26 October 2018

ALFALFA BERKHASIAT SECARA SEMULAJADI



Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an.

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicoga Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.

Medicoga Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan alfalfa. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Dikenali sebagai “Raja Segala Makanan” dan makanan terbaik, alfalfa secara semulajadi bekhasiat, menyediakan lebih daripada 300mg nutrisi dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral dan vitamin.


ALFALFA UNTUK ANDA YANG INGINKAN LEBIH SIHAT

MENYOKONG RAMBUT YANG SIHAT

Meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen pada kulit kepala.

Menyediakan perlindungan antioksida kepada folikel rambut, meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan rambut.


MEMBANTU DALAM PENGHADAMAN

Melegakan kembung dan gas yang berlebihan. Ada sesetengah orang bila makan atau lambat makan, akan terasa bergas. Gas itu la yang boleh membuatkan kita rasa tidak selesa.

Merangsang sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik. Bila ambil alfalfa masalah penghadaman lebih lancar.


MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Merangsang pengeluaran sel darah putih. Jika tiada darah putih, berkemungkinan kita akan mudah sakit kerana tiada penghalang untuk radikal-radikal bebas yang berlegar-legar pada sel-sel kita.

Bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan tekanan oksidatif.


MENGURANGKAN KERADANGAN

Mengurangkan keradangan pada sendi.

Menguatkan sistem imun yang mudah penat dan letih.


KESAN ALKALI

Meneutralkan kesan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan protein.

Mengurangkan bau badan, nafas berbau, sakit tekak, senak perut dan keletihan. Yang nie pun membantu dalam masalah mulut berbau jugak tau !


MEMBERSIH DAN MENYAHTOKSIN

Membersihkan dan menyahtoksin hati

Membantu membekalkan vitamin dan mineral kepada hati untuk fungsi yang optimum.


Lelaki perempuan boleh ambil. Bukan perempuan sahaja tau yang sesuai. Anda pun boleh berkongsi bersama suami. 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2d01216e288ff2a1a0fd90c4a4b6bd0c
PERTANYAAN ATAU PESANAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi saya di talian 0192768114. Saya akan membantu untuk pembelian dan penghantaran kepada anda beserta konsultasi, tips dan cara pengambilannya.

Jika anda ingin membuat pembelian secara online, anda bolej ‘klik pada gambar vitamin’ untuk pembelian anda yang lebih cepat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ia akan dihubungkan terus ke website Shaklee untuk pembelian.

23 October 2018

ANDA PERLU LEBIH DARIPADA KALSIUM UNTUK TULANG KUAT DAN SIHAT

Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral PENTING diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika sudah berumur.

KALSIUM
Adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita.

·         Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat.

·         Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hayat

·         Disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopous.

MAGNESIUM
Adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong :

·         Proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium.

·         Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat.

VITAMIN D
Yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D membantu :

·         Merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan.

·         Mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.

BORON
Dtemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan.

·         Ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal.

·         Menyokong penggunaan nutrein yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara efektif.

MANGAN, KUPRUM & ZINK
Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari.  Mineral ini penting untuk :

·         Mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang

·         Melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.

BAGAIMANA INGIN MENGEKALKAN TULANG YANG KUAT ?
Mula awal kerana penurunan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun. Cara terbaik adalah bermula semasa anda masih muda
Lakukan senaman menahan beratan (Weight-bearing). Senaman menahan beratan meningkatkan ketumputan tulang anda kerana ia semakain kuat ketika diletakkan di bawah tekanan. Cuba angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis
Buat pilihan yang sihat. Jalani gaya hidup dan kekalkan berat badan yang lebih sihat.

Kesemua vitamin diatas ada dalam OSTEMATRIX SHAKLEE. Yang sudah cuba pasti tidak akan terus consume kerana semuanya sudah lengkap untuk mendapat sumber kalsium yamg lebih baik. 

Teruskan juga untuk mengambil sumber kalsium dalam diet harian anda. Lebih baik mula daripada sekarang.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2b5e4e1f8597297810521da2e5ddb57f

PERTANYAAN ATAU PESANAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi saya di talian 0192768114. Saya akan membantu untuk pembelian dan penghantaran kepada anda beserta konsultasi, tips dan cara pengambilannya.

JIka anda ingin membuat pembelian secara online, anda boleh 'klik pada gambar vitamin' untuk pembelian anda yang lebih cepat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ia akan dihubungkan terus ke website Shaklee untuk pembelian.

