Keputihan. . dah menjadi isu terhangat
bagi seorang wanita bila sudah mengalaminya. Ia bukalah satu fenomena yang
asing dalam kehidupan seharian bahkan hampir setiap wanita mengalaminya.
‘Keputihan’
adalah masalah yang sering berlaku pada kaum wanita yang bujang mahupun sudah
berkahwin.
Kebanyakan terjadi hanya mendiamkan
diri sehingga masalah berkenaan berlanjutan dan bertambah lebih parah. Statistik menunjukkan hampir 75 peratus wanita yang berkahwin
berdepan dengan masalah ini disebabkan aktiviti seksual.
APA ITU KEPUTIHAN ?
Keputihan atau nama saintifiknya, Fluor Albur atau Leukore ialah suatu keadaan apabila sejenis cecair atau lendir yang
berlebihan keluar dari vagina wanita.
Penyebab utama adalah disebabkan oleh
kulat candida albicans. Keputihan yang disebabkan oleh kulit dinamakan sebagai vulvovaginal candidaisis.
Gejala-gejala yang kerap dilaporkan
adalah kemaluan terasa teramat gatal, kadang-kaang dibahagian luar,
kadang-kadang kemrah-merahan, ada juga yang keluar cairan di kemaluan fajar
berkertul-kertul berwarna putih.
MENURUT PAKAR……
Menurut Perunding Perbidanan Dan Sakit
Puan Juga Pakat Kesuburan Pusat Kesuburan Tropicana, Dr Nurhazinat Mohamed
Yunus berkata, dianggarkan dalam 10 wanita
yang menjalani pemeriksaan, dua hingga tiga berisiko dijangkitit keputihan.
“Ia berlaku disebabkan bahagian alat
sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran seperti pemakanan,
kitaran haid dan tahap kesihatan seseorang, yang kemudian mengubah kelembapan
dan keasidan vagina”.
Jika anda biarkan ia boleh mengundang
jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan
saluran peranakan. Walaupun anda
rasa tidak merbahaya tapi jika biarkan anda mengundang bahaya.
Keputihan biasanya berlaku disebabkan
oleh jangkitan dan kulat. Bila terjadi jangkitan bakteria, ia akan berwarna
kuning, berbau dan gatal-gatal pada kemaluan.
Keputihan juga boleh berlaku pada ibu
hamil disebabkan perubahan fisiologi yang berlaku, dimana keadaan hormone estrogen yang tinggi dan
kelembapan meningkat pada bahagian vagina. Ia boleh menggalakkan pembiakan
kulat. Ada juga yang hilang selepas melahirkan anak.
Bagi wanita yang mengalami masalah
keputihan yang teruk dan merancang untuk mendapatkan zuriat, seeloknya ambil
rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. Keputihan ini boleh
menyebabkan masalah kesuburan pada anda.
Yang lebih merisaukan, ia boleh
menggangu pergerakan sperma memasuki rahim. Jika anda tidak merawat dengan
sebaiknya akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan ketika bersama semasa
melakukan seksual.
Bagi yang mengalami masalah keputihan,
kebersihan adalah FAKTOR
TERPENTING yang perlu dititikberatkan. Jika
anda ingin mencuci di bahagian dalam kemaluan, elakkan menggunakan pencuci alat
sulit wanita (feminine wash).
Pasangan juga harus memainkan peranan
dengan digalak membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas
hubungan seks untuk kebersihan optimum.
Faktor keputihan ini juga akan terjadi
dengan cara pengambilan makanan setiap hari. Jika anda sudah tahu makanan apa
yang boleh membuatkan keputihan anda bertambah teruk, pastikan berhenti supaya
anda dapat mengelakkan daripada terus berlaku.
Jika terjadi masalah-masalah diatas,
pastikan bersegerelah berjumpa dengan doktor.
No comments:
Post a Comment