Seperti yang sedia maklum, sejak kebelakangan ini penggunaan
rokok elektronik di kalangan remaja lelaki dan juga golongan perempuan semakin
meningkat dengan begitu drastik.
Alasan utama mereka menghisap vape atau rokok elektronik ini
ada bertujuan mengelakkan ketagihan dan secara tidak langsung dapat berhenti
menghisap rokok sebenar secara perlahan-lahan. Tapi masih ramai yang tidak
mengetahui apakah hukum menghisap vape atau rokok elektronik ini.
Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli
Mohamad al-Bakri telah memberikan beberapa hujah tentang hukum menghisap rokok
elektronik atau pada masa kini lebih popular dipanggil vape atau vapor di
kalangan remaja.
Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada
rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau
tadarruj. Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok
elektronik dengan berleluasa. Justeru, irsyad Fatwa pada kali ini merasa
terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik
ini
DEFINISI ROKOK ELEKTRONIK
Rokok elektronik (electronic
nicotine delivery systems atau e-cigarette)
adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa
kini, rokok elektronik juga dikenali sebagai vape atau vapor..
PENDAPAT PAKAR
Dinyatakan disini beberapa pakar berkenaan dengan penggunaan
rokok elektronik, antaranya :
- Jumlah nikotin yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan bertulis pada labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6-8mg dalam setiap 1ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16-18mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.
- Saintis dari Bahagian Penilaian Farmasuetikal US Food dan Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua buah syarikat pengeluar (Njoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati bahan tobacco specific nitrosamines (ISNAS) yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenis e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label.
Terdapat sedikit nikotin dalam e-rokok yang dikatakan ‘tiada
kajian yang sahih’ menunjukkkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai
rawatan penggantian nikotin. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan
kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan meraka bahawa e-rokok boleh digunakan
untuk mengurangkan tabiat merokok.
HUKUM
Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga ans yang
dinyatakan makan kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga
hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang di’ilahkan atau nyatakan sebab
terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami
nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya :-
- Qiyas kepada rokok sebenar
- Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan bahan-bahan berautoriti.
- Pembaziran
- Meniru budaya yang bukan Islam
- Dilihat tidak bermaruah.
Terdapat fatwa ulama yang menyokong tentang pengharaman
rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti ini juga dengan alasan
yang diberikan di atas. Bagi alasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas
Siri-18.
FATWA ULAMA
Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan
hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah HARAM.
No comments:
Post a Comment