20 December 2017

KHASIAT KACANG BOTOL BAGI MAKANAN SEHARIAN KITA



Orang dulu-dulu suka makan ulam kan. Macam-macam jenis ulam yang mereka makan. Tapi zaman sekarang bila sebut je ulam, kebanyakannya mengelak dari makan. Antara sebabnya mereka kurang meminati makanan berasaskan ulam-ulaman nie.

Korang tau tak? Tumbuhan hijau nie banyak menyumbang kepada kesihatan kita. Tapi tanpa sedar dah ramai yang kurang meminati disebabkan sudah ada makanan segera yang lebih cepat dan mudah. 

Untuk kali ini, kita jengah sikit apa khasiat disebalik kacang botol. 

Kacang botol ini lazimnya dijadikan ulam dalam juadah masakan orang melayu. Psophocarpus tetragonolobus merupakan nama botani kepada pokok kacang botol ini. Pokok kacang botol ini tumbuh secara menjalar. 

Buahnya mempunyai empat cuping dan berwarna hijau muda (muda) dan hijau gelap(tua). Buah kacang botol ini sedap dimakan ketika muda kerana rasanya yang ranggup dan tidak keras.

Kacang botol di galakkan di makan mentah,  agar segala khasiat dan antioksidan lebih tinggi diperoleh oleh tubuh. 
Antara KHASIAT dan Kebaikan Kacang Botol @ botor ialah:-

1.  Kacang botol mengandungi  protein,  kaya dengan zat galian,  zat besi,  kalsium,  vitamin C,  vitamin A dan pelbagai kandungan nutrien lain.  Dikatakan kandungan khasiat dan nutrien berbeza antara kacang botol muda dan kacang botol yang sedikit matang atau tua.

2.  Kacang botol muda untuk 100 gram hanya mengandungi 49 kalori berbanding kacang botol tua yang mengandungi 409 kalori.

3. Kandungan kacang botol yang lebih tua lebih tinggi protein dan zat galian lain berbanding kacang botol muda.
               
4. Kacang botol tua mengandungi thiamin, B1, riboflavin, B6, B3, folate,  B9 dan asid pantothenic serta vitamin B kompleks penting.

5. Wanita hamil amat bagus menikmati kacang botol kerana kacang botol mengandungi sumber folate atau B9. 100 gram  kacang botol mengandungi 11% dari kadar saranan harian keperluan folate.

6. Kajian juga menunjukkan kacang botol mentah atau segar mengandungi vitamin C yang mencukupi  di mana 100 gram mengandungi 18.3 mg iaitu 31% vitamin C untuk kadar keperluan harian.

7. Kacang botol juga mengandungi magnesium,  manganese,  fosforus,  zink dan potasium.

8. Dikatakan juga kandungan protein dalam kacang botol lebih tinggi berbanding kacang tropika yang lain sekaligus amat bagus untuk anda yang mengamalkan diet tinggi protein untuk pembentukan tubuh, tanpa perlu kerap mengambil protein shake.

9.  Jika anda berpantang kacang soya kerana bimbang tentang kandungan estrogen dan pelbagai isu mengenai kacang soya,  anda boleh menggantikan kacang soya dengan kacang botol kerana kacang botol dikatakan mempunyai kandungan asid amino yang sama dengan kacang soya.

10.  Kacang botol dikatakan boleh meredakan demam campak dengan cara merebus kacang botol ke dalam air dan jadikan air rebusan kacang botol sebagai sapuan ke atas kulit yang terkena demam campak.

Pelbagai jenis masakan yang dibuat bila dengan kacang botol nie. Ada yang makan gitu sahaja, ada yang buat goreng nasi, ada yang buat goreng pedas ada jugak yang buat kerabu. 

Ia juga atas pilihan mereka yang suka makan kacang botol nie. Bagus untuk masukkan dalam menu harian kita. 

19 December 2017

5 LANGKAH PENJIMATAN KELUARGA ANDA



Kewangan   antara yang sentiasa bermain dan berlegar dalam fikiran sesiapa sahaja pada setiap bulan. Dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi hari ini hal kewangan sentiasa menjadi topik yang hangat untuk dibualkan. Pelbagai keluhan kedengaran antaranya sentiasa tidak cukup wang untuk persekolahan anak-anak, insurans keluarga dan pelbagai lagi.

Semuanya mengudang tekanan dalam kehidupan seharian. Bagaimana untuk kurangkan tekanan mengenai bab kewangan sedangkan setiap hari kehidupan sentiasa bermain dengan wang. Ada beberapa tip yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dalam soal kewangan anda.

  1. Kurangkan Aktiviti Di Luar Rumah
Sama ada kita percaya ataupun tidak, keluar sahaja dari rumah pasti juga wang dari dompet turut sama keluar. Tidak kira ke mana pun ia memerlukan satu peruntukan belanja yang tertentu. Jadi sekiranya tidak memerlukan untuk kita keluar dari rumah lebih baik habiskan masa bersama anak-anak dan keluarga di dalam rumah sahaja. Itu lebih baik.

