Orang dulu-dulu suka makan
ulam kan. Macam-macam jenis ulam yang mereka makan. Tapi zaman sekarang bila
sebut je ulam, kebanyakannya mengelak dari makan. Antara sebabnya mereka kurang
meminati makanan berasaskan ulam-ulaman nie.
Korang tau tak? Tumbuhan hijau
nie banyak menyumbang kepada kesihatan kita. Tapi tanpa sedar dah ramai yang
kurang meminati disebabkan sudah ada makanan segera yang lebih cepat dan mudah.
Untuk kali ini, kita
jengah sikit apa khasiat disebalik kacang botol.
Kacang botol ini lazimnya
dijadikan ulam dalam juadah masakan orang melayu. Psophocarpus tetragonolobus
merupakan nama botani kepada pokok kacang botol ini. Pokok kacang botol ini
tumbuh secara menjalar.
Buahnya mempunyai empat
cuping dan berwarna hijau muda (muda) dan hijau gelap(tua). Buah kacang botol
ini sedap dimakan ketika muda kerana rasanya yang ranggup dan tidak keras.
Kacang botol di galakkan
di makan mentah, agar segala khasiat dan
antioksidan lebih tinggi diperoleh oleh tubuh.
Antara KHASIAT dan
Kebaikan Kacang Botol @ botor ialah:-
1. Kacang botol mengandungi protein,
kaya dengan zat galian, zat besi, kalsium,
vitamin C, vitamin A dan pelbagai
kandungan nutrien lain. Dikatakan
kandungan khasiat dan nutrien berbeza antara kacang botol muda dan kacang botol
yang sedikit matang atau tua.
2. Kacang botol muda untuk 100 gram hanya
mengandungi 49 kalori berbanding kacang botol tua yang mengandungi 409 kalori.
3. Kandungan kacang botol
yang lebih tua lebih tinggi protein dan zat galian lain berbanding kacang botol
muda.
4. Kacang botol tua
mengandungi thiamin, B1, riboflavin, B6, B3, folate, B9 dan asid pantothenic serta vitamin B
kompleks penting.
5. Wanita hamil amat bagus
menikmati kacang botol kerana kacang botol mengandungi sumber folate atau B9.
100 gram kacang botol mengandungi 11%
dari kadar saranan harian keperluan folate.
6. Kajian juga menunjukkan
kacang botol mentah atau segar mengandungi vitamin C yang mencukupi di mana 100 gram mengandungi 18.3 mg iaitu
31% vitamin C untuk kadar keperluan harian.
7. Kacang botol juga
mengandungi magnesium, manganese, fosforus,
zink dan potasium.
8. Dikatakan juga
kandungan protein dalam kacang botol lebih tinggi berbanding kacang tropika
yang lain sekaligus amat bagus untuk anda yang mengamalkan diet tinggi protein
untuk pembentukan tubuh, tanpa perlu kerap mengambil protein shake.
9. Jika anda berpantang kacang soya kerana
bimbang tentang kandungan estrogen dan pelbagai isu mengenai kacang soya, anda boleh menggantikan kacang soya dengan
kacang botol kerana kacang botol dikatakan mempunyai kandungan asid amino yang
sama dengan kacang soya.
10. Kacang botol dikatakan boleh meredakan demam campak
dengan cara merebus kacang botol ke dalam air dan jadikan air rebusan kacang
botol sebagai sapuan ke atas kulit yang terkena demam campak.
Pelbagai jenis masakan yang dibuat bila dengan kacang botol nie. Ada yang makan gitu sahaja, ada yang buat goreng nasi, ada yang buat goreng pedas ada jugak yang buat kerabu.
Ia juga atas pilihan mereka yang suka makan kacang botol nie. Bagus untuk masukkan dalam menu harian kita.