Kebiasaanya anak
akan hilang selera setiap kali sakit. Ibu pula pasti buntu dengan keadaan ini, Perut
si kecil tetap perlu disi agar dia mendapat nutrisi secukupnya untuk kembali
sihat.
Salah satu cara
memancing seleranya adalah menyediakan makanan yang sesuai dengan masalah
kesihatan yang dialami si kecil. Ini kerana setiap masalah kesihatan yang
dialami mempunyai menu yang berbeza untuk si kecil ambil. Jom kita selidik.
BATUK
Ia merupakan
mekanisme pertahanan badan untuk saluran pernafasan dan menjadi gejala penyakit
atau reaksi badan terhadap iritasi yang berlaku di tekak. Sama juga seperti
demam selesema, untuk membuatkan si kecil lebih kuat, mereka memerlukan tenaga
dan protein yang lebih daripad biasa.
Agar lebih selesa
semasa makan, pilihla makanan lembut dan berkuah untuknya. Selain menu utama,
ibu juga boleh memberikan sel kecil minuman panas yang mengandungi halia dan
madu. Elakkan makanan yang boleh mencetuskan batuk seperti makanan bergoreng,
makanan manis dan makanan sejuk.
SAKIT TEKAK
Cuaca yang panas sering
menyebabkan tekak si kecil mudah sakit. Jika mereka mengalami masalah ini
pilihlah makanan yang mudah ditelan seperti bubur dan jus. Meminum air kosong
secukupnya juga perlu untuk memulihkan keadaan si kecil yang sakit tekak.
Selain makanan tinggi
karbohidrat seperti bubur nasi, sup kentang dan sebagainya, anda juga
digalakkan memberi anak-anak dengan makanan yang mengandungi tinggi vitamin C
seperti oren, strawberi, tomato, kiwi dan brokoli.
DEMAM SELESEMA
Perkara asas untuk
melawan demam selesema adalah rehat yang cukup selain makanan yang penuh
nutrisi. Keperluan tenaga dan protein anak lebih tinggi berbanding dalam diri
mereka yang selesa setiap kali makan, pilihlah menu berkuah untuk anak-anak. Aneka
sup pasti dapat menambah selera mereka.
SEMBELIT
Ia biasanya berlaku
kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur dan buah. Untuk mengatasinya,
pilih makanan yang tinggi serat seperti buah betik, limau, buah plum dan
aprikot. Jangan lupa untuk menggalakkan si kecil minum air yang banyak antara 1
hingga 1.5 liter setiap hari untuk melancarkan penghadaman mereka.
CIRIT BIRIT
Ketika sistem
pencernaan si kecil terganggu akibat cirit-birit, sebaiknya mama pilih makanan
yang mudah dicerna dan diserap. Buah dan sayur yang berserat rendah sangat
sesuai untuk anak-anak yang mengalami cirit-birit. Makanan seperti pisang,
epal, lobak merah, kacang pis, dan kentang adalah contoh terbaik untuk
diberikan kepada si kecil anda.
Hindari makanan
pedas dan masam, makanan berserat tinggi dan makanan tinggi lemak yang
mengandungi susu dan santan.
No comments:
Post a Comment