Bukan senang sebenarnya kita nak menjaga kuku supaya kelihatan sihat
dan bersinar. Bila sudah bergelar wanita, selain daripada akhlak yang abaik,
kecantikan juga perlu dijaga dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki. Wanita
yang kelihatan hebat bukan sahaja cantik malah memetingkan kebersihan diri.
Kuku adalah sebahagian daripada tubuh yang perli diberi perhatian oleh
kita. Kebanyakan mementingkan kuku yang bersih dan cantik. Jom amalkan 8 tips
ini secara konsisten, hasilnya akan membuatkan kuku anda sihat dan menawan.
1.
POTONG KUKU DENGAN CARA BETUL
Sebaik-baiknya anda digalakkan memotong kuku selepas
mandi pada waktu pagi. Ketika ini kuku anda lembut dan mudah dipotong. Jangan potong
kuku terlalu pendek kerana ia boleh mencederakan kulit. Potong lurus kuku ke
dalam dan mencengkam kulit anda.
Selepas proses memotong, anda disarankan untuk
membersihkan tangan dan merendam jari di dalam air suam yang dicampur dengan
pati lemon dan beberapa titis minyak zaitun. Bukan sahaja kuku bersih malah
kulit tangan menjadi lembap dan berbau harum.
2.
BUANG KUTIKEL
Selepas merendam kuku, sapukan krim kutikel untuk
melembutkan sel kulit mati. Ketika anda membuang kutikel, pastikan ia berada
pada kedudukan 45 darjah dan lakukannya dengan lembut. Gunakan gunting khas
untuk tujuan ini.
3.
URUTAN LANCARKAN ALIRAN DARAH
Usai langkah tersebut, lakukan urutan pada tangan
anda terutama di bahagian jari. Urutan akan membantu melancarkan perjalanan
darah selain memberi ketenangan serta keselesaan kepada anda. Gunakan minyak
zaitun, argan atau essential oil.
4.
SAPU LOSEN
Sapo losen pada seluruh tubuh sebelum tidur malam,
jadikan rutin harian anda. Penggunaan losen secara konsisten akan membantu
masalah kuku patah atau rapuh. Selain losen, anda juga boleh gunakan minyak
zaitun yang kaya dengan vitamin E.
Jika bekerja dalam bilik penyaman udara, oles losen
sekerap mungkin. Ia melembapkan kulit dan mengekang penuaan.
5.
TUKAR STOKIN SETIAP HARI
Bagi anda yang memakai stokin, pilih metarial
daripada gentian kapas yang dapat menyerap peluh dengan baik. Tukar stokin
setiap hari bagi mengelakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau kaki.
Jangan memakai stokin atau sarung kaki yang lembap
kerana ia menyebabkan bau kurang enak dan kaki dijangkiti kuman.
6.
JAGA KEBERSIHAN KASUT
Kebersihan kasut juga perlu dijaga, sebaik-baiknya
jangan memakai kasut yang sama setiap hari terutama jenis bertutup. Memakai kasut
bertutup seharian menyebabkan kaki haba peluh terperangkap.
Masalah kelembapan terperangkap akan mengundang
masalah kaki berbau kerana jangkitan kuman. Bersihkan kasut sekerap mungkin
untuk mengelakkan bau busuk.
7.
PAKAI SARUNG TANGAN
Gunakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah
terutama membabitkan aktiviti berkebun dan mencuci pinggan. Penggunaan sarung
tangan bukan sahaja memelihara kelembutan kulit malah ia juga melindungi kuku
daripada kekotoran dan bahan kimia yang terkandung dalam bahan pencuci.
8.
SUPLEMEN
Untuk dapatkan kuku yang sihat dan cantik, penjagaan
dalama juga diperlukan. Anda disarankan mengambil suplemen khas iaitu 300
mikrogram vitamin B Biotin setiap hari.
Selain itu, amalkan pemakanan yang sihat, diet
seimbang akan membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Misalnya, segelas susu
dan dua biji telur separuh masak dapat membantu mencantikkan dan menyihatkan
kuku anda.
Sama-sama buat dan manfaat kan untuk kebersihan kuku kita.
No comments:
Post a Comment