Lelaki biasa kurang bersedia untuk ke
pejabat mahupun ke mana sahaja. Biasanya pada waktu mahu berangkat itulah
mereka sibuk mahu mengemas.
Cuba ubah rutin yang sedemikian.
Amalkan sebelum tidur ataupun ke katil tidur sediakan apa sahaja keperluan
untuk esok hari. Pasti ini akan menjadikan anda lelaki terhebat pada keesokkan
harinya.
Antaranya lakukan :-
TUKAR CADAR ANDA
Jangan malas untuk menukar cadar tidur
anda. Tahukan anda, tidur di atas tilam dan sarung bantalyang kotor akan
memberi kesan kepada kulit wajah dan juga kulit belakang anda. Cukup sekadar
anda luangkan masa seminggu sekali tugas segala cadar untuk memberi kesegaran
kepada kulit wajah dan badan.
SEDIAKAN PAKAIAN UNTUK
ESOK
Apa kata sebelum memanaskan tilam tidur
anda, luangkan masa 10-15 minit sediakan terlebih dahulu baju untuk dipakai
esok pagi. Kebiasaannya anda akan memilih dan menggosokkannya pada pagi sebelum
ke pejabat. Jadi ubah rutin itu. Dengan sediakan pada malamnya. Hasilnya anda
dapat jimatkan masa dan tidak kelam kabut pada waktu pagi.
BERCUKUR
Ini per;u bagi anda yang alah pada
kesan cukuran. Kesan merah dibahagian muka kana hilang dalam lapan jam selepas
bercukur. Jadi waktu terbaik adalah bercukur pada malamnya. Waktu tidur selama
lapan jam itu boleh digunakan untuk menghilangkan kesan alahan itu.
SENAMAN RINGKAS
Lakukan sedikit senaman ringkas untuk
megekalkan badan yang berotot dan selesa sebelum tidur. Pasti ramai yang tidak
mengetahui bahawa melakukan senaman ringan sebelum tidur boleh membuatkan tidur
menjadi lebih nyenyak.
FLOSS
Sekadar mengosok gigi masih tidak
mencukupi. Pada usia anda yang semakin matang, membersihkan gigi menggunakan
floss menjadi satu kemestian untuk memberi kebersihan gigi yang maksima dan
memberi kesihatan kepada gusi.
PUTUSKAN TALIAN
Satu hingga dua jam sebelum tidur anda
disarankan agar memutuskan segala talian sama ada internet dan sebagainya.
Matikan laptop, ipad, computer dan television kerana tenaga yang dipancarkan
daripada peralatan ini akan menggangu putaran tidur anda. Untuk menggantikan
itu semua, gantikan dengan membaca apa sahaja buku sebelum tidur.
TUKAR RUTIN ANDA
Jika sebelum ini setiap kali sebelum
tidur anda suka minum secawan minuman berkafein, apa kata selepas ini bertukar
kepada minuman lain. Dikatakan kafien akan membuatkan mata anda tidak mengantuk
dan akan mengambil masa tidur anda sebenarnya. Selain itu, kafien juga akan
menyebabkan penghidratan dan ini akan menyebabkan kulit menjadi kering dan
mempercepatkan proses penuaan.
BERSIHKAN WAJAH
Bukan sahaja perlu bersihkan wajah pada
waktu pagi, malam sebelum tidur seeloknya bersih wajah menggunakan pencuci muka
yang mempunyai daya kelembapan kulit yang tinggi. Minyak dan kotoran halus yang
tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyebabkan pori-pori muka tersumbat dan
menyebabkan tumbuhnya jerawat. Sebelum terlewat hindarnya dengan mengamalkan
bersihkan wajah sebelum tidur.
#dunialelaki
#majalahwanita
No comments:
Post a Comment