Kebanyakan masyarakat menyukai teh. Teh ada pelbagai
jenis dan salah satunya contoh the hijau yang mana kebanyakan ambil untuk
mengurangkan berat badan. Selain itu, ada juga teh pudina. Pilihan yang ingin
mencuba adalah teh pudina kerana ia menyegarkan dan juga baik untuk kesihatan.
Pudina (peppermint)
atau nama saintifiknya Mentha piperita
adalah hybrid herba spearmint dan watermin. Herba menyegarkan ini
mengandungi lebih daripada 40 sebatian kimia berbeza termasuklah menthol, menthone dan menthyl acetate.
Ia menjadikan herba ini antiseptic, antibakteria,
antikejang, antivirus, antikeradangan, antioksidan, perembes, analgesia dan vasodilator (mengembang dan mengendur) yang baik. Kebaikan yang ada
pada teh pudina yang perlu anda tahu adalah :
BEBAS STRESS
Teh pudina dikatakan pelega stress dan kegelisahan yang
paling terbaik. Kehadiran methol di dalam herba pudina dikatakan mampu
beritndak mengendurkan otot. Sifat antikejang yang terdapat dalam pudina dikatakan
mampu membantu anda bertenang walaupun sedang mengalami stress.
Meminum teh pudina juga dikatakan mampu mengurangkan
tekanan darah dan suhu badan yang sekali gus
mampu membantu anda bertenang dan berehat.
SENANG TIDUR
Jika anda mengalami insomnia, apa kata cuba minum the
pudina yang bebas kafien sekaligus mampu bertindak sebagai pengendur otot dan
membantu anda tidur dengan nyenyak. Anda boleh minum secawan the pudina sebelum
tidur pada waktu malam.
MEMBANTU DALAM MENGURANGKAN BERAT BADAN
Jika anda mahu mengurangkan berat badan, cubalah minum teh
pudina. Dikatakan dengan meminum secawan teh pudina, anda akan rasa kenyang
dalam tempoh yang panjang. Apabila anda tidak rasa lapar, ia akan membantu mengelakkan
diri makan serta menambah kalori.
Minumlah dua hingga tiga cawan teh pudina bagi membantu
anda mengurangkan berat badan.
PELEGA SAKIT PERUT
Dikatakan the pudina amat bagus untuk perut. Masalah kesihatan
yang berlaku pada perut seperti sembelit, sakit kepala akibat bergerak dalam
kenderaan, dan sindrom usus rengsa sering berlaku pada masa kini.
Anda boleh meminum teh pudina bagi menghilangkan masalah
tersebut. Cara ini berkesan kerana kehadiran menthol dalam pudina dikatakan mampu membantu melegakan perut dan
membantu proses pencernaan.
MEMPERBAIKI PENCERNAAN
Menthol yang
terdapat di dalam pudina dikatakan bertanggungjawab sebagai antiseptic dan
antibakteria yang menjadikan herba ini pilihan terbaik bagi memperbaiki
pencernaan.
Sifat adaptogenic
yang terdapat dalam pudina juga dikatakan mampu menyeimbangkan tubuh dalam apa
sahaja keadaan yang diperlukan.
MERANGSANG SISTEM KEKEBALAN TUBUH
Pudina dikatakan mengandungi sifat antibakteria yang
mampu membantu menentang penyakit dan memperbaiki sistem kekebalan tubuh. Kehadiran
potassium, vitamin B dan pelbagai antioksidan dikatakan mampu membantu tubuh
berfungsi dengan sihat.
MENENTANG NAFAS BERBAU
Kebanyakan penyegar mulut mengandungi pudina. Minyak aktif
iaitu menthol yang terdapat di dalam
pudina dikatakan mampu merangsang nafas segar. Sifat antibakteria di dalam
pudina dikatakan mampu mencuci sebarang plak yang membawa kepada nafas berbau.
MENGURANGKAN SAKIT DAN KEJANG KETIKA HAID
Bagi kebanyakan wanita kitaran haid akan menyebabkan
sakit dan kejang pada perut. Pengambilan ubat tidak digalakkan ketika sakit
akibat haid ini. Cara terbaik adalah meminum teh pudina suam yang dikatakan
mampu melegakan kesakitan ketika haid ini.
No comments:
Post a Comment