Sekiranya anak yang terlalu terdedah dengan persekitaran dan
kerap kurang sihat itu bermakna kita sebagai ibu bapa perlu peka dan jangan
diambil mudah. Ini keranak anak-anak yang kecil tidak sama dengan antibodiorang
dewasa. Jadinya, mereka akan terdedah dan mudah dijangkiti dengan orang
disekliling mereka.
Secara umumnya, terdapat juga beberapa perkara yang membantu
untuk kuatkan system imun anak. Antaranya adalah :
1. Susu ibu
2. Mengamalkan pemakanan yang sihat
Pastikan anda memberikan nutrisi untuk anak bagi menguatkan system imun. Pengambilan sayur dan buah-buahan setiap hari untuk dapatkan penuh nutrisi yang makanan yang seimbang. Tapi ada juga anak-anak yang susah untuk ambil makanan seimbang, terutamanya sayur-sayuran. Jadi, nutrisi inilah yang menyebabkan system imun mereka lemah.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, didapati jangkitan kuman lebih sering berlaku pada mereka yang mengalami kekurangan nutrisi pemakanan seperti kwashiorkor atau marasmus.
3. Vaksin
Sekarang pun pihak hospital atau klinik sarankan untuk membuat suntikan imunisasi. Melalui proses vaksinasi,system imun tubuh anak akan dirangsang sebagai persediaan bagi menghadapi jangkitan sebeanr melalui penghasilan sel antibody memori. Ini sangat disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
4. Jaga kebersihan seklilingnya
Jaga kebersihan dan persekitaran yang bersih dan selamat untuk seisi keluarga. Jadikan kebersihan sebagi satu factor utama semasa membuat pilihan seperti membeli makanan diluar, minum air yang dimasak terlebih dahulu, dan persekitaran yang ceria.
Cuba elakkan keadaan ‘overcrowling’ dimana terlampau ramai orang yang tinggal serumah. Risiko pendedahan penyakit meningkat dengan keadaan orang yang ramai terutamanya di tempat jagaan kanak-kanak. Kualiti penjagaan bagi anak juga mungkin terjejas jika nisbah antara penjaga dan kanak-kanak di nursery tidak seimbang.
5. Jauhi dari merokok
Salah satunya yang menjadi punca dalah bahayanya asao rokok. Didapati situasi “secondhand smoker” di mana bayi atau kanak-kanak tinggal bersamadengan ibubapa atau orang dewasa yang merokok akan terdedah kepada asaprokok secara tidak langsung.Berdasarkan hasil kajian epidemiologi, risiko bagi kanak-kanak mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut adalah lebih tinggi dikalangan mereka yang terdedah dengan gejala ‘secondhand smoker’.
6. Tidur yang mencukupi
Pastikan anak-anak anda mendapat tidur yang cukup bagi membantu sel-sel badan mereka berhat dan bekerja lebih baik.
7. Senaman
Biarkan anak-anak bermain. Sesetengah pendapat menyatakan anak-anak yang bermain pasir atau tanah akan membantu anak-anak meningkatkan system imun mereka.
Moga apa yang dikongsi memberi manfaat untuk ibubapa diluar
sana peka dan ambil perhatian tentang keadaan anak-anak.
No comments:
Post a Comment