Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal,
emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Dr. Hans
Selye, pengasas teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinasikannnya
sebagai “ suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh
sesuatu bebanan yang menimpanya.”
‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman,
cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan
pengubahsuaian yang selari dengannya. Stress yang positif dinamakan sebagai “eustress”
dan stress yang negative dinamakan “distress”.
Semua orang melalui fasa stress tidak kira tua
atau muda, wanita atau lelaki. Ditambah pula dengan bebenan hidup yang makin
tinggi dan seakan tidak akan habis yang boleh membawa kepada tekanan yang
berterusan.
Jika anda salah seorang yang menghadapinya boleh
cuba CARA ATASI STRES SECARA ALAMI TANPA PERLU MENGAMBIL UBAT PENENANG.
MINUM AIR KOSONG
Minum air kosng akan menyegarkan otak anda
sekaligus melegakan rasa panas di dada. Ketika stress sudah pasti ada perasaan
meluap-puap yang boleh membuatkan anda marah. Minumlah air kosong yang disarankan
oleh kesihatan sebanyak 8 gelas sehari.
Bila anda minum air kosong dengan banyak untuk kesihatan, segar dan
lebih tenang. Malas dada yang panas akan terus sejuk.
REHATKAN MATA
Rehatkan mata dengan menuam kelopak mata dengan
kapas yang dicelupkan air atau timun akan membuat anda rasa relaks. Kadang-kadang
anda akan tertidur ketika melakukakannya. Cuba dahulu, sudah tentu apabila anda
membuka mata, semuanya akan lebih segar.
PILIH UNTUK BERSENAM
Jika waktu bersenam anda terlalu terhad, anda boleh
berjoging atau naik turun tangga di rumah atau pun di pejabat. Bersenam adalah
sumber pelarian yang baik ketika sedang stres.
Dengan bersenam, seluruh anggota badan akan aktif.
Ia juga akan membuatkan otak berkoordinasi dengan gerakan tubuh. Ini sekaligus
menyebabkan sumber stres pun akan hilang daripada fikiran anda.
DENGAN MUZIK MELALUI HEADSET
Bila anda stres, dengarlah muzik yang ada di dalam
handset anda. Kadang kala dengan
mendengar muzik akan membiasakan anda tidak mendengarkan suara-suara di
sekeliling di saat anda mahu mengurangkan stress.
Kadangkala juga anda ingin bersendirian ketika stress.
Biarkan diri anda tidak mendengar dulu apa yang dikatakan dan dinilai sama oleh
orang-orang sekitar.
Otak anda perlu tenang seketika agar dapat
berfikir dengan jelas. Mendengar muzik akan membuatkan diri anda menikmati
muzik sepenuhnya. Manfaatkan lagu-lagu
yang ada dalam handset anda.
TIDUR SIANG
Tidur siang selama 10 minit hingga 15 minit
dikatakan mampu membuatkan anda lupa hal-hal yang boleh buat anda rasa marah. Elakkan
tidur lebih pada 15 minit. Jika mahu tidur lebih lama pastikan anda tidur dengan
cukup pada waktu malam. Sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.
MENCUCI
Mencuci juga adalah aktiviti positif yang boleh
membuatkan diri anda bersendirian. Saat mencuci semasa stres akan membuatkan
diri anda berasa tenang. Penyelidikan daripada Florida State University
meneliti seramai 51 mahasiswa pencuci piring.
Hasilnya, mahasiswa yang mencuci piring dengan
penuh kesedaran (fokus dengan aroma sabun, merasakan suhu air dan menyentuh
peralatan makanan) menaikkan perasaan inspirasi sehingga 25 peratus.
Sedangkan kegugupan turun hingga 27 peratus. Selain
mencuci piring, mencuci baju secara manual boleh menurunkan stres.
PERMAINAN SENSORY ATAU DERIA
Kalau anda rasa stress bolehlah menggenggam bola
ping ping, slime atau squishy. Kaedah menggenggam bola dan
memicit-micitnya sudah lama dikenali sehingga pereda stres. Jika anda tidak
suka bola, bolehlah menggunakan squishy
atau slime.
Kaedah ini kadang-kadang akan amembuatkan anda
merasa remeh tetapi banyak kebaikannya. Salah satunya, tangan yang kaku selama
digunakan bekerja akan rasa lebih relaks.
FOLLOW AKAUN VEDIO KELAKAR
ATAU LAWAK JENAKA
Cubalah
follow akaun laman sosial video kelakar atau lawak jenaka kerana sebaik
melihat sudah pasti anda akan ketawa dengan sendirinya. Bukan itu sahaja,
melihat foto, menyaksikan video-video lucu juga boleh membuatkan semangat anda
mula naik sedikit demi sedikit. Rasa stres yang anda rasakan akan dilupa secara
sendirinya.
PERMAINAN RINGAN
Permainan ringan yang meningkatkan daya otak dan
mempunyai grafik warna-warni juga menyenangkan. Asal jangan pilih yang boleh
menyebabkan ketagihan. Banyak permainan yang boleh anda download dari Play Store
melalui telefon bimbit anda.
Untuk kepentingan menghilangkan stres, utamakan
permainan yang grafiknya berwarna warni, tidak gelap. Permainannya juga perlu
simple bagi mengelakkan anda bertambah stres.
Elakkan dari terus dibelenggu dengan
stes atau tekanan perasaan yang berlarutan kerana ia boleh membawa kepada
kemurungan.
No comments:
Post a Comment