Kegembiraan bukan sahaja menjadikan hidup lebih seronok
tetapi boleh membawa kepada kesihatan yang lebih baik dan hidup lebih lama. Bila
kita hidupkan diri dengan senyuman dan keceriaan dalam keluarga, ia mampu
mendatangkan suasana yang bahagia dengan keluarga.
Seyuman itu juga satu sedekah. Senyuman juga boleh
memberikan orang yang melihat lebih bahagia dan lebih tenang kerana terlihat
seseorang yang boleh memberikan suasana positif dalam sehari-harian kita.
Bagi memastikan kita dapat menjalani kehidupan sebaik
mungkin, apa kata kita belajar untuk lebih banyak senyum pada semua orang
termasuklah makhluk Allah yang ada dimuka bumi ini.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK GEMBIRA
Apa yang perlu anda lakukan bagi menggembirakan diri
sendiri dan orang sekeliling ? Selama seminggu anda cuba focus untuk memberi
senyuman dengan lebih banyak. Anda akan membentuk satu cara untuk mengingatkan
diri agar senyum sepanjang hari.
Malah anda juga akan memaksa diri untuk senyum kerana
kajian mendapati jika anda senyum, mood anda akan semakin baik. Dan bila anda
senyum pada orang lain, ia juga kan mendatangkan mood yang baik dalam diri
mereka.
Kenapa boleh berkata begitu?
Penyelidik mengatakan bahawa dengan memaksa diri untuk
senyum, anda akan mengaktifkan sel otot tertentu pada wajah. Sel otot ini hampir
disambung pada perasaan gembira. Dengan senyuman, anda memberi isyarat kepada
bahagian emosi dalam otak bahwa segal-galanya dalam keadaan baik.
CARA-CARA UNTUK BANYAKKAN MEMBERI SENYUMAN
Ada caranya untuk kita terus berpositif dan memberikan
senyuman pada orang sekeliling. Memberi senyuman adalah tindak balas semulajadi
terhadap sesuatu yang gembira, menyeronokkkan atau kelakar. Sebab itu, anda
tidak perlukan bantuan dengan tindak balas senyuman secara automatik.
Namun begitu, jika kehidupan anda terlalu membosankan,
anda perlu belajar untuk senyum kerana ketika itu ia tidak mendatangkan
senyuman secara automatic.
bagi mempelajari cara untuk tersenyum lebih banyak, anda
perlu menjalani beberapa cara seperti berikut. Antaranya :
1. LATIHAN
SENYUMAN
Senyumlah. Buat dengan betul semasa
anda membaca artikel ini. Senyum dengan ikhlas tau. Jangan sesekali anda buat
senyuman yang palsu. Kadangkala adalah sangat sukar untuk menyimpan perasaan
tidak gembira atau fikiran negative dalam minda dan pada masa yang sama
memastikan senyuman tetap terpamer di wajah anda.
Senyuman boleh membantu meningkatkan
kegembiraan dan mengurangkan perkara negative.
2. BERIKAN
DIRI SENDIRI PENANDA UNTUK TERSENYUM
Selepas anda berlatih untuk tersenyum
dan faham serba sedikit bagaiman senyuman boleh memperbaiki perasaan, apa yang
perlu anda buat adalah sentiasa ingat untuk tersenyum sepanjang hari. Anda akan
perlukan peringkatan untuk kerap tersenyum.
Pilihlah sesuatu perkara yang anda
dengar, lihat atau buat dengan kerap sepanjang hari sebagai penanda untuk
senyum. Cabar diri untuk tersenyum setiap kali anda terlihat atau terdengar
penanda itu sepanjang minggu.
3. KEKAL
MOTIVASI
Mereka yang tersenyum sambil bercakap
memberikan tanggapan yang lebih baik kerana mereka kelihatan lebih yakin dan
lebih ramah. Anda juga seakan boleh ‘mendengar’ senyuman daripada perbualan
telefon ketika itu.
Jika anda tersenyum sambil bercakap di
telefon, suara anda akan lebih jelad dan anda mudah untuk melakukan perhubungan
lebih baik melalui telefon.
Jadikan kehidupan lebih ceria dan gembiran dengan
senyuman sepanjang hari. Jadikan sebagai permulaan dalam setiap kehidupan anda
dan hari-hari yang lebih baik. Baik untuk diri sendiri mahupun keluarga.
SENYUMLAH KERANA SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH.
No comments:
Post a Comment