2 October 2018

Punca KEPUTIHAN yang perlu anda ambil tahu


Keputihan merupakan salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh wanita. Hampir setiap wanita mengenali sejenis cecair atau lendir yang keluar dari vagina berwarna putih ataupun kuning.

Majoriti yang terjadi pada kaum wanita apabila mereka yang sudah berkahwin. Keputihan juga boleh terbahagi kepada keputihan yang normal atau disebabkan jangkitan kuman.

Tapi perlunya kita tahu juga punca-punca yang boleh menyebabkan keputihan berlaku secara normal atau semakin bertambah teruk. 

1.    SELUAR DALAM

Memakai seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan juga keputihan kerana tiada pengudaraan dan sentiasa lembab. Pilihla seluar dalam yang memberi keselesaan dan pengudaraan yang baik pada vagina anda.

2.    PENCUCI VAGINA

Anda suka menggunakan pencuci vagina (faminine wash)? Korang tau tak? Pencuci wanita boleh menjadi punca keputihan tanpa anda sedari. Jika berlaku keputihan, sila berhenti kerana dikuatiri keputihan anda menjadi semakin serius.

Ini kerana pencuci vagina mengubah kadar PH vagina dan mengganggu flora yang ada.

3.    PRODUK JAMU

Produk jamu semakin berleluasa di pasaran Malaysia pada zaman ini. Pengambilan jamu juga boleh menjadi penyebab masalah keputihan. Ada juga jamu yang mana ia perlu dimasukkan dalam vagina. Bila anda memasuki bendasing ke dalam vagina, ia akan mempengaruhi tahap PH vagina anda dan juga tahap kebersihan pada alat kelamin anda.

4.    TUALA WANITA

Antara kita, ada yang selalu tukar tuala wanita selepas dipenuhi darah haid kan? Korang tau tak? Memakai tuala wanita yang kotor juga boleh menjadi punca terjadinya keputihan. Jika anda datang haid, pastikan anda tukar tuala wanita setiap 4 jam sekali sekalipun belum penuh.

Darah haid juga sarat dengan bakteria dan kotoran. Disarankan untuk anda tukar setiap 4 jam sekali supaya bakteria tidak masuk ke dalam vagina yang boleh menyebabkan keputihan.

5.    HUBUNGAN SEKS

Selepas bersama suami, pastikan anda mencuci kemaluan sebelum tidur. Jika anda tidak menjaga kebersihan diri, akibatnya bakteria akan terus masuk ke dalam  dan menyebabkan jangkitan kuman lalu berlakunya keputihan.

6.    PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN

Pemakanan juga boleh menjadi faktor kepada keputihan. Ada yang mengatakan, pengambilan gula yang berlebihan boleh menjadi punca kepada keputihan.

Ini kerana gula merupakan makanan bagi bakteria dan kulat. Lagi banyak gula masuk ke badan, semakin banyak makanan untuk bakteria dan kulat membiak di dalam vagina anda.

Pastikan minum air yang bersih mengikut keutamaan tubuh badan badan. 1 liter bersamaan 25kg.

7.    BERTUKAR-TUKAR PASANGAN

Bila melakukan seks dan bertukar-tukar pasangan, ini akan menyumbang kepada berlakunya keputihan tanpa anda sedari.

8.    PERUBAHAN HORMON

Perubahan hormon juga boleh menjadi penyebab berlakunya masalah keputihan. Antara yang berlaku pada wanita adalah disebabkan kedatangan haid dan juga telah berkahwin. Untuk ibu yang hamil juga, boleh berlaku keputihan.

Jika berlaku keputihan ketika anda hamil, sila pantau supaya ianya tidak menjadi serius keranan keputihan yang serius boleh menyebabkan jangkitan kuman pada pangkal rahim, pundi kencing, buah pinggang malah boleh berlaku implikasi pada kandungan anda.

Antara punca keputihan yang berlaku pada anda yang mengalaminya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda yang telah membacanya.

No comments:

Post a Comment