Luka bersalin nie bila dengar rasa
macam serius je kan, lagi-lagi yang bersalin normal. Ia lah, dipotong dan
dijahit plak selepas bersalin tu. Mula la fikir nak kencing macam mana, nak
jalan macam mana lagi-lagi nak berak macam mana.
Aishh… baru baca dah seriau. Nie la
tempat yang perlu sangat-sangat menjaga kebersihan. Kawasan kemaluan inilah
yang perlu dijaga rapi terutamanya apabila melibatkan luka episiotomi di mana
tahap jagaan seharusnya berada pada tahap maksimum.
Berikut merupakan 7 tips penjagaan
luka berslin selepas anda bersalin.
1.
MENCUCI LUKA
Seeloknya pakai ubat yang telah
dibekalkan oleh pihak hospital. Lepas siap semua mandi/buang air kecil, lap
kering-kering luka tersebut dengan tisu dan berikan ruang udara sebelum anda
memakai ubat luka tersebut. Pastikan baring tau.
Jangan gunakan minyak ke jamu ke untuk
percepat proses luka kerana kita tidak tahu tahap kebersihan produk tersebut.
2.
TUKAR PAD SEKERAP
YANG BOLEH
Sangat penting untuk anda menukar pad
dengan kerap selepas pergi ke tandas. Tukar 2 – 4 jam sekali atau jika anak meragam
sekerap yang anda mampu sahaja. Jangan terlalu memikirkan masa nie kena tukar
pad.
Ia bertujuan untuk mengelakkan terjadi
jangkitan kuman pada bahagian luka tersebut.
3.
ELAK MENCANGKUNG
Yang ni la pesanan yang berulang kali
oleh orang tua kita. Jangan cangkuk untuk membuang hadas besar atau kecil. Elak
mencangkung bagi mengelakkan terbuka luka episiotomi dan seeloknya gunakan
tandas duduk.
4.
AIR GARAM
Memang yang nie la saya amalkan juga
selepas bersalin. Ibu akan berikan segayung air garam untuk dibasuh pada luka
tersebut. Memang pedih tapi sekejap je. Ibu kata air garam nie pun boleh
cepatkan baik luka dan benang cepat tanggal.
Jangan hampakan apa yang mak kita
cakap, buatlah at least 1 atau 2 kali seminggu.
5.
ELAK SEMBELIT
Nak elak sembelit, ambil air yang
secukupnya, makan buah & sayuran yang tinggi kalsium. Anda juga boleh ambil
susu untuk ganti kalsium pada sayuran atau buahan. Rasa tak boleh telan aje
OSTEMATRIX a.k.a kalsium.
Sembelit nie jika berlaku risau tempat
luka terbuka. Jadinya jangan pandai-pandai nak teran plak !
6.
AMBIL SUMBER VITAMIN
C & ZINC
Ambillah sumber Vitamin C & Zinc
untuk percepatkan sembuh luka. Saya boleh makan oren tapi biasalah dia berasid
kan. Tapi makan oren pun cepat baik jugak tau. Ni saranakan dari misi yang
datang ke rumah saya.
Yang ada gastrik tu boleh ambil
Vitamin C tambahan untuk bantu baik luka. Beli je untuk persiapan anda. Jangan biarkan.
Seeloknya sediakan payung sebelum hujan. Saya sebelum 2 minggu luka dah baik
sepenuhnya.
7.
KURANGKAN PERGERAKAN
/ BERJALAN
Yang nie pun ditekan kan jangan
terlebih gerak semasa berpantang. Nak berjalan pun pastikan kepit, jangan la
lepas bersalin elok pula bersila. Elakkan supaya luka baik sepenuhnya . baring
pun tak boleh terkangkang tau ! elakkan semasa berpantang selama 44 hari tu.
Antara basic yang telah saya lalui
untuk kedua-dua anak saya. Yang mana gunakan produk jamu seperti manjakani ke
apa-apa ka tu semua atas keyakinan diri. Jangan salahkan orang tua atau sesiapa
kerana saya pun takut nak guna sebab tahap kebersihan tu tidak tahu bagaimana
dan diragui.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Farah Hanim
No comments:
Post a Comment