Sebenarnya banyak manfaat bila kita sudah mendetok badan kita ni lebih-lebih lagi yang memang selalu tidak sihat, jerawat banyak dimuka atau badan, selalu penat dan letih, berat badan berlebihan dan banyak lagi la.
Bila kita dah tahu fungsi detok ini, kita akan lebih menghargai tubuh badan kita. Nak tahu ape fungsinya. Jom baca :
MERANGSANG TENAGA
Detoks membantu badan jadi lebih bertenaga. Detoks juga
menyebabkan anda kurang atau tidak ambil makanan punca toksin seperti lemak,
gula, kafien dan sebagainya. Pengambilan makanan sihat memberi kita tenaga
berpanjangan.
MENYINGKIRKAN LEBIHAN SISA BUANGAN
Kebanyakan program detoks dicipta untuk merangsang badan
menyahtoksinkan secara sendiri, membantu hati, buah pinggang untuk melakukan
proses ini.
MENURUNKAN BERAT BADAN
Berat badan daapt dikurangkan jika mnegamalkan diet detoks
dengan betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yang cepat.
SISTEM IMUN YANG KUAT
Detoks memberi peluang pada organ dalam badan kita
berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu untuk memberikan
imun ‘boost’ pada badan. Ini membolehkan badan menyerap nutrisi dengan lebih
baik termasuklah vitamin C.
Kebanyakan herba yag diambil semasa berdetoks akan
membantu system limpa dan ini memainkan peranan yang penting pada tubuh badan.
KULIT MAKIN CANTIK
Kulit adalah organ terbesar dalam badan. Satu cara untuk
membantu program detoks ialah bersaauna untuk membantu badan mengeluarkan peluh
dan toksin yang berlebihan.
BANTU BADAN LEBIH SIHAT
Jika kita ketagihan terhadap gula, kafien, makanan
bergoreng atau makanan yang rangup, program detoks boleh membantu menghilangkan
ketagihan itu. Selalunya jika kita cuba untuk berhenti ketagihan terhadap
makanan atau minuman seperti ini, kita akan berdepan dengan keputusan yang tidak
membanggakan dan kembali kepada tabiat yang lama.
Jika kita membersihkan tubuh
dan menggantikan makanan itu dengan pilihan yang lebih sihat, kita mampu
mengawal diri kita dan kemungkinan untuk lebih memilih tabiat yang baik untuk
jangka masa panjang.
BADAN LEBIH RINGAN
Antara kelebihan detoks badan berasa lebih ringan. Ia
menggantikan makanan berlemak dengan makanan yang lebih organic seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran membuatkan badan anda lebih ringan.
ANTI PENUAAN
Toksin yang sentiasa berlaku di dalam badan menyumbang
kepada proses penuaan. Jika menurunkan berat jumlah kerosakan radikal bebas
kepada tubuh, kita akan melihat perubahan bukan saja dalam jangka masa pendek.,
tapi manfaat untuk jangka masa yang panjang dengan penambahan kesihatan.
Apabila selesai menjalani program detoks, ia penting sekali untuk tidak kembali
kepada cara gaya pemakanan sebelum ini yang dipenuhi dengan toksin.
Nak kongsi sikit resepi air detoks untuk buat dirumah. lebih mudah dan senang kan. amalkan selalu tau.
RESEPI AIR DETOKS STRAWBERRY DAN TEMBIKAI
Bahan-bahan
2-3 biji strawberi – dihiris
Tembikai – di pototng kiub
2-3 helai daun pudina
2 liter air kosong/air mineral
Cara membuat :
Masukkan semua buah-buahan yang telah dipototng ke dalam
jag air. Kemudian isikan air mineral biarkan selama dua atau tiga jam. Boleh
disimpan di dalam peti sejuk untuk anda yang suka minuman sejuk.
Selamat mendetokskan badan anda !
No comments:
Post a Comment