Berus gigi memang sangat penting untuk penjagaan gigi kita. Ada sesetengah orang kurang mengambil berat berkenaan dengan gigi. padahal yang itulah paling mustahak untuk kita menjaga dan pelihara gigi daripada cepat rosak.
Bakteria paing mudah membiak adalah pada bahagian gigi.Sebabnya kita makan, kita minum semuanya melalui mulut.
Tahukan
anda? Mulut adalah tempat yang lebih mudah dijangkiti bakteria dan tempat mudah
untuk bakteria membiak walaupun anda sudah memberus gigi.
Tips sihat
bagi memastikan kebersihan gigi dan mengembalikan senyuman anda :
Bersihkan setiap hari
Amat penting untuk anda membersihkan
berus gigi setiap kali anda memberus gigi. Langkah ini bagi membuang bakteria
yangtertinggal pada berus gigi. Caranya basuh dengan air yang mengalir dan keringkan.
Beli baru
Ketika kita sakit, badan akan
memberikan perubahan termasuk penambahan bakteria dalam mulut anda. Jadi
setelah anda sihat adalah lebih baik anda menggantikan berus gigi anda.
Tukar berus gigi
Adalah disaran untuk menggantikan
berus gigi anda 3 atau empat bulan sekali ini untuk memastikan supaya tidak
banyak bakteria pada berus gigi anda. Ia juga memastikan berus gigi anda
berfungsi dengan baik.
Penyimpanan
Jauhkan berus gigi dari mnagkuk tandas
kerana udara di sekeliling bilik air boleh menyebarkan bakteri. Menutup dengan
penutup sediada adalah bagus untuk mengelakkan bakteria tetapi jangan terlalu
lama kerana bakteria amat suka pada tempat yang lembap.
Gosok sebelum tidur,
Sesudah anda memberus gigi, pastikan
anda tidak mengambil apa pun makanan kerana siai makanan yang melekat di celah
gigi akan menyebabkan gigi berlubang,gosok dua kali sehari sekurang - kurangnya
dan selama dua minit untuk menjaga gigi anda.
Jenis berus gigi
Anda disarankan menggunakan berus gigi
yang halus kerana ia boleh menjangkau sisa sisa pada plak gigi didalamnya. Jika
dibiarkan, ia boleh menyebabkan sakit pada gusi anda. Berus gigi yang jenis medium dan hard boleh melukan gusi anda.
Pencuci mulut
Selepas mencuci mulut anda disarankan
untuk berkumur dengan pencuci mulut. Ini membantu untuk menjaga kesihatan gigi
anda. Disarankan juga anda supaya menggunakan pencuci mulut yang bebas alkohol.
Cara anda memberus gigi
Semasa anda memberus gigi pastikan
berus gigi anda membentuk sudut 45’ dan arah putaran. Ini membantu membersihkan
seluruh bahagian gigi termasuklah yang
paling belakang. Lidah juga perlu digosok bagi menghilangkan bakteria
yang ada.
AWAS! Gigi anda mungkin rosak jika
anda lakukan pekara pekara ini
MAKANAN MANIS
Makanan manis bukan sahaja
meningkatkan berat badan anda tetapi juga merosakKan gigi anda. Makanan manis
boleh meningkatkan bakteria dimana risiko terbentuknya plak gigi.
AIS BATU
Dengan mengunyah ais boleh
meningkatkan sensitif gigi dan menyebabkan gigi rekah hingga patah dan begitu
juga pengambilan makanan yang keras.
KOPI
Sedapkan? Tahukah anda kopi meninggalkan kesan
kekuningan pada gigi dan kafein yang boleh mengurangkan pengeluaran air liur. Air
liur juga membantu membersihkan rongga mulut anda.Semoga pekongsian inimemberi anada kesedaran tentang pentingnya penjagaan mulut kerana mulut itu lah kita bercakap dengan orang disekeliling kita. Amalkan untuk kesihatan gigi yang sihat dan kuat.
No comments:
Post a Comment