APA ITU DETOKS? Mungkin masih ada yang kurang pasti apa itu
detoks. Detoksifikasi ataupun detoks adalah proses pengeluaran racun dan zat
yang bersifat racun dari dalam tubuh.
Antara organ yang menjadi sasaran proses pembersihan ini
adalah usus. Selain olahraga atau bersenam, detoks juga merupakan cara bagus
untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan.
Tidak susah untuk kita kekal sihat. Apa yang penting sejauh
mana anda mengambil berat dan peka mengenai isu kesihatan ini.
Bayangkan jika segala sisa makanan yang mengandungi racun
merbahaya kepada tubuh masih terperap di dalam usus ataupun tubuh badan anda.
Ia umpama makanan basi yang terperap dalam paip singki.
Kadangkala kesannya
tidak dapat dilihat cepat, jadi persiapkan diri anda dengan cara mengamalkan
pemakanan dan gaya hidup sihat serta nyahkan toksin dari badan melaui proses
detoks yang betul.
Lakukannnya bermula sekarang. Proses detoks ini boleh
dilakukan dengan pelbagai cara dan salah satu cara terbaik adalah melalui
makanan bersumberkan alam semulajadi.
AIR KELAPA
Air kelapa mampu membersihkan saluran pencernaan juga
melawan bakteria dan kuman merbahaya dalam tubuh. Minum air kelapa hijau secara
teratur juga dapat meningkatkan daya tubuh badan dan membantu tubuh mendapatkan
air secukupnya untuk beroperasi dengan lebih sempurna.
BUAH-BUAHAN
Buah-buahan sememangnya tinggi dengan pelbagai khasiat yang
dapat membantu tubuh membuang racun. Di samping mudah dicerna, buah juga
mempunyai kandungan antioksidan, gizi, serat dan vitamin-vitamin penting untuk
tubuh yang sihat.
KACANG HIJAU
Di Filipina kacang hijau yang di rebus bersama udang dan
sayuran merupakan antara makanan popular dan ia sebenarnya baik untuk system
pencernaan. Hal ini kerana kacang hijau dapat menyerap endapan atau sisa-sisa
racun yang terdapat pada lapisan usus.
BAWANG PUTIH
Kalua anda nak tahu, bawang putih merupakan salah satu
makanan detoks terbaik kerana ia kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat
antibakteria. Ia juga mampu merangsang usus untuk menghasilkan enzim detoks
yang mampu mengasingkan sisa racun dari system pencernaan.
SAYURAN HIJAU
Selain dimakanan mentah, sayur-sayuran juga boleh dibuat
jus. Bagi mendapatka rasa lebih menarik, anda boleh campurkan dengan
buah-buahan yang kaya dengan serat. Kombinasi makanan-makanan berkhasiat ini
akan membantu usus anda mengeluarkan racun-racun ini dari badan.
Memang sudah menjadi keperluan untuk kita detoks tubuh badan supaya badan lebih cergas dan bertenaga. toksin dalam badan pun banyak buang daripada terkumpul dalam badan yang boleh menjadi penyebab kita tidak sihat. Antara fungsi detoks 8 fungsi detoks untuk tubuh badan anda
Korang yang selalu sakit-sakit badan, lemah dan lesu, cepat penat dan selalu nak baring je tu elok sangat buat detoks ini. Keluarga sihat anda bahagia.
No comments:
Post a Comment