Menurut bahasa, haid
adalah sesuatu yang mengalir. Menurut istilah syarak,haid adalah darah yang
keluar daripada kemaluan wanita secara semulajadi pada waktu tertentu. Oleh
itu, haid adalah darah normal, bukan disebabkan oleh penyakit, luka, keguguran,
ataupun kelahiran.
Oleh kerana haid adalah darah normal, darah itu berbeza
mengikut situasi, lingkungan, dan iklim sehingga berlaku perbezaan antara
setiap wanita.
HIKMAH HAID
Haid membantu
pertumbuhan anak di dalam kandungan. Sewaktu janin berada di dalam kandungan
ibu, janin belum mampu makan seperti bayi yang berada di luar kandungan.
Maka, Allah menjadikan darah sebagai makanan untuk
janin yang diserap tanpa perlu mengunyah ataupun mencernanya. Darah ibu
mengalir ke tubuh bayi melalui tali pusat, lalu meresap ke dalam tubuhnya.
Ini hikmah haid.
Kebiasaannya, wanita hamil tidak didatangi haid. Begitu juga wanita yang
menyusukan anak, hanya sebilangan kecil daripada mereka yang mengalami hadi.
Selain itu, haid mengurangkan nafus syahwat wanita, menjadi ukuran tempoh idah,
bukti bebas daripada kehamilan, dan mendidikwanita supaya bersabar dengan
ketentuan Allah.
BILAKAN WANITA
MENGALAMI HAID?
Majoriti sarjana
agama berpendapat, wanita mengalami haid pada usia 12 hingga 50 tahun. Mereka
juga berpendapat, umur minima wanita mengalami haid adalah Sembilan tahun. Ia
juga berpendapat, wanita yang mengalami menopous atau berhenti haid pada usia
50 hingga 60 tahun.
Terdapat wanita yang
mengalami haid sebelum usia 12 tahun dan masih mengalaminya selepas usia 50
tahun. Semua ini bergantung pada keadaan, lingkuan dan iklim.
Oleh itu, walaupun
wanita mengalami keadaan darah keluar daripada kemaluannya sebelum berusia sembilan
tahun ataupun sudah melebihi 50 tahun, itu adalah darah haid. Ini kerana, Allah
dan rasul-Nya mengaitkan hukum haid berdasarkan kehadiran darah daripada
kemaluan wanita.
PROSES KITARAN HAID
Hadi atau menstruasi
adalah keadaan wanita mengeluarkan darah daripada kemaluannya. Keadaan ini
berlaku secara rutin setiap bulan. Ia bermula apabila rahim yang matang
bersedia bagi bertemu dengan ovum.
Ovum adalah sel telur
yang belum disenyawakan,yang dihasilkan oleh ovari. Proses terjadinya haid
melibatkan banyak organ yang bekerja secara bersama.
Organ-organ yang
terlibat dalah otak, ovari, rahim dan sistem lain yang berkaitan. Proses
kitaran haid adalah seperti berikut :
- Lapisan sel rahim yang terdiri daripada darah, iaitu lapisan yang berperanan sebagai penyokong janin yang sedang membesar apabila wanita hamil, mulai menebal. Hormon memberi isyarat kepada ovum di dalam ovari supaya mula berkembang.
- Selanjutnya, ovum dikeluarkan daripada ovari dan bergerak melalui tiub Fallopio terus ke dalam rahim.
- Apabila ovum tidak disenyawakan dengan sperma sewaktu hubungan intim, lapisan rahim yang tebal dengan darah berpisah daripada dinding rahim dan mula gugur. Darah yang gugur ini dikeluarkan melalui kemaluan wanita.
- Tempoh masa pengeluaran darah ini dipanggil sebagai haid atau menstruasi. Ia biasanya berlaku selama tiga hingga tujuh hari. Jarak antara satu haid dengan haid yang seterusnya adalah 21 hingga 35 hari.
Sekiranya terjadi
persenyawaan iaitu pencatuman ovum dan sperma, haid tidak akan berlaku. Tempoh
ini dikenali sebagi tempoh kehamilan.
TEMPOH HAID
Para sarjana agama
berbeza pendapat menentukan tempoh haid. Pendapat masyhur mengatakan tempoh
minima haid untuk wanita adalah satu hari dan satu malam dan tempoh maksima
adalah 15 hari. Secara umumnya, wanita mengalami haid selama 6 hingga 7 hari.
Terdapat juga wanita
yang mengalami hadi melebihi tempoh itu dan ada juga kurang daripada tempoh
itu. Pendapat ini berdasarkan hadis dariapda Hamnah binti Jahsy yang melaporkan
Rasulullah menerangkan,
“ Berdasarkan ilmu Allah, kamu mengalami haid
antara enam hingga tujuh hari. Selepas itu, kamu bersuci dan solat selama 23
ataupun 24 hari seperti para wanita lain yang mengalami haid dan suci pada masa
itu.” (direkodkan oleh Abu Daud)
Terdapat sarjana
agama berpendapat, haid tidak mempunyai tempoh minima ataupun maksima. Haid
berakhir apabila darah berhenti keluar daripada kemaluan, bukan dengan
berlakunya satu hari dan satu malam, ataupun tiga hari, ataupun 15 hari.
Pendapat ini adalah pendapat ab-Darimi dan Ibnu Taimiyyah.
WARNA DARAH HAID
Menurut sarjana
agama, terdapat enam jenis warna darah haid iaitu hitam, merah, kuning, hijau,
coklat dan warna tanah. Warna merah dan hitam adalah warna darah haid yang
disepakati sarjana agama berdasarkan hadis yang diceritakan oleh Urwah. Beliau
melaporkan ketika Fatimah binti Jahsy mengalami istihadhah, Rasulullah berkata,
“ Darah haid adalah darah
hitam yang sudah dikenalioleh wanita. Apabila keluar darah seperti itu,
tinggalkan solat, dan sekiranya darah tidak berwarna seperti itu, berwuduk dan
laksanakan soalt kerana darah itu adalah darah penyakit.”
(Direkodkan oleh Abu Daud)
Pada hari pertama dan
terakhir wanita datang haid, kebiasaanya darah hadinya berwarna coklat ataupun
kekuningan. Ada juga wanita yang mendapati darah haidnya berwarna hijau. Hal
ini berlaku bergantung kepada makanan yang diambil.
SIFAT DARAH HAID
Darah haid bersifat
kental ataupun likat, berwarna merah kehitaman, dan memiliki bau yang tidak
sedap. Wanita yang biasa mengalami haid, pasti dapat membezakan bau darah
dengan darah biasa.
TANDA TERHENTINYA
HAID
Masa berkahirnya haid
dapat diketahui denan berhentinya darah ataupun melihat cairan putih. Hal ini
berdasarkan kata-kata Aisyah
,
“ Jangan terburu-buru sehingga kamu melihat cairan putih”.
(direkodkan oleh Bukhari)
Sekiranya wanita
melihat cairan berwarna kekuningan ataupun keruh selepas mendapat tanda
berhentinya haid, cecarir itu tidak dianggap sebagai darah haid. Ummu Athiyah
pernah berkata,
“ kami tidak menganggap warna kekuningan dan
keruh sebagai hadi.” (direkodkan oleh Nasaie)