Kewangan
antara yang sentiasa bermain dan berlegar dalam fikiran sesiapa sahaja
pada setiap bulan. Dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi hari ini
hal kewangan sentiasa menjadi topik yang hangat untuk dibualkan. Pelbagai
keluhan kedengaran antaranya sentiasa tidak cukup wang untuk persekolahan
anak-anak, insurans keluarga dan pelbagai lagi.
Semuanya mengudang tekanan dalam kehidupan
seharian. Bagaimana untuk kurangkan tekanan mengenai bab kewangan sedangkan
setiap hari kehidupan sentiasa bermain dengan wang. Ada beberapa tip yang
boleh digunakan untuk meredakan tekanan dalam soal kewangan anda.
- Kurangkan Aktiviti Di Luar Rumah
Sama ada kita
percaya ataupun tidak, keluar sahaja dari rumah pasti juga wang dari dompet turut
sama keluar. Tidak kira ke mana pun ia memerlukan satu peruntukan belanja yang
tertentu. Jadi sekiranya tidak memerlukan untuk kita keluar dari rumah lebih
baik habiskan masa bersama anak-anak dan keluarga di dalam rumah sahaja. Itu
lebih baik.
- Hadkan Duit Makanan Ringan
Anak-anak amat
gemar menikmati makanan ringan. Tanpa disedari sebenarnya duit untuk makanan
ringan ini dalam sehari boleh mencecah hingga ke RM10 dan ada kalanya lebih
dari itu. Itu sebenarnya membazir, tambahan lagi ia sebenarnya tidak elok untuk
kesihatan. Jadi lebih baik anda kecilkan sedikit bajet untuk membeli makanan
ringan selain untuk berjimat kerana ia juga baik untuk kesihatan.
- Kurangkan Minat Membeli Belah
Jangan kata
wanita, lelaki juga minat untuk membeli belah dan kebiasaannya sesetengah
lelaki lebih menggemari barangan yang mahal dan berjenama. Jadi dalam keadaan
ekonomi yang tidak menentu kini dengan kenaikan pelbagai harga barang,tidak
salah anda kurangkan sedikit minat untuk sentiasa membeli belah. Lebih baik
simpan sahaja wang anda kepada perkara yang lebih baik.
- Coffee Time
Memang tidak
salah menikmati secangkir kopi bersama rakan selepas waktu kerja. Namun ia menjadi
salah apabila ia menjadi kebiasaan dan setiap hari melepak di restoran mamak.
Walaupun hanya secawan kopi jika setiap hari ia juga memerlukan kepada satu
peruntukan yang tertentu. Jadi kurangkan sedikit waktu kopi anda dan lebih baik
nikmati kopi di rumah bersama isteri dan anak-anak. Lebih jimat dan dapat
luangkan masa bersama isteri dan anak-anak.
- Jangan Mewahkan Anak
Dalam keadaan
untuk berjimat hari ini biasakan anak-anak dengan kehidupan yang sederhana.
Jangan ajarkan anak-anak bermewah dan tidak salah andai biasakan anak-anak
dengan pasar malam. Ini juga boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak jika
tidak mahu membawa mereka ke tempat membeli belah yang besar yang pastinya
harga akan jauh lebih mahal.
#ringgitdansen #infokewangankeluarga #infomajalahwanita
No comments:
Post a Comment