Korang yang sama macam Farah memang tak rugi pun sebab banyak jugak khasiat dalam kerabu nie kan. Kan banyak guna bahan-bahan yang memang banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Nie Farah nak kongsi resepi yang mana Farah ambil dari mak mertua kesayangan gituuu... Banyak ajar bab-bab kerabu nie tau! Yang pasti memang sedappppp. Pastinya mudah untuk dibuat hidangan.
BAHAN-BAHAN
Segengam ikan bilis
20 batang Kacang botol
2 helai daun kunyit
2 batang serai
1 batang bunga kantan
1 biji bawang besar
5 biji cili kecil
Halia setengah inci (hiris nipis)
5 biji limau kasturi
Secubit garam
CARA-CARA
1 Ikan bilis goreng garing dan toskan minyak
2 Bahan-bahan yang lain hiris dan gaulkan sekali
3 Potong limau kasturi dan ambil jusnya sahaja.
4 Masukkan garam, ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris berserta jus limau kasturi. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
KERABU KACANG BOTOL |
Selamat mencuba !
Kredit : Farah Hanim
No comments:
Post a Comment