Kedudukan meja kerja anda amat penting dalam
menentukan reputasi kerja anda. Perhatikan kedudukan meja kerja anda. Adakah ia
berada di kedudukan yang sesuai? Jangan ambil ringan akan hal ini kerana ia mempengaruhi keadaan anda.
Jemput Rezeki
Hindari tempat duduk yang membelakangi pintu.
Carilah ruang kerja berhadapan dengan pintu masuk. Secara simboliknya, rezeki
datang melalui muka pintu dan tidak elok jika anda membelakanginya. Malah anda
perlu untuk sentiasa bersedia dengan sesiapa yang keluar masuk terutama sekali
majikan sendiri. Apabila anda berada dalam keadaan bersedia, semua pasti
berjalan lancar.
Elak Posisi Laluan
Elakkan daripada melakukan urusan kerja di
situasi meja yang terletak pada posisi laluan ramai. Ini boleh menggugat
konsentrasi kerja anda. Contohnya posisi berhadapan dengan lif, di laluan bilik
air, berdekatan dengan tangga, menghala ke rak simpanan dokumen dan sebagainya.
Dekat Dengan Bos
Mungkin ramai yang dambakan posisi tempat
kerja yang terletak jauh daripada meja mahupun bilik bos. Sebenarnya posisi
meja kerja yang berdekatan dengan tempat bos amat bagus untuk prestasi kerja
anda. Sekiranya risau gerak geri akan diperhatikan, anda pasti akan bertindak
untuk sentiasa berada di meja dan laksanakan tanggungjawab.
Semeja Dengan Kawan Baik
Duduk dikalangan rakan-rakan sekerja yang
sekepala memang digalakkan bagi melahirkan suasana ceria saat bekerja. Tetapi
ia juga boleh memberi efek pada tugasan seharian. Terutama jika anda suka
bergosip, pastikan kerja yang sepatutnya siap jadi tertangguh. Asingkan diri
buat seketika sekiranya anda memerlukan konsentrasi yang berterusan.
Elakkan 3 Item Ini
Cermin
Ia mampu memantulkan refleksi dan aura
negative pada mereka berdekatan dengan anda, malah cermin menyekat perjalanan
anda kerana ia boleh menganggu tumpuan bekerja. Terutamanya pantulan imej
mereka yang jelas kelihatan pada cermin tersebut.
Foto keluarga
Meletakkan foto keluarga seolah-olah
memberikan anda satu anjakan untuk bekerja keras. Namun elakkan untuk
meletakkan gambar terlalu banyak seolah-olah anda menunjukkan hati dan jiwa
masih tertinggal di rumah.
Makanan
Makanan mampu menghilangkan tekanan keraj dan
mengantuk. Namun elakkan meletak terlampau banyak makanan semasa bekerja. Ia
juga memberi ketidakselesaan kepada perut apabila tidak berhenti mengunyah.
Makanan turut menjejaskan persepsi pelawat apabila melihat makan yang penuh di
meja kerja anda.
#infokarier
#MajalahWanita
No comments:
Post a Comment