Walaupun banyak mengatakan sakit pinggul ini kerap
dialami oleh wanita. Lelaki juga tidak terkecuali. Mungkin ada yang beranggapan
sakit pinggul hanya sakit biasa akibat kepenatan dan akan sembuh dengan
sendiri. Tetapi, kenyataannya sakit pinggul boleh mengakibatkan seseorang itu
mengalami masalah sukar berjalan.
Antara gejala akibat sakit pinggul ialah :
- Kaki mengalami mati rasa
- Kesemutan
- Sukar untuk berjalan seperti biasa
- Ada pembengkakan pada bahagian luar pinggul
- Cepat merasa lelah
- Pinggul merasa sakit dan tidak selesa semasa duduk, berdiri dan berjalan
- Ada benjol kecil di bahagian tulang pinggul kerana tulang mengalami keretakan atau patah
Selain itu, ada penyebab lain berlakunya sakit
pinggul ini. Ia adalah :
Sindrom Iritasi Usus Besar
Akibat kurang pengambilan makanan yang mengandungi
serat tinggi dan kadar air yang banyak boleh menyebabkan seseorang itu mengalami
kesakitan tiba-tiba pada pinggul. Gejala ini juga boleh menyukarkan seseorang
itu untuk membuang air besar.
Terseliuh
Apabila seseorang itu melakukan aktiviti tanpa
sengaja sehingga mengalami seliuh atau tergeliat pada pinggul sehingga terkoyak
jaringan ligamen. Akibatnya bengkak kawasan pinggul hingga rasa sakit yang
luar biasa.
Retak atau Patah
Ia terjadi pada kawasan paha bahagian atas hingga tulang
pinggul. Keadaan ini menyebabkan pembengkakan, sukar berjalan dan pinggul
terasa sakit.
Osteoporosis
Ia berlaku kerana kekurangan jaringan otot untuk
menampung dan mempertahankan kekuatan otot tulang dan sendi. Akibatnya, berlaku
hakisan tulang atau tulang cepat reput, menipis dan mudah retak. Inilah menyebabkan
rasa sakit pada bahagian pinggul.
Sendi terkeluar
Ia terjadi akibat terjatuh dengan kuat sehingga
menimbulkan pembengkakan pada kawasan pinggul dan rasa sakit dalam jangka masa
panjang. Namun, dengan rawatan tertentu, ia boleh membantu menghilangkan rasa
sakit dan kembali normal.
Kerja berat
Lelaki yang kerap melakukan kerja-kerja berat seperti
mengangkat beban terlalu berat sehingga memberi tekanan dan hakisan pada
bahagian pinggul. Keadaa ini dapt merosakkan jaringan pingguls ehingga
menyuakrkan untuk anda tidur.
Bila anda ada simptom-simptom diatas, segeralah berjumpa dengan doktor. Jangan biarkan diri anda terus berasa sakit. Jangan biarkan melarat dan sampai masalah anda tak mampu berbuat apa-apa.
No comments:
Post a Comment