13 June 2017

ATASI MASALAH RABUN SILAU ANDA




Sekarang rata-rata kanak-kanak pun dah mulai pakai spek mata. Apatah lagi orang dewasa. Jika dilihat, orang dahulu kurang memakai dan sampai sekarang masih segar penglihatan mereka walaupun sudah berusia. 

Zaman yang moden ini, banyak kita terdedah dengan gajet yang boleh menyebabkan kita mendapat rabun silau secara tidak langsung. Termasuk juga ibubapa yang memang menjadikan gajet sebagai keperluan untuk anak-anak mereka sebagai alat permainan. Dengan jangka masa yang panjang, pendedahn mata keapda skrin cerah boleh menyebabkan masalah rabun silau. 


Apa itu Rabun Silau ?

Rabun silau dipanggil ‘ Astigmatisme’ dalam istilah perubatan, berlaku adalah disebabkan oleh imej yang terbentuk lebih darisatu titikfokus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan padasatu titik sahaj lalu membentuk imej yang kurang jelas.

Gejala Yang Kerap Dihadapi Oleh Penghidap Rabun Silau :

  1. Imej atau objek yang dilihat adalah kurang jelas
  2. Mata tidak selsa
  3. Mata berair 
  4. Berasaperit pada bahagian mata
  5. Sakit kepala dimana tahap kesakitan sakit kepala yang berbeza-beza mata
  6. Ketegangan mata
  7. Mudah merasa letih
  8. Juling
  9. Imej dekat dan jauh kelihatan kabur
  10. Sensitif pada cahaya
  11. Mata sering berkelip atau serng menutup mata
  12. Pandangan berlapis
  13. Penglihatan 'upside down'
  14. Pandangan terherot
  15. Susah memandu waktu malam, kdanag pandangan nampak dua

Cara Mengatasi Masalah Rabun Silau
  • Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Berdiri pada satu posisi dan fokus kepada titik tersebut.
  • Elakkan membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minuman jus lobak merah tanpa gula dan ais.
  • Jangan lihat skrin komputer terlalu lama. Rehatkan mata setiap30 minit dengan cara pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata
  • Makan suplemen Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.

Rawatan Yang Diperlukan Oleh Penghidap Rabun Silau:

Cermin Mata

Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang mudah dan selamat untuk semua orang. Malah, ia menjadi pilihan ramai kerana pelbagai reka bentuk cermin mata di zaman moden ini. 

Kanta Lekap

Kanta lekap memberikan keselesaan yang lebih berbanding memakai cermin mata. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Namun, langkah penjagaan dan pemakaian kanta lekap yang selamat dan betul perlu dititikberatkan untuk mengelakkan sebarang komplikasi pada mata.

Pembedahan Kornea

Pembedahan kornea merupakan langkah terakhir untuk merawat rabun silau ini. Teknik laser dakan digunakan untuk menhapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Oleh itu, pastikan anda mendapat khidmatnasihat dari soktor pakar jika anda merancang untuk melakukan pembedahan.

Seseorang yang kekurangan vitamin A dapat terkena xeroftalmia, dimana bole mata menjadi kering, kornea mengeras dan pembekanan kelopak. Jika tidak diatasi, ianya boleh menyebabkan kebutaan kekal.

Fungsi lain vitamin A adalah mencegah pembentukan radikal bebas yang dpat merosakkan sel retina dan kanta. Ia juga bermanfaat sebagai pencegah katarak dan penyakit retina seperti degenerasi macula.

Pengambilan vitamin A harus diambil dengan dos yang sepatutnya iaitu 75000mcg seharu atau mengikut keperluan dan usia. Jika terlebih pengambilan, boleh menyebabkan kecacunan.


Tips Memilih Cermin Mata Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak

# Benarkan anak anda memilih bingkai mereka sendiri mengikur citarasa mereka.  

# Pilihlah bingkai plastic kerana ia tahan lama dan tidak membahayakan kanak-kanak terutamanya sekiranya anak anda berumur dua tahun dan ke atas.

#Sekiranya anak anda mahu melilih untuk menggunakan bingkai logam, pastikan cermin mata mereka mempunyai engsel spring kerana ia lebih tahan lama.

# Walaubagaimanapun, cermin mata bingkai logam ini sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar.

# Kanta khas yang dipanggil kanta tinggi indeks, yang lebih nipis dan lebih ringan daripada kanta plastic diperlukan oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah mata yang teruk.

#Pastikan terdapat satu tali elastic yang disertakan dengan cermin mata kerana ia akan membantu menjaga cermin mata tersebut sekiranya mereka dengan bergerak aktif seperti bermain. 


Kesimpulan

Ibu bapa seharusnya pantau perkembangan penglihatan anak anda sekiranya anak anda banyak terdedah kepada permainan video, gajet dan sebagainya. Dapatkan rawatan awal daripada doktor sebelum rabun silau menjadi bertambah buruk.


No comments:

Post a Comment