2 October 2018

CARA MENCEGAH KEPUTIHAN SECARA ALAMI


Bila keputihan ini, banyak sangat wanita rungsing kerana setiap wanita akan ada masalah seperti ini. Cuma ia normal atau semakin serius akan terjadi. Keputihan ini boleh menjadi normal bila ia dijaga dan boleh menjadi serius bila kita buat endah atau tidak endah.

Untuk menjaga kebersihan vagina anda, haruslah anda tahu langkah-langkah untuk mencegah keputihan secara alami. Antaranya adalah :

1.                Sentiasa memastikan bahagian fajar dalam keadaan kering dan bersih.

Selepas membuang air besar mahupun kecil, pastikan anda keringkan dan bersihkan kemaluan anda supaya mengelakkan dari bakteria terus berada dikawasan tersebut. Jangan biarkan kemaluan anda sentiasa lembab ok.

2.              Elakkan penggunaan pembersih fajar yang menggangu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.

Perlu elakkan kerana ia mengganggu PH pada kemaluan anda. Ada sesetengah inginkan kewangian dan kebersihan, tapi anda juga kena pastikan tahap PH pada setiap pembersih fajar yang anda gunakan. Seeloknya tidak digunakan untuk mengelakkan berlaku keputihan yang semakin serius.

3.              Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita ketika haid.

Untuk 4 hingga 5 jam sekali, pastikan menukar tuala wanita anda ketika anda haid. Ia juga boleh mendatangkan bakteria dan kuman menyerang dan terjadinya keputihan.

4.             Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan saja.

Bila berlaku keputihan yang serius, pastikan anda pakai pantyliner apabila diperlukan sahaja untuk mengelak ia melekat pada seluar dalam. Anda juga pastikan tukar tiap kali ke tandas.

5.             Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.

Bagi yang memang memakai seluar dalam ketat atau jenis satin, elakkan daripada terus memakainya kerana ia boleh menghalang pengudaraan dan kestabilan PH pada fajar  tidak normal.

6.              Kurangakn pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Boleh penyebab juga bila anda ambil gula yang berlebihan. Untuk langkah yang lebih selamat, kurangkan pengambilan gula dan ambil air bersih setiap hari.

7.              Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.

Elakkan untuk seks yang berleluasa. Selain daripada anda mendapat keputihan, perkara lain juga akan turut terikut seperti AIDS dan HIV. Elakkan daripada menukar-nukar pasangan untuk hubungan seks.

8.             Elakkan kehadiran bendasing di dalam fajar seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

Pastikan dan jangan tinggalkan apa-apa bendasing yang anda gunakan ketika hubungan kelamin. Ia juga boleh mengudang keputihan. Selepas membuat hubungan kelamin, pastikan cuci sebersihnya selepas melakukannnya.

9.              Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti.

Selepas bersetubuh, cuci dan buang air kecil bagi mengelakkan keputihan yang sememangnya terjadi pada anda.

10.        Melakukan aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Bila anda tekanan, boleh juga berlaku keputihan. Pastikan diri anda dalam keadaan yang tenang dan bawalah diri untuk melihat keindahan alam atau menenangkan fikiran anda seperti membuat aktiviti lasak atau melancong ke tempat yang anda sukai.

Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan kadar segera dan lakukan pemeriksaan vagina jika anda rasa tidak selesa.

No comments:

Post a Comment