sesuatu
namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari. In Sya
Allah segala hajat akan berhasil.
YA MUQTADIR (Yang Maha Berkuasa)
Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya
sehingga apa sahaj ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan
keberhasilan hajat kita.
YA MUQADDIM (Yang Maha Mendahulukan)
Menurut Imam Ahmad bin Ali
Al-Buuniy, ‘barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap
hari, In Sya Allah segala usahanya akan berhasil.
YA MUAKHKHIR (Yang Mah Awal)
Barangsiapa yang mengamalkan zikir
ini sebanyak 37x setiap hari, In Sya Allah segala apa yang dihajati akan
diperkenan Allah.
YA AKHIR (Yang Maha Akhir)
Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah
solat 5 waktu selama 1 bulan In Sya Allah akan dibukakan pintu rezeki yang
halal.
YA ZAHIR (Yang Maha Nyata)
Amalkan zikir ini sebanyak 1,106x
selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya
dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
YA BATIN (Yang Maha Ghaib)
Amalkan zikir ini sebanyak 30x
sesudah solat fardhu, nercaya Allah akan membuka hijap padanya dari segala
rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
YA WALI (Yang Maha Memberikan)
Memperbanyakkan zikir ini setiap
pagi & petang, In Sya Allah kita akan dibukakan pintu ma’rifat.
YA MUTA’ALI (Yang Maha Meninggikan)
Sekiranya kita hendak berjumpa
dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zkir ini sebanyak mungkin. In
Sya Allah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang
penting akan berhasil.
YA BARR (Yang Maha Dermawan)
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin
setiap hari, In Sya Allah segala apa yang dihajati akan terlaksan dengan mudah.
YA TAWWAB (Yang Maha Penerima
Taubat)
Perbanyakkan zikir ini supaya dengan
mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
YA MUNTAQIM (Yang Maha Penyiksa)
Perbanyakkan zikir ini setiap kali
sesudah solat fardhu. In Sya Allah, kita akan mendapat pertolongan Allah dalam
berhadapan dengan orang yang zalim.
YA ‘AFU (yang Maha Pemaaf)
Barangsiapa memperbanyakkan zikir
ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
YA RAUF (Yang Maha Pengasih)
Bagi sesiapa sahaja yang inginkan
dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalan zikir ini
seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.
YA MALIKUL MULK (Yang Maha Menguasai
Segala Kerajaan)
Seseorang ketua yang ingin kedudukan
yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah
solat waktu & 212x pada setiap malam.
YA ZUL JALALI WAL IKRAM (Yang Maha
Memiliki Kebebasan & Kemuliaan)
Amalkan zikir ini sebanyak 65x
setiap hari, In Sya Allah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan
Allah.
YA MUQSIT (Yang Maha Menyeimbangkan)
Berzikirlah dengan zikir ini
mengikut kemampuan, In Sya Allah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada
mereka yang mengamalkannya.
YA JAMI’ (Yang maha Pengumpul)
Sekiranya ada ahli keluarga yang
lari daripada rumah amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat
semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah, orang yang lari itu
aka pulang dalam waktu jangka masa yang singkat.
YA GHANI (Yang Maha Kaya)
Amalkanlah zikir ini pada setiap
hari sebanyak mungkin, In Sya Allah apa yang kita usakan akan cepat berhasil
& kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
YA MUGNI (Yang Maha Pemberi
Kekayaan)
Mintalah kekayaan yang bermanfaat
untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir
ini, In Sya Allah segala hajat kita akan tercapai.
YA MANI’ (Yang Maha Mencegah)
Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada
waktu menjelang solat Subuh setiap hari, In Sya Allah kita akan terhidar dari
orang-orang yang zalim & suka membuka angkara.
YA DARR ( Yang maha Pemberi Derita)
Amalkan zikir ini sebanyak 1001x
pada setiap hari, In Sya Allah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama
dihadapi akan cepat sembuh.
YA NAFI’ (Yang Maha Pemberi Manfaat)
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy,
barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit,
sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan menghilangkan
kesusahannya dengan izin Allah.
YA NUR (Yang Maha Bercahaya)
Menurut Syeikh Ahmad bin Muhammad As
Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa
yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah berzikir
dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.
YA HADI (Yang Maha Pemberi Petunjuk)
Bagi sesiapa yang tersesat dalam
perjalanan, zikirlah Asma Allah, In Sya Allah akan diberikan pertolongan dan
cepat lepas dari kesesatan tersebut.
YA BADI’ (Yang Maha Pencipta
Keindahan)
Andai kita mempunyai rancangan yang
besar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. In
Sya Allah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.
YA BAQI ( Yang Maha Kekal)
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin
pada bila-bila masa, In Sya Allah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah
menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.
YA WARIS (Yang Maha Pewaris)
Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang
mungkin, In Sya Allah kita akan dikurniakan umur yang panjang & hidup yang
berhasil.
YA RASHID (Yang Maha Bijaksana)
Berzikirlah dengan Asma Allah ini
sebanyak 100x di anatra waktu Maghrib dan Isyak. In Sya Allah kita akan beroleh
minda yang cerdas.
YA SABUR (Yang Maha Sabar)
Agar kira diberi kesabaran oleh
Allah dalam segala hal, maka perbanyakkan zikir Asma Allah ini. Dengan sifat
sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, In Sya Allah segala usaha kita akan
mencapai kejayaan.
Alhamdulillah, dengan perkongsian
khasiat 99 Asma Ul Husna ini akan membantu diri kita memperolehi kebaikan didunia
mahupun akhirat. Aminn.. selamat beramal.