2 March 2017

SIHAT DENGAN BANYAKKAN MINUM AIR BERSIH

Petang-petang nie nak cerita sikit la berkenaan dengan air.

Bila ditengok-tengok kebanyakkan orang sekeliling kurang sangat minum air. Air pun jika terlalu dahaga baru minum kan.

Diikutkan prinsip Kementerian Kesihatan, kita wajib minum air 8 gelas sehari. Haaaaaaa, mereka keluarkan kenyataan itu mesti bersebab jugak kan. Bukan main redah je. tapi sekarang sebilangan orang tidak nampak apa kebaikan minum air yang cukup.

Air amat penting dan mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas. antara fungsinya adalah :

  • Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal 

  • Air berperanan untuk memastikan supaya organ-oragan seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.

  • Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.

  • Air adalah gen membawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan

  • Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghidari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.

  • Air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.


KELEBIHAN MINUM AIR YANG MENCUKUPI

  • Dapat menyahtoksi badan dengan semulajadi

  • Kulit anda akan kelihatan lembap dan awet muda

  • Badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit

  • Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan

  • Dapat membantu PROSES MENGURANGKAN BERAT BADAN dengan gabungan amalam pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten

  • Minda yang ceria dan emosi stabil


banyakkan kelebihan bila kita minum air bersih yang cukup. Untuk kesihatan tubuh badan, pencernaan, menyahtoksin yang terkumpul dalam badan kita. Yang sembelit pun boleh tak sembelit tau bila kita minum air yang cukup.

Sayangilah diri anda. Kesihatan badan amat mahal berbanding penyakit yang semamangnya mahal.

No comments:

Post a Comment