  1. Hadkan Duit Makanan Ringan
Anak-anak amat gemar menikmati makanan ringan. Tanpa disedari sebenarnya duit untuk makanan ringan ini dalam sehari boleh mencecah hingga ke RM10 dan ada kalanya lebih dari itu. Itu sebenarnya membazir, tambahan lagi ia sebenarnya tidak elok untuk kesihatan. Jadi lebih baik anda kecilkan sedikit bajet untuk membeli makanan ringan selain untuk berjimat kerana ia juga baik untuk kesihatan.

  1. Kurangkan Minat Membeli Belah
Jangan kata wanita, lelaki juga minat untuk membeli belah dan kebiasaannya sesetengah lelaki lebih menggemari barangan yang mahal dan berjenama. Jadi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini dengan kenaikan pelbagai harga barang,tidak salah anda kurangkan sedikit minat untuk sentiasa membeli belah. Lebih baik simpan sahaja wang anda kepada perkara yang lebih baik.

  1. Coffee Time
Memang tidak salah menikmati secangkir kopi bersama rakan selepas waktu kerja. Namun ia menjadi salah apabila ia menjadi kebiasaan dan setiap hari melepak di restoran mamak. Walaupun hanya secawan kopi jika setiap hari ia juga memerlukan kepada satu peruntukan yang tertentu. Jadi kurangkan sedikit waktu kopi anda dan lebih baik nikmati kopi di rumah bersama isteri dan anak-anak. Lebih jimat dan dapat luangkan masa bersama isteri dan anak-anak. 

  1. Jangan Mewahkan Anak
Dalam keadaan untuk berjimat hari ini biasakan anak-anak dengan kehidupan yang sederhana. Jangan ajarkan anak-anak bermewah dan tidak salah andai biasakan anak-anak dengan pasar malam. Ini juga boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak jika tidak mahu membawa mereka ke tempat membeli belah yang besar yang pastinya harga akan jauh lebih mahal.
 
Biasakan dengan kesederhanaan supaya kita boleh kawal kewangan kita dengan lebih baik. Bila kita tidak kawal ia juga akan mengundang masalah untuk menunggu sehingga mendapat kewangan pada bulan yang seterusnya dan ia boleh menjadi tabiat kita bila tidak bersederhana.

#ringgitdansen #infokewangankeluarga #infomajalahwanita

18 December 2017

5 PERBEZAAN VITAMIN SEMULAJADI & VITAMIN SINTETIK



VITAMIN mungkin namanya sama, Nampak sama antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik adalah sangat-sangat berbeza isi kandungan yang ada dalam setiap tabletnya, macamlangit dan bumi sehingga tahap tu tau !

Shaklee adalah vitamin SEMULAJADI. Ia selamat diambil dan tiada kesan sampingan. Mengapa saya katakan begitu.. Mari kita baca 5 Perbezaan Vitamin Semulajadi Dan Vitamin Sintetik.

5 perbezaan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik

PENGHASILAN
Vitamin Semulajadi :
Dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber.  Contohnya pembuatan Vitamin C semulajadi diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat-seratnya.

Vitamin Sintetik :
Dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (Vitamin C) mempunyai formula empiric C6H806, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hydrogen dan oksigen ini kerana dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

KESERASIAN DENGAN BADAN
Vitamin Semulajadi :
Dihasilkan dari bahan-bahan makanan yang kita ambil, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan selamat untuk diambil serta memberi kesan yang lebih baik untuk tubuh badan kita.

Vitamin Sintetik:
Walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin semulajadi, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Lebih mudah untuk faham, ia dianggap sebagai bendasing dalam tubuh kita, jadinya banyak proses yang ‘complicated’ diperlukan untuk menguraikan vitamin-vitamin tu.

HARGA
Vitamin Semulajadi :
Ia lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang tinggi.

Vitamin Sintetik :
Mudah dan biasanya percuma diberikan kepada anda seperti Klinik Kesihatan.

KESAN KEPADA TUBUH
Vitamin Semulajadi :
Mengambil intipati dari bahan semulajadi, bahan yang perlu pun diambil bersama walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan Vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum.

Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan terjadinya batu karang. Jika diambil berlebihan juga akan memudaratkan tubuh anda.

Vitamin Sintetik :
Kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’ kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu. Misalnya kalsium tanpa magnesium dan VitaminD dari sumber yang lain. 

Begitu juga bagi vitamin-vitamin lain, bagi memerlukan ‘kawan’ untukbertindakbalas dengan sempurna, tetapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

KESAN JANGKA MASA PANJANG

Vitamin Semulajadi :
Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan jika diambil dengan betul dan teratur.

Vitamin Sintetik:
Mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimiayang dilakukan dalam proses penghasilannya.