17 October 2018

PENTINGNYA IKAN UNTUK KITA MAKAN SETIAP HARI

Ikan ? semua orang kenal ikan CUMA ikan nie kan banyak jenis dan macam-macam nama. Tanya kat Farah bab ikan nie memang ‘fail’ la. Kenal nye yang biasa makan macam ikan kembung, pelaling, selar kuning, talapia, keli dan pentingnya ikan patin. Yang lain jangan tanya. Haha.

Jarang sangat sekarang makan ikan sebabnya ikan mahal sekarang. Iyalah dengan zaman sekarang memang semuanya kita kena berkira-kira untuk setiap hari kan. Tapi tak pe dapat makan seminggu 2 ke 3 kali kira ok dah.

Korang Tau Tak?

Ikan banyak sebenarnya sumber vitamin untuk kesihatan tubuh badan kita. Ikan juga memainkan peranan penting dalam menjaga sel-sel untuk lebih sihat dan bekerja dengan lebih lancar.

Manfaat yang ada pada ikan adalah :

1.     Pemangkin untuk pertumbuhan sel terutamanya otak serta tulang.



2.     Ikan mempunyai protein yang sangat tinggi, serta mengandungi omega yang diperlukan oleh otak.



3.     Ikan juga membekalkan kalsium, vitamin D, serta fosforus bagi menguatkan tulang.



4.     Pelbagai jenis vitamin dan mineral lain antaranya vitamin B2, zat besi, zink, sodium, magnesium dan kalium yang terkandung dalam ikan.



5.     Dapat mencegah penyakit jantung



6.     Menurut The American Heart Association, dengan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dapat mengurangkan serta mencegah risiko sakit jantung.

Jadi, yang tak makan ikan tu jangan pula tak ambil ikan langsung. Banyak manfaat pada ikan tau. Nak lebih mudah ambil sahaja OMEGA GUARD SHAKLEE.

Sumber : Dr Norman Norawi

10 October 2018

7 MANFAAT LUAR BIASA ZINK PLUS SHAKLEE

Sesetengah orang menggelarnya mineral lelaki macho manakala ada juga yang menggelarnya sebagai nutrien yang amat bagus untuk sel atau meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Tidak kira apa juga gelarnya, zink adalah mineral mujarab yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Antaranya adalah :
MENINGKATKAN KESIHATAN IMUN
Penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan.
-          Memendekkan tempoh selesema biasa

-          Memberi sokongan imun-imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka berfungsi secara optimum
RAMBUT KUAT DAN BERKILAU
Zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum.
-          Menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat.

-          Meningkatkan pertumbuhan rambut
KULIT CANTIK DAN BERSERI
Sifat anti keradangan zink membantu mencegah radang dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepatkan penyembuhan untuk kulit yang lebih sihat
-          Merawat jerawat dan melegakan radang kulit untuk kulit yang sihat berseri.
PERMULAAN SIHAT, KELUARGA SIHAT
Zink bekerja bersama enzim lain untuk mengekalkan kesihatan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita.
-          Di kalangan wanita, zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur, dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal untuk membantu pergerakan telur menuju rahim,untuk proses penempelan.

-          Untuk lelaki, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.
MENINGKATKAN MEMORI DAN PEMBELAJARAN
Hipokampus, pusat memori dan pembelajaran otak, mempunyai tahap zink tertinggi.
-          Meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap.

-          Melindung saraf dan tisu otak
MENINGKATKAN TENAGA DAN STAMINA
Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda.
-          Meingkatkan prestasi sukan

-          Menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.
MEMPERCEPAT PENYEMBUHAN LUKA
Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka.
-          Mengekalkan keutuhan dan struktur kulit

-          Menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka

-          Memainkan peranan penting untuk pembekuan darah
Manfaatkan dan penuhi enzim-enzim yang memerlukan zink dalam tubuh badan anda. Segalanya boleh berubah dan kesihatan akan lebih baik. Pilihan yang memberikan perubahan untuk anda & keluarga.



PERTANYAAN ATAU PESANAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi saya di talian 0192768114. Saya akan membantu untuk pembelian dan penghantaran kepada anda beserta konsultasi, tips dan cara pengambilannya.

