21 November 2019

SIHAT DAN LANGSING SECARA SEMULAJADI DAN SELAMAT


Tidak kira samada anda wanita mahupun lelaki, pastinya ingin memiliki berat badan yang anda idamkan. Bulam sahaja kerana ingin tampil lebih menarik dan yakin, malah dengan memilki berat badan yang ideal, dapat menghalang anda daripada terdedah dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Selain itu, masyarakat hari ini lebih peka dan cenderung untuk memilih cara yang ;ebih selamat untuk menurunkan berat badan seperti bersenam dan mengambil makanan tambahan berkualiti yang boleh membantu mereka menurunkan berat badan secara semualajadi berbanding dengan penggunaan ubat-ubatan yang tidak berdaftar yang boleh memberikan kesan berbahaya kepada kesihatan tubuh.

Ingin disini Farah kongsikan beberapa cara yang boleh membantu anda mencapai impin tersebut iaitu :

1. UBAH GAYA HIDUP ANDA

Untuk menguruskan badan, adalah lebih penting untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil pemakanan yang lebih baik dan berzat daripada mengira berapa kalori pemakanan yang diambil setiap hari.

Sebagai contoh, menukar cara masakan kepada memanggang dan merebus serta kerap melakukan aktiviti sihat. Ia akan memberikan kesan untuk jangka masa yang lebih panjang ke atas tubuh badan kita.

2. HINDARI MAKANAN GARAM TINGGI

Untuk mencapai berat badan yang ideal dan sihat, bermula hari ni lupakan makanan ringan yang mana kebanyakkannya mengandungi garam yang sangat tinggi. Kandungan garam yang tinggi akan menyekat pengeluaran air dari dalam badan dan seterusnya suka runtuk penurunan berat badan.

3. KURANGKAN MAKAN DI LUAR

Jika makan di luar, cuba memilih makanan yang sihat. Banyakkan mengambil ulam-ulaman dan sayur-sayuran dalam hidangan, pilih lauk yang tidak berminyak. Untuk minuman cuba hindari air yang bergula dan berkarbonat. Ini adalah salah satu menyumbang kepada factor masalah kegemukan.

Sebaiknya, masaklah sendiri di rumah kerana lebih mudah untuk anda ketahui bahan yang anda gunakan dna juga dapat mengawal jumlah garam dan gula dalam masakan.

4. BERSENAM, WALAU HANYA LIMA MINIT

Luangkan masa sekurang-kurangnya lima minit untuk membakar lemak setiap hari. Tidak perlu bersusah payah melakukan senaman berat tetapi cukup dengan melakukan kerrumah seperti melipat kain, menyapu, menyiram pokok serta berkebun di halaman rumah juga dapat membakar lemak.

Di tempat kerja, sebaiknya gunakan tangga daripada lif. Ia akan membantu membakar lemak dan kalori yang mana kadangkala kita tidak sempat untuk bersenam. Naik tangga turun tangga pun membantu juga tau !

Rasainya sendiri bila mana anda melakukannya. Jangan tangguh. Terus buat ok! Cara yang mudah untuk anda lakukan.

No comments:

Post a Comment