Bila bercerita tentang senaman ini, dilihat makin berkurangan dikalangan kita untuk membuat senaman. kebanyakan yang sibuk dengan kerja dari siang hingga ke malam tekadang tiada masa untuk senaman.
Senaman ini boleh dikategorikan sebagai senaman yang sihat kerana ia membantu kita cergas dan sentiasa dalam keadaan bertenaga. Tidak kurang juga dapat membantu tubuh badan kita melakukan pembakaran kalori yang berlebihan.
Senaman juga tidak terkecuali oleh ibu yang sedang hamil. ada banyak senaman ringkas yang boleh anda lakukan bagi yang sibuk. Yang tidak sibuk boleh luangkan masa setengah jam hingga sejam untuk membuat senaman di rumah atau di taman awam.
APA ITU AKTIVITI
FIZIKAL
Aktiviti fizikal adalah pergerakan yang dihasilkan oleh
penggunaan otot-otot yang utama yang mampu membakar kalori yang berlebihan
dalam tubuh.
Contoh Aktiviti Fizikal Yang Boleh Dilakukan :
Menaiki tangga
Menyapu
Mengemop lantai
Mengemas rumah
Membasuh kereta
Berkebun di halaman rumah
APA ITU SENAMAN
Senaman adalah pergerakan yang dilakukan
secara berulang kali, terancang dan berstruktur yang bertujuan untuk
meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.
Contoh senaman adalah :
Berjogging
Berlari
Berjalan pantas
Berenang
Berbasikal
KEBAIKAN SENAMAN
Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot
Menguatkan otot jantung dan meningkatkan
system salur darah
Meningkatkan fungsi paru-paru
Membantu organ penghadaman dan perkumuhan
Meningkatkan koordinasi antara saraf dengan
otot
Mengekalkan berat badan ideal
Menyumbang kepada postur dan penampilan diri
Mengawal penyakit NCD seperti diabetes,
penyakit jantung dan hipertensi
TAHAP AKTIVITI FIZIKAL MENGIKUT BILANGAN LANGKAH BAGI
INDIVIDU DEWASA
Bilangan langkah dalam sehari
|
Tahap aktiviti fizikal
|
5,000 – 7,499
|
Tidak aktif
|
7,500 – 9,999
|
Sedarhana aktif
|
10,000 – 11,999
|
Aktif
|
> 12,000
|
Sangat aktif
|
Jom kita mulakan sekarang untuk gaya hidup
sihat
Kesihatan pun terjaga, penyakit pun
berkurangan.
Ingat.. tubuh kita nak pakai lama.. jadikan
kesihatan kita sebagai nyawa kita.
No comments:
Post a Comment