JIka anda ingin membuat pembelian secara online, anda boleh 'go' untuk pembelian anda yang lebih cepat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ia akan dihubungkan terus ke website Shaklee untuk pembelian.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fe8dbddb1a56f3080173875c1c5901af

8 October 2018

JIKA ANAK TIDAK SIHAT ‘PANCING’ SELERA MEREKA


Kebiasaanya anak akan hilang selera setiap kali sakit. Ibu pula pasti buntu dengan keadaan ini, Perut si kecil tetap perlu disi agar dia mendapat nutrisi secukupnya untuk kembali sihat.

Salah satu cara memancing seleranya adalah menyediakan makanan yang sesuai dengan masalah kesihatan yang dialami si kecil. Ini kerana setiap masalah kesihatan yang dialami mempunyai menu yang berbeza untuk si kecil ambil. Jom kita selidik.

BATUK

Ia merupakan mekanisme pertahanan badan untuk saluran pernafasan dan menjadi gejala penyakit atau reaksi badan terhadap iritasi yang berlaku di tekak. Sama juga seperti demam selesema, untuk membuatkan si kecil lebih kuat, mereka memerlukan tenaga dan protein yang lebih daripad biasa.

Agar lebih selesa semasa makan, pilihla makanan lembut dan berkuah untuknya. Selain menu utama, ibu juga boleh memberikan sel kecil minuman panas yang mengandungi halia dan madu. Elakkan makanan yang boleh mencetuskan batuk seperti makanan bergoreng, makanan manis dan makanan sejuk.

SAKIT TEKAK

Cuaca yang panas sering menyebabkan tekak si kecil mudah sakit. Jika mereka mengalami masalah ini pilihlah makanan yang mudah ditelan seperti bubur dan jus. Meminum air kosong secukupnya juga perlu untuk memulihkan keadaan si kecil yang sakit tekak.

Selain makanan tinggi karbohidrat seperti bubur nasi, sup kentang dan sebagainya, anda juga digalakkan memberi anak-anak dengan makanan yang mengandungi tinggi vitamin C seperti oren, strawberi, tomato, kiwi dan brokoli.

DEMAM SELESEMA

Perkara asas untuk melawan demam selesema adalah rehat yang cukup selain makanan yang penuh nutrisi. Keperluan tenaga dan protein anak lebih tinggi berbanding dalam diri mereka yang selesa setiap kali makan, pilihlah menu berkuah untuk anak-anak. Aneka sup pasti dapat menambah selera mereka.

SEMBELIT

Ia biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur dan buah. Untuk mengatasinya, pilih makanan yang tinggi serat seperti buah betik, limau, buah plum dan aprikot. Jangan lupa untuk menggalakkan si kecil minum air yang banyak antara 1 hingga 1.5 liter setiap hari untuk melancarkan penghadaman mereka.

CIRIT BIRIT

Ketika sistem pencernaan si kecil terganggu akibat cirit-birit, sebaiknya mama pilih makanan yang mudah dicerna dan diserap. Buah dan sayur yang berserat rendah sangat sesuai untuk anak-anak yang mengalami cirit-birit. Makanan seperti pisang, epal, lobak merah, kacang pis, dan kentang adalah contoh terbaik untuk diberikan kepada si kecil anda.

Hindari makanan pedas dan masam, makanan berserat tinggi dan makanan tinggi lemak yang mengandungi susu dan santan.

