6 June 2017

ULSER YANG MENYAKITKAN SEMBUH DENGAN SELAMAT



Korang mesti selalu mengalami masalah ulser mulut kan?

Bila terkena tu nak makan pun pedih, bercakap,  apatah lagi bila nak gosok gigi. Nak makan pedas lagi la merana. Sakit dan pedih tu Tuhan je tahu kan! 

Apa itu ulser mulut?

Ulser mulut merupakan lukadalam mulut yang berwarna putih ataukuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan memang sangat menyakitkan bagi yang terkena. Ia terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut.

Terjadinya ulser mulut?

Dua penyebab utama terjadinya ulser mulut adalah ulser afta berulang dan trauma/kecederaan (sebagai contoh kekurangan minum air masak, tergigit mulut dengan tidak sengaja dan pendakap gigi yang tidak sempurna)

Ada juga penyebab yang lain. Antaranya :
  • Kekurangan zat dalam tubuh badan seperti zat besi dan folic asid
  • Imuniti badan yang lemah
  • Tekanan perasaan
  • Kecederaan pada lapisan nipis mulut disebabkan tergigit bibir, makan makanan yang tahan atau air yang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan melecur bibir.
  • Jangkitan virus merupakan jangkitan yang paling kerap berlaku. Contohnya : kayap, penyakit tangan kaki dan mulut, cacar air, cold sores) dll.
Tapi kesannya tak sama pada setiap orang. Berbeza-beza juga. Ada yang biasa sahaja kena tapi ada juga yang teruk sehingga boleh berminggu-minggu untuk pulih.

Ada cerita disebalik ulser mulut yang sudah terjadi bertahun-tahun dan akhirnya boleh memberikan senyuman paling manis untuk keluarganya.

Jom ikuti cerita Puan Norasiah Wan Mohd Nor yang tanpa sedar, sudah berbulan-bulan tidak terganggu dengan ulser mulut yang terjadi sejak dibangku sekolah sehingga la beliau berkahwin dan mempunyai anak selepas pengambilan SET ULSER MULUT SHAKLEE.

[ULSER MULUT CEPAT SEMBUH DENGAN SET ULSER MULUT SHAKLEE]



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Wan Norasih Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Saya suka nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan suplemen Shaklee.

Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti sehinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser bukan yang biasa-biasa.

Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaanya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.

Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.

Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.

Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.

Sampai satu tahap terpaksa ambil MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.

Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petua saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.

Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih Tuhan saja yang tahu.Taubat tak nak buat dah.

Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.

Sampaila satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. konsisten setiap hari tanpa jemu.

Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.

Terima kasih Shaklee. Selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.

Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.


******************************************************************************************

Ada masanya kita kena tahu punca terjadinya ulser nie. Perkara yang kecil boleh menjadi besar bila kita tidak mengendahkan sesuatu itu terjadi di atas tubuh kita sendiri.

SUPLEMEN UNTUK YANG SELALU TERKENA ULSER

PERTANYAAN ATAU PESANAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan suplemen shaklee, boleh terus hubungi Farah di nombor 0192768114. Saya akan bantu untuk pembelian dan penghantaran kepada anda beserta dengan konsultasi, tips dan cara pengambilannya.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui e-sell Shaklee dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Klik link dibawah untuk membuat pembelian dan anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.

esell Shaklee


No comments:

Post a Comment