Pejam celik ibu melihat perkembangan anak-anak yang
pesat membesar. Dari bayi sehinggala si kecil bertutur dan memulakan langkah
pertama, pastinya menjadi momen indah untuk dikenang oleh ibu-ibu.
Tentunya ramai yang ingin si kecil kekal sebegitu, comel
dan senang untuk dijaga, namun itulah kitaran kehidupan. Justeru bagi
mempersiapkan anak-anak anda dengan kehidupan yang bakal ditempuhi haruslah
juga bermula dari awal.
Belajar berdikari seawall usia tiga tahun adalah waktu
yang tepat untuk si kecil. Kanak-kanak mempunyai tahap pemahaman dan daya
fikiran yang berbeza mengikut usia mereka.
Jadi pendedahan awal tentang tanggungjawab juga salah
satu pembelajran yang perlu ada buat si kecil tersayang. Ia penting untuk
melepaskan kebergantungan anak keadpa ibu bapa sekaligus untuk kebaikan mereka
supaya dapat menyesuaikan dengan keadaan atau situasi apabila meningkat usia.
Perkara-perkara ini perlu didedahkan buat si kecil anda.
Antaranya ;-
1. MEMAKAI
PAKAIAN SENDIRI
Sejak kecil lagi ibu ayah perlu melatih
anak mengenakan pakaian sendiri. Pada kebiasaanya, anak akan mula mahu memakai
pakaiannya sendiri pada usia tiga tahun.
Berikan kebebasan untuk mereka cuba
memakai sendiri seluar atau kasut. Namun berikan bantuan pada anak agar mudah
belajar.
2. MAKAN
SENDIRI
Seusia tiga tahun, anak sudah mula mahu
untuk memakan sendiri. Jika anak anda minta makan sendiri, itu tandanya ia
sudah mula bersedia. Kebanyakan seusia tiga tahun sudah boleh makan dengan sudu
atau garpu dan minum dari gelas biasa.
Jadikan ia sebagai pembelajaran. mereka
juga perlukan bantuan dan ibu perlu bersabar dalam mengajar mereka supaya lebih
berdikari.
3. BERTEMAN
Biasanya jika anak biasa berkawan,
seusia tiga tahun sudah biasa mahu berteman. Tapi ada juga yang perlu bantuan
daripada ibu bapa. Ada juga yang tidak perlu bantuan kerana mereka sudah biasa
berteman.
Untuk mudah mereka berteman, buatlah
jadual bermain dalam kumpulan kecil di rumah. Anak usia tiga tahun biasanya
ingin bermain dengan ramai orang berbanding bermain sendiri kerana pada wakti
ini mereka sudah pandai berkawan.
Pada masa yang sama, dia juga tidak
suka berkongsi. Jika mempunyai mainan atau makanan minta anak anda berkongsi
dengan orang lain. Cara ini dapat melatih anak untuk tidak mementingkan diri
sendiri.
4. BELAJAR
BAHASA
Anak seusia tiga tahun sudah mula untuk
bercakap dan bertanya soalan. Sekurang-kurangnya si kecil sudah menguasai 300
perkataan dan sudah boleh bercakap dalam satu ayat.
Malah pada waktu ini apa yang ibu bapa
cakap anak akan mudah ingat dna ikut. Cara terbaik untuk mengembangkan
kemampuan bahasa juga ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi.
Contohnya, jika anak sedang makan boleh
Tanya bagaimana rasa makanan tersebut dan biar anak bercerita. Dengan cara
tersebut, anak akan belajar banyak perbendaharaan kata baru.
5. PEMBERSIHAN
RUMAH
Anak-anak ternyata suka membantu kerja
rumah. Anak usia tiga tahun sudah boleh memahami arahan mudah seperti baju
kotor letak dalam bakul, buang sampah dalm tong sampah atau kemas mainan masuk
dalam raga.
Berikan anak tanggungjawab untuk
mengemas bilik atau barang mainanya dengan pengawasan anda. Jangan terlalu
memberi tugasan yang rumit kerana boleh membuatkan anak rasa tertekan dan mudah
putus asa.
6. MENGURUS
JADUAL TIDUR
Bila usia mencecah tiga tahun,
kebiasaannya jadual tidur si kecil mula berubah dari dua kali kepada satu kali
tidur sahaja dalam sehari. Anak-anak masih memerlukan tidur siang sehingga usia
lima tahun.
Persiapkan diri dengan menteapkan
jadial tidur anak anda yang baru. Daripada hanya focus memperhatikan jam,
biarkan sahaja si kecil tidur sendiri ketika ia keletihan.
Pendedahan anak seawall usia akan mungkin memudahkan ibu
or ayah untuk mengarahkan sesuatu perkara. Jadikan sebagai pembelajaran
anak-anak supaya ia akan menjadikan kita lebih mudah untuk membuat sesuatu
pekerjaan.
No comments:
Post a Comment