4 October 2018

7 TIPS PENJAGAAN LUKA SELEPAS BERSALIN NORMAL

Luka bersalin nie bila dengar rasa macam serius je kan, lagi-lagi yang bersalin normal. Ia lah, dipotong dan dijahit plak selepas bersalin tu. Mula la fikir nak kencing macam mana, nak jalan macam mana lagi-lagi nak berak macam mana.
Aishh… baru baca dah seriau. Nie la tempat yang perlu sangat-sangat menjaga kebersihan. Kawasan kemaluan inilah yang perlu dijaga rapi terutamanya apabila melibatkan luka episiotomi di mana tahap jagaan seharusnya berada pada tahap maksimum.
Berikut merupakan 7 tips penjagaan luka berslin selepas anda bersalin.
1.   MENCUCI LUKA
Seeloknya pakai ubat yang telah dibekalkan oleh pihak hospital. Lepas siap semua mandi/buang air kecil, lap kering-kering luka tersebut dengan tisu dan berikan ruang udara sebelum anda memakai ubat luka tersebut. Pastikan baring tau.
Jangan gunakan minyak ke jamu ke untuk percepat proses luka kerana kita tidak tahu tahap kebersihan produk tersebut.
2.   TUKAR PAD SEKERAP YANG BOLEH
Sangat penting untuk anda menukar pad dengan kerap selepas pergi ke tandas. Tukar 2 – 4 jam sekali atau jika anak meragam sekerap yang anda mampu sahaja. Jangan terlalu memikirkan masa nie kena tukar pad.
Ia bertujuan untuk mengelakkan terjadi jangkitan kuman pada bahagian luka tersebut.
3.   ELAK MENCANGKUNG
Yang ni la pesanan yang berulang kali oleh orang tua kita. Jangan cangkuk untuk membuang hadas besar atau kecil. Elak mencangkung bagi mengelakkan terbuka luka episiotomi dan seeloknya gunakan tandas duduk.
4.   AIR GARAM
Memang yang nie la saya amalkan juga selepas bersalin. Ibu akan berikan segayung air garam untuk dibasuh pada luka tersebut. Memang pedih tapi sekejap je. Ibu kata air garam nie pun boleh cepatkan baik luka dan benang cepat tanggal.
Jangan hampakan apa yang mak kita cakap, buatlah at least 1 atau 2 kali seminggu.
5.   ELAK SEMBELIT
Nak elak sembelit, ambil air yang secukupnya, makan buah & sayuran yang tinggi kalsium. Anda juga boleh ambil susu untuk ganti kalsium pada sayuran atau buahan. Rasa tak boleh telan aje OSTEMATRIX a.k.a kalsium.
Sembelit nie jika berlaku risau tempat luka terbuka. Jadinya jangan pandai-pandai nak teran plak !
6.   AMBIL SUMBER VITAMIN C & ZINC
Ambillah sumber Vitamin C & Zinc untuk percepatkan sembuh luka. Saya boleh makan oren tapi biasalah dia berasid kan. Tapi makan oren pun cepat baik jugak tau. Ni saranakan dari misi yang datang ke rumah saya.
Yang ada gastrik tu boleh ambil Vitamin C tambahan untuk bantu baik luka. Beli je untuk persiapan anda. Jangan biarkan. Seeloknya sediakan payung sebelum hujan. Saya sebelum 2 minggu luka dah baik sepenuhnya.
7.   KURANGKAN PERGERAKAN / BERJALAN
Yang nie pun ditekan kan jangan terlebih gerak semasa berpantang. Nak berjalan pun pastikan kepit, jangan la lepas bersalin elok pula bersila. Elakkan supaya luka baik sepenuhnya . baring pun tak boleh terkangkang tau ! elakkan semasa berpantang selama 44 hari tu.
Antara basic yang telah saya lalui untuk kedua-dua anak saya. Yang mana gunakan produk jamu seperti manjakani ke apa-apa ka tu semua atas keyakinan diri. Jangan salahkan orang tua atau sesiapa kerana saya pun takut nak guna sebab tahap kebersihan tu tidak tahu bagaimana dan diragui.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Farah Hanim

3 October 2018

MENCEGAH KEPUTIHAN DARI TERUS MENGHANTUI ANDA DENGAN MAKANAN TAMBAHAN

Secara lazimnya, bila sembang-sembang dengan kawan-kawan, mesti ada masalah keputihan. Ada yang malu untuk bertanya kerana ia adalah kawasan sulit yang perlu dijaga dan akhirnya semakin serius kerana disimpan sahaja dan tidak meluahkan.

Korang tau tak? Jika tidak dicegah masalah keputihan ini akan menjadi lebih serius sehingga boleh melarat dan menghalang kesuburan anda dan ketidakselesaan pada anda. Sekarang dengan faktor pemakanan juga boleh menyumbang pada keputihan. Nak kenal apa keputihan tekan sini.
Banyak punca terjadinya keputihan ini. Lagi-lagi dalam keadaan kita menjaga kebersihan kemaluan, sekeliling, pemakanan, pemakaian dan sebagainya. Nak tahu lebih lagi puncanya boleh klik sini. 
Nak cegah daripada terus menjadi serius pun PERLU anda lakukan kerana ia akan menjadikan anda lebih selesa bersama keluarga dan kawan-kawan. Ada juga yang ‘down’ kerana masalah keputihan ini. Cari jalan penyelesaian supaya anda tidak terus dibelenggu dengan masalah keputihan. Rujuk di sini.

Selain daripada rawatan secara lami, keputihan juga boleh dirawat dengan pengambilan makanan tambahan. Haaa…. Meh sini baca apa yang membantu anda merawat masalah keputihan tersebut.

