11 April 2019

ANEKA PETUA UNTUK ANDA

Zaman moden biasanya zaman memang berjumpa doctor. Cuma kali ini kita cuba petua orang lama pula untuk mengurangkan masalah yang dihadapi.


CARA ATASI BAWANG BUSUK 


Bawang besar, bawang merah mahupun bawang putih, kesemuanya merupakan keperluan utama dalam masakan. Peranan bawang yang penting membuatkan kita akan membeli stok bawang dalam kuantiti yang banyak.

Tetapi bila membeli dengan kuantiti yang banyak, factor untuk bawang itu membusuk sangat tinggi. Maka dengan ini, anda ikuti cara ini untuk membantu anda menyimpan bawang agar tahan lebih lama.

Sebaiknya anda menyimpan bawang di tempat terbuka dan kering serta jangan menyimpan badang bersama sayuran atau bahan dapur lain. Perkara ini akan membuatkan bawang cepat busuk dan rosak.


CEGAH GIGI KUNING DENGAN DAUN LIMAU PURUT 


Masalah kekuningan gigi memang menjadi kebiasaan dan tidak asing lagi bagi semua orang. Kadang kala ia boleh menghilangkan keyakinan diri apabila bertemu dengan orang sekeliling. Oleh itu, ada petua yang mungkin membantu anda.
Mula-mula ambil sedikit garam dan tiga helai daun limau purut. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Selepas itu, gosokkan pada gigi dan ulangi hingga gigi anda kembali putih berseri.


TEH HIJAU BOLEH MENGURANGKAN STRESS 


Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang membuatkan kita mudah tertekan. Lagi-lagi dengan pekerjaan, anak-anak, perhutangan, sewaan dan sebagainya. Tidak kira dimana kita berada kadang kala mendatangkan tekanan.

Masing-masing mengalami tekanan yang hamper sama. Dalam the hijau ada mengandungi asid amino L-theanine. Ia sangat baik untuk menghilangkan stress. Sekiranya anda mengalami tekanan yang berterusan, disarankan anda minum secawan teh hijau.

HILANGKAN JERAGAT DENGAN MASKER SODA BIKARBONAT 


Sebenarnya soda bikarbonat bukan sekadar menjadi bahan dalam masakan semata-mata. Sebaliknya ia juga mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada wajah. Caranya cukup mudah dengan menggunakan dua bahan utama iaitu dua biji limau kasturi dan satu sudu besar soda bikarbonat.

Sebatikan dan sekatakan pada kulit wajah. Biarkan seketika dan gosok kulit wajah secara perlahan-lahan. Akhir sekali bilas bersih dengan air bersih. Jadikan rutin ini sehingga jeragat anda hilang.


CUKA EPAL USIR SEMBELIT 



Masalah sembelit bukanlah masalah yang remeh. Tapi jika berlarutan boleh membuatkan kita berisiko. Bagi mengelakkan terusan terjadi, anda boleh cuba cara ini.

Sebaik bangun tidur, digalakkan minum satu sudu cuka epal. Cuka epal dapat meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan.

No comments:

Post a Comment