Pada usia muda, mungkin anda merasa sangat kuat, tidak penat dan
boleh lakukan apa sahaja. Namun, ingat apabila anda mencecah usia akhir 20-an,
badan anda mula ‘memberontak’ dan mulalah ada ‘kerosakan’, malah, ada yang
sudah mengalami masalah kesihatan.
Jadi, bagi anda yang bakal mendekati usia 30-an, jangan biarkan
masalah kesihatan mengganggu anda dan segeralah mendapatkan rawatan. Beberapa
masalah kesihatan yang sering menghantui anda dalam usia sebegini seperti :
TEKANAN
Usia sebeginilah, anda mula sibuk dengan kerjaya, membahagikan masa
bersama keluarga dan membesarkan anda. Tidak ramai yang tahu, tanggungjawab ini
akan memberikan tekanan dan kesan buruk kepada kesihatan mental (kemurungan)
dan kesihatan secara menyeluruh.
BERAT BADAN BERTAMBAH
Anda mengalami masalah ketika memasuki fasa ini dan sukar untuk
mengurangkan berat badan. Antara penyebab pertambahan berat badan ialah
metabolisme badan semakin perlahan dan tahap stress yang tinggi.
RAMBUT GUGUR & BOTAK
Mungkin anda berpendapat, keguguran rambut tidak ada kaitan dengan
kesihatan. Namun, tahukah anda, kebanyakan lelaki yang berusia akhir 20-an akan
mengalami masalah emosi dan tidak bersedia dengan keguguran rambut sehingga
mengalami krisis kurang keyakinan diri.
SAKIT PUNGGUNG
Ia adalah penyakit biasa yang dialami oleh lelaki dan banyak faktor
yang menjadi penyebab. Duduk terlalu lama di meja kerja, mengangkat barang
berat dan postur badan yang tidak sesuai (perut terlalu buncit) boleh menjadi
faktor penyebabnya.
TEKANAN DARAH TINGGI
Ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana pesakit tidak menyedari
tentang kehadiran penyakit ini. Darah tinggi tidak mempunyai tanda yang jelas,
walaubagaimanapun, darah tinggi ini menjadi punca kematian lelaki di atas usia
20-an.
PELUPA
Ingatan anda semakin tumpul dan sukar untuk meningatkan kembali apa
diperkatakan. Contohnya, apabila pasangan meminta membeli sesuatu barangan dan
tidak menulis senarai yang diperlukan, akan timbul satu atau dua barang yang
lupa dibeli.
KANSER PROSTAT
Ini adalah kanser paling teruk pada lelaki. Kira-kira satu daripada
enam lelaki pernah mengalami kanser prostat dalam hidupnya. Biasanya, mereka
yang mempunyai ayah atau saudara yang mengalami kanser prostat mempunyai risiko
dua kali lebih tinggi untuk menghidapnya.
Mulalah daripada sekarang untuk jaga kesihatan, pemakanan dan
berfikiran positif. Ia boleh meningkatkan kesihatan yang baik serta membuatkan
anda kurang tertekanan walaupun dalam keadaan apa sekalipun.
No comments:
Post a Comment