10 March 2017

TIPS SENAMAN YANG SIHAT





Senaman boleh membuatkan kita sentiasa bertenaga. Lagi2 yang bekerja shif siang dam malam yang memerlukan tenaga yang banyak. Zaman sekarang makin kurang senaman bila lihat disekeliling kita. Semuanya sangat sibuk dengan pekerjaan dan abaikan kesihatan demi mencari sesuap nasi. 

Dalam kesibukan bekerja, boleh kita ambil masa 10 hingga 15 minit bagi meregangkan otot 2kita yang bekerja setiap masa tu. selain itu, yang ingin memulakan senaman dan mahukan hidup sihat sentiasa, meh baca tips2 yang membantu anda supaya tidak terlalu leka dengan pekerjaan yang dilakukan. Antaranya :
  • Dapatkan nasihat doctor sebelum memulakan program senaman kecergasan jika and menghidap penyakit NCD.
  • Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkn secara beransur-ansur untuk beberapa minggu apabila lebih cergas.
  • Mulakan senaman berselang seli 2-3 minit berrehat selama 15 minit.
  • Aktiviti senaman perlu ditambah 2 – 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit.
  • Mulakan dengan aktiviti pemanasan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
  • Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit
  • Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami :
Ketidakselesaan ;
Sakit ; atau
Pening
  • Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
  • Persekitakan tempat senaman :
Permukaan yang rata;
Suhu dan kelembapan udara terkawal;
Kawasan redup/teduh; dan
Tempat yang cukup terang

  • Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.
  • Amalkan senaman penafasan di antara senaman.


JIKA ANDA PENGHIDAP PENYAKIT DIABETES
  • Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia (paras glukos rendah) mungkin terjadi.
  • Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
  • Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.

JIKAANDA MENGHIDAP HIPERTENSI
  • Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas

JIKA ANDA OBES
  • Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan ergrakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecerderaan pada otot-otot
Moga tips yang diberikan memberi manfaat buat anda dan keluarga dan pilihlah cara yang lebih baik untuk kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment