Anak lelaki sudah berderet, si ibu pula teringin memiliki anak
perempuan. Kononnya untuk kelahiran kali ini jika dapat bayi perempuan, ibu
tidak akan mengandung lagi. Namun anak yang dilahirkan masih juga lelaki,
terpaksa ibu mengandung lagi walaupun jarak umur anak begitu dekat.
Jangan buntu ! ibu boleh merancang kehamilan untuk memilki jantina bayi
yang diingini dengan berusaha membuat perkara ini. Semoga usaha ini akan
diberkati dan dapatlah ibu memiliki jantina anak yang dikehendaki. Antara kaedah
semulajadi yang boleh dipraktikkan.
MAKANAN
Bagi mendapatkan
anak perempuan, suami harus lebih banyak makanan
beralkali. Manakala ibu pula makanlah lebih banyak makanan berasid. Jika mahu
anak lelaki pula, suami perlu makan makanan berasid dan isteri pula makan
makanan beralkali.
Makanan beralkali terdiri daripada sayur-sayuran, buah-buahan, putih
telur, susu dan banyak lagi. Makanan berasid pula termasuklah daging, makanan
laut dan lain-lain.
BERGANTUNG JUMLAH SEKS
Jika ibu dan suami kerap melakukan hubungan intim sebelum dating haid,
ia meningkatkan peluang untuk ibu berdua mendapat anak perempuan. Tetapi jika
anda berdua bersama selepas tempoh haid iaitu hari ke-11 hingga ke-16, ibu
berupaya memperoleh anak lelaki.
KEDALAMAN ALAT KEMALUAN
Suami tidak perlu memasukkan alat kemaluan terlalu dalam ke vagina ibu
jika mahukan anak perempuan. Namun, jika mahukan anak lelaki, lakukanlah
perkara yang sebaliknya. Kromosom X diandaikan mampu berlari pantas dan
mempunyai stamina yang kuat.
Manakala kromosom Y pula adalah sebaliknya. Atas sebab itulah, suami
perlu memasukkan alat kemaluan lebih dalam agar memudahkan usaha untuk
mendapatkan anak lelaki.
KEMUNCAK KLIMAKS
Usaha mendapatkan anak perempuan ini memerlukan suami perlu klimaks
terlebih dahulu sebelum isteri. Hal ini kerana ketika isteri mengalami klimaks,
isteri mengeluarkan cecair beralkali. Jika sebaliknya, di aman suami klimaks
selepas isteri, ibu mungkin boleh mendapatkan anak lelaki.
PERSEDIAAN ISTERI
Sebelum melakukan hubungan intim, ibu boleh melakukan alternative sendiri
dengan membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air jika
mahukan anak perempuan. Namun, jika mahukan anak lelaki, cuci vagina
menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina
lebih beralkali.
KEDUDUKAN
Keadaan suami yang berada di bawah dan isteri di atas ketika melakukan
hubungan intim dapat membantu ibu memiliki anak perempuan. Jika kedudukan ibu
dan suami bertentangan iaitu isteri di bawah dan suami diatas, ia membolehkan
ibu mendapat anak lelaki.
DOA
Selain daripada perkara di atas dilakukan, berusaha la dan berdoa minta
padaNya supaya diberikan rezeki untuk mendapat anak yang ingin dimilki. Sama-sama
berusaha dan saling bantu membantu.
Sama-sama memanfaatkan kaedah diatas untuk kebahagian keluarga anda.
No comments:
Post a Comment