Bagaimana vitamin ini memainkan peranan pada anda?
Alfalfa Complex

·        Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, sembelit dan hepatitis.

·        Mencuci hati, darah dan usus – alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

·        Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

GLA COMPLEX

·        Menstabilkan hormondengan mengawal selia astrogen dan testoteron

·        Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina

·        Meningkatkan sistem imun badan

·        Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, memperbaiki bintik penuaan

·        Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari arthritis dan rheumatisma

·        Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

GARLIC COMPLEX

·        Sebagai antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

·        Mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.

·        Menghalang alahan seperti hidung sensitif, asma, selesa, sinus dan hepatitis.

·        Menurunkan kolestrol

·        Menurunkan darah tinggi

·        Menstabilkan glukos dalam tubuh

·        Detoksifikasi


Ada juga testimoni yang telah mengambil suplemen untuk mencegah keputihan dari terus menjadi serius. Kebanyakan yang telah mengambilnya sangat berpuas hati. Dibelenggu masalah keputihan sekarang tidak lagi dengan suplemen yang semulajadi

PERTANYAAN ATAU PESANAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi saya di talian 0192768114. Saya akan membantu untuk pembelian dan penghantaran kepada anda beserta konsultasi, tips dan cara pengambilannya.

JIka anda ingin membuat pembelian secara online, anda boleh 'go' untuk pembelian anda yang lebih cepat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ia akan dihubungkan terus ke website Shaklee untuk pembelian.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7493c1741d0bb92fd7dc521a51042b84

2 October 2018

CARA MENCEGAH KEPUTIHAN SECARA ALAMI


Bila keputihan ini, banyak sangat wanita rungsing kerana setiap wanita akan ada masalah seperti ini. Cuma ia normal atau semakin serius akan terjadi. Keputihan ini boleh menjadi normal bila ia dijaga dan boleh menjadi serius bila kita buat endah atau tidak endah.

Untuk menjaga kebersihan vagina anda, haruslah anda tahu langkah-langkah untuk mencegah keputihan secara alami. Antaranya adalah :

1.                Sentiasa memastikan bahagian fajar dalam keadaan kering dan bersih.

Selepas membuang air besar mahupun kecil, pastikan anda keringkan dan bersihkan kemaluan anda supaya mengelakkan dari bakteria terus berada dikawasan tersebut. Jangan biarkan kemaluan anda sentiasa lembab ok.

2.              Elakkan penggunaan pembersih fajar yang menggangu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.

Perlu elakkan kerana ia mengganggu PH pada kemaluan anda. Ada sesetengah inginkan kewangian dan kebersihan, tapi anda juga kena pastikan tahap PH pada setiap pembersih fajar yang anda gunakan. Seeloknya tidak digunakan untuk mengelakkan berlaku keputihan yang semakin serius.

3.              Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita ketika haid.

Untuk 4 hingga 5 jam sekali, pastikan menukar tuala wanita anda ketika anda haid. Ia juga boleh mendatangkan bakteria dan kuman menyerang dan terjadinya keputihan.

4.             Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan saja.

Bila berlaku keputihan yang serius, pastikan anda pakai pantyliner apabila diperlukan sahaja untuk mengelak ia melekat pada seluar dalam. Anda juga pastikan tukar tiap kali ke tandas.

5.             Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.

Bagi yang memang memakai seluar dalam ketat atau jenis satin, elakkan daripada terus memakainya kerana ia boleh menghalang pengudaraan dan kestabilan PH pada fajar  tidak normal.

6.              Kurangakn pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Boleh penyebab juga bila anda ambil gula yang berlebihan. Untuk langkah yang lebih selamat, kurangkan pengambilan gula dan ambil air bersih setiap hari.

7.              Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.

Elakkan untuk seks yang berleluasa. Selain daripada anda mendapat keputihan, perkara lain juga akan turut terikut seperti AIDS dan HIV. Elakkan daripada menukar-nukar pasangan untuk hubungan seks.

8.             Elakkan kehadiran bendasing di dalam fajar seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

Pastikan dan jangan tinggalkan apa-apa bendasing yang anda gunakan ketika hubungan kelamin. Ia juga boleh mengudang keputihan. Selepas membuat hubungan kelamin, pastikan cuci sebersihnya selepas melakukannnya.

9.              Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti.