PRODUK YANG DIJAMIN SELAMAT DAN SEMULAJADI ADALAH SHAKLEE. DIBUAT UJIAN KLINIKAL  SEBELUM PEMASARAN BAGI MENJAGA KHASIAT-KHASIAT YANG ADA TUMBUHAN ITU SENDIRI. 

BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK !! CEGAH SEBELUM MENGUBATI..

14 December 2017

KELEBIHAN ANGGUR MUSCADINE YANG ADA DALAM RAMUAN VIVIX SHAKLEE



KORANG TAU TAK? Anggur nie sebenarnya banyak jenis. Ada anggur hitam, anggur hijau, anggur masam la,, anggur manis la.. macan-macam dan pelbagai bentuk. Ada yang kecik buah nya ada yang besar buahnya. Tapi kan ada yang lagi besar buahnya yang boleh capai sebesar sebiji bola golf tu ha..

Uishhhh. Kajian pula menyatakan yang buah nie tinggi antioksidan dan anti penuaan. Yang nak cantik tu memang kena la ambik buah anggur nie. mesti korang nak tahu kan buah apa?

Ia adalah buah yang memang bukan biasa-biasa, payah jugak nak dapat tau ! lagi-lagi kat malaysia nie, banyak kat luar negara. 

Tapi kan nak dapat khasiat buah nie memang senang je Cuma kena la buat pelaburan sikit. Bukan apa, pelaburannye pun sangat berbaloi dengan kesihatan kita juga tau ! jom kenal-kenal dengan buah anggur nie.

ANGGUR MUSCADINE
  • Ia adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom (extra 1 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mempunyai 19 kromosom). Ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, membekalkan khas sejenis antipenuaan dan antioksidan terbaik.
  • Anggur nie mempunyai buah yang besar dengan berdiameter 5cm yang mejadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.
  • Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara kormesial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).
  • Ia mempunyai 6 kali ganda kandungan resveratrol lebih tinggi daripada anggur merah biasa. Temph hampir dua dekad nie, lebih 2,000 eskperimen berbeza telah mencungkil rahsia ke atas kesihatan tubuh badan kita yang mengamalkannya.
  • Anggur muscadine mempunyai lebih banyak serat diet berbanding oat atau nasi.
  • Anggur muscadine ini tinggi dalam Quercetin iaitu flavanoid yang sangat sihat.

KELEBIHAN YANG ADA PADA ANGGUR MUSCADINE
 
ANTIOKSIDAN & TINGKATKAN SISTEM IMUN

Satu Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal of Agricultural and Food Chemistry mendapati yang anggur muscadine adalah sumber terbaik ellagic acid. Ellagic acid mampu untuk menyekat penghasilan sel kanser (menurut American Institute of Kanser Research) 

Anggur muscadine mengandungi 2 kali ganda lebih vitamin c. Hidangan 35 biji anggur muscadine memberikan 14 miligram antiksidan atau 23% nilai harian yang dicadangkan untuk diet 2,000-kalori

MELAWAN PENYAKIT

Anggur muscadine mengandungi antioksidan yang tinggi & phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas. Menurut Havard School of Public Health, memakan makanan yang kaya dengan antoksidan terbukti dapat menurunkan risiko penyakit jantung, kanser, Alzheimers (nyanyuk) dan penyakit kronik yang lain.

PENGHADAMAN

Anggur muscadine ialah sumber diet terbaik untutk serat. 35 biji anggur muscadine memberikan 105 kalori dab 7 gram serat. Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur muscadine memang tinggi dengan kandungan serat larut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit. 

Haemorrhoids dan diverticulitis. Serat dalam sebiji anggur muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa. Jadi ia sangat baik untuk penghadaman.

DIET TINGGI SERAT & PENGURUSAN BERAT BADAN

Sama macam makan makanan rendah kalori yang lain, anggur muscadine boleh membantu untuk kita mendapat dan kekalkan berat yang sihat. Anggur muscadine kaya dengan serat dan air iaitu dua kandungan yang membantu membuatkan kita rasa kenyang tanpa menambah kalori.

MENGAWAL PEMAKANAN MANISAN

Serat larut dalam anggur muscadine membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Memakan anggur mmuscadine dan buah-buahan segar yang lain setiap kali kita mengidam nak makan makanan manis juga boleh membantu kita mengelakkan daripada makan makanan yang tinggi kaloti (daripada gula tambahan). 

Pengambilan gula tambahan yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan, tekanan darah tinggi dan paras kolestrol tidak sihat.

Nak dapatkan buah anggur di negara Malaysia nie memang susah la. Tapi ada cara nya nak dapatkan khasiatnye kena la ambil VIVIX SHAKLEE.


Hubungi saya untuk bantu, beri konsultasi dan tips dalam permasalah anda.

Maka, hubungi saya di talian 0192768114, watsap, call, sms.