5 November 2019

6 PUNCA SAKIT LUTUT YANG PERLU ANDA TAHU


Osteoarthritis boleh ditakrifkan sebagai degenerasi tulang rawan hialin yang meliputi permukaan articular (tulang). Ia dalah sejenis penyakit yang progresif kerana kegagalan dalam pembaikan kerosakan sendi.

Osteoarthritis menyebabkan kesakitan dan kemerosotan fungsi. Ia berkait rapat dengan usia, kebanyakannya melibatkan golongan berusia 50-an dan 60-an dan mempunyai kecenderungan untuk sakit lutut, sendi-sendi tertentu pada tangan, pinggul dan sendi kecil pada tulang belakang.

Walaubagaimanapun, penyakit ini boleh berlaku pada mana-mana sendi dan boleh menjejaskan satu atau beberapa sendi.

Kajian yang dijalankan oleh Kajian Community Oriented Program for Control of Rheumatic Diseases (COPCORD) yang telah dijalankan di Malaysia pada 2007 mendapati kebanyakan pesakit osteoarthritis lutut, yang dikait rapat dengan kajian lain yang dijalankan di Hong Kong.

Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun mengadu bahawa kadar kesakitan meningkat kepada 23 peratus manakala peningkatan 39 peratus daripada kadar kesakitan dialami oleh mereka yang berusia melebihi 65 tahun.

Dalam Kajian Beban Penyakit Global 2010, dianggarkan 251 juta orang mengalami OA lutut di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 521 juta orang berumur 65 tahun ke atas dan jumlah ini dijangka meningkat tiga kali ganda yang mewakili 16 peratus daripada populasi dunia pada tahun 2050.

Kajian-kajian juga telah menunjukkan satu trend di mana pesakit muda mengalami peringkat awal penyakit ini.

PUNCA SAKIT LUTUT

USIA

Pertambahan usia menyebabkan semakin sukar untuk mencegah kekurangan tulang rawan.

BERAT BADAN

Umumnya berat badan akan memberikan tekanan kepada semua sendi, terutamanya lutut. Lutut akan mendapat tekanan yang lebih daripada berat badan yang berlebihan terutamanya ketika berjalan ataupun melakukan aktiviti sukan. Kecederaan juga lebih mudah berlaku di kawasan lutut bagi mereka yang mempunyai berat yang berlebihan.

KETURUNAN

Genetic mutations yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.

JANTINA

Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki.

TEKANAN SENDI

Bentuk pekerjaan yang anda lakukan juga menyumbang kepada punca sakit lutut. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat dan melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.

KURANG BERSENAM

Bagi mereka yang tidak selalu melakukan aktiviti bersenam atau tiba-tiba melakukan aktiviti sukan atau melakukan aktiviti sukan yang berat, kecederaan pada kawasan lutut atau kawasan sendi lain akan mudah mengalami kecederaan. Keadaan ini berlaku kerana kemampuan kekuatan otot tersebut tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan dan ia tidak mampu menstabilkan sendi ketika melakukan aktiviti.

CEDERA

Golongan atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan kerana mereka adalah yang berisiko tinggi. Namun begitu, senaman ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi.

Berikut merupakan beberapa jenis kecederaan yang selalu berlaku pada lutut :

Kecederaan ‘anterior cruciate ligament’(ACL). Anterior cruciate ligament merupakan salah satu ligament yang menyambungkan tulang peha kepada tulang betis. Kecederaan ACL sering terjadi ketika aktiviti sukan yang mana ia akan menyebabkan lutut menjadi tidak stabil.

Tulang patah atau retak. Tulang lutut termsuk juga tempurung lutut boleh mengalami keretakan ketika berlakunya kemalangan jalan raya.

Koyakan pada tisu meniscus. Tisu meniscus adalah tisu rawan yang terletak dalam sendi lutut yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan sendi. Tisu ini juga boleh mengalami koyakkan ketika melakukan aktiviti sukan.

Keradangan tendon. Tendon merupakan tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Mereka yang terlibat dengan sukan seperti larian, berbasikal dan melompat biasanya akan memberikan tekanan yang lebih kepada tendon tersebut. Kesannya, ia boleh menyebabkan tendon ini mengalami keradangan dan juga memberika kesakitan pada lutut.

Dalam Kajian Beban Penyakit Global 2010, dianggarkan 251 juta orang mengalami OA lutut di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 521 juta orang berumur 65 tahun ke atas dan jumlah ini dijangka meningkat tiga kali ganda yang mewakili 16 peratus daripada populasi dunia pada tahun 2050.

Kajian-kajian juga telah menunjukkan satu trend di mana pesakit muda mengalami peringkat awal penyakit ini.


No comments:

Post a Comment