Selepas bersetubuh, cuci dan buang air kecil bagi mengelakkan keputihan yang sememangnya terjadi pada anda.

10.        Melakukan aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Bila anda tekanan, boleh juga berlaku keputihan. Pastikan diri anda dalam keadaan yang tenang dan bawalah diri untuk melihat keindahan alam atau menenangkan fikiran anda seperti membuat aktiviti lasak atau melancong ke tempat yang anda sukai.

Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan kadar segera dan lakukan pemeriksaan vagina jika anda rasa tidak selesa.

Punca KEPUTIHAN yang perlu anda ambil tahu


Keputihan merupakan salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh wanita. Hampir setiap wanita mengenali sejenis cecair atau lendir yang keluar dari vagina berwarna putih ataupun kuning.

Majoriti yang terjadi pada kaum wanita apabila mereka yang sudah berkahwin. Keputihan juga boleh terbahagi kepada keputihan yang normal atau disebabkan jangkitan kuman.

Tapi perlunya kita tahu juga punca-punca yang boleh menyebabkan keputihan berlaku secara normal atau semakin bertambah teruk. 

1.    SELUAR DALAM

Memakai seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan juga keputihan kerana tiada pengudaraan dan sentiasa lembab. Pilihla seluar dalam yang memberi keselesaan dan pengudaraan yang baik pada vagina anda.

2.    PENCUCI VAGINA

Anda suka menggunakan pencuci vagina (faminine wash)? Korang tau tak? Pencuci wanita boleh menjadi punca keputihan tanpa anda sedari. Jika berlaku keputihan, sila berhenti kerana dikuatiri keputihan anda menjadi semakin serius.

Ini kerana pencuci vagina mengubah kadar PH vagina dan mengganggu flora yang ada.

3.    PRODUK JAMU

Produk jamu semakin berleluasa di pasaran Malaysia pada zaman ini. Pengambilan jamu juga boleh menjadi penyebab masalah keputihan. Ada juga jamu yang mana ia perlu dimasukkan dalam vagina. Bila anda memasuki bendasing ke dalam vagina, ia akan mempengaruhi tahap PH vagina anda dan juga tahap kebersihan pada alat kelamin anda.

4.    TUALA WANITA

Antara kita, ada yang selalu tukar tuala wanita selepas dipenuhi darah haid kan? Korang tau tak? Memakai tuala wanita yang kotor juga boleh menjadi punca terjadinya keputihan. Jika anda datang haid, pastikan anda tukar tuala wanita setiap 4 jam sekali sekalipun belum penuh.

Darah haid juga sarat dengan bakteria dan kotoran. Disarankan untuk anda tukar setiap 4 jam sekali supaya bakteria tidak masuk ke dalam vagina yang boleh menyebabkan keputihan.

5.    HUBUNGAN SEKS

Selepas bersama suami, pastikan anda mencuci kemaluan sebelum tidur. Jika anda tidak menjaga kebersihan diri, akibatnya bakteria akan terus masuk ke dalam  dan menyebabkan jangkitan kuman lalu berlakunya keputihan.

6.    PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN

Pemakanan juga boleh menjadi faktor kepada keputihan. Ada yang mengatakan, pengambilan gula yang berlebihan boleh menjadi punca kepada keputihan.

Ini kerana gula merupakan makanan bagi bakteria dan kulat. Lagi banyak gula masuk ke badan, semakin banyak makanan untuk bakteria dan kulat membiak di dalam vagina anda.

Pastikan minum air yang bersih mengikut keutamaan tubuh badan badan. 1 liter bersamaan 25kg.

7.    BERTUKAR-TUKAR PASANGAN

Bila melakukan seks dan bertukar-tukar pasangan, ini akan menyumbang kepada berlakunya keputihan tanpa anda sedari.

8.    PERUBAHAN HORMON

Perubahan hormon juga boleh menjadi penyebab berlakunya masalah keputihan. Antara yang berlaku pada wanita adalah disebabkan kedatangan haid dan juga telah berkahwin. Untuk ibu yang hamil juga, boleh berlaku keputihan.

Jika berlaku keputihan ketika anda hamil, sila pantau supaya ianya tidak menjadi serius keranan keputihan yang serius boleh menyebabkan jangkitan kuman pada pangkal rahim, pundi kencing, buah pinggang malah boleh berlaku implikasi pada kandungan anda.

Antara punca keputihan yang berlaku pada anda yang mengalaminya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda yang telah membacanya.