21 November 2019

PETUA BULU MATA LENTIK SECARA SEMULAJADI


Antara bahagian yang paling mencuri perhatian ramai ialah mata. Memiliki mata yang bundar dengan bulu mata yang panjang dan lentik, pasti menambah keayuan si pemiliknya. Saiz mata mungkin tak boleh diubah, tapi bulu mata boleh dipanjangkan dan lebih lebat.

Zaman sekarang banyak rawatan-rawatan khas di SPA mahupun koleksi kosmetik untuk memanjang dan melentikkan bulu mata. Namun, sebaiknya gunakan cara semulajadi yang lebih selamat dan lebih rendah kosnya.

Bahkan, bahan-bahan yang digunakan itu boleh didapati di rumah anda sendiri. Yang penting, kena rajin dan lakukan secara konsisten untuk kesan yang menakjubkan.

Antara PETUA untuk memiliki bulu mata yang panjang :

1. Sikat bulu mata dengan kerap dan anda akan dapat lihat hasilnya.

2. Sapu losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata untuk memanjangkannya. Vitamin E membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata.

3. Amalkan makanan yang mengandungi vitamin B Kompleks atau dikenali sebagai biotin. Ia terdapat di dalam makanan seperti avocado, kubis bunga, kacang badam, sayuran hijau dan kacang. Selain membantu memanjangkan bulu mata, ia juga boleh membantu memanjangkan rambut.

4. Solekan atau mekap mata boleh menutup pori-pori tipis dan kecil yang ada di kawasan sekitarnya. Maskara merupakan salah satu jenis produk yang boleh menyumbat liang pori-pori di kawasan bulu mata. 

   Keadaan yang tersumbatini boleh menyebabkan pertumbuhan bulu mata jadi terganggu dan lambat, yang mana pada akhirnya membawa kepada kerosakan.Bersihkan sisa solekan secara teratur dan lakukan perlahan-lahan ketika di kawasan sekitar mata.

  Jika anda melakukannya dengan kasar, bulu mata mudah rosak dan boleh membuatkan pertumbuhannya menjadi tidak sihat.

5. Lakukan trim sedikit bahagian hujung bulu mata yang anda miliki setiap dua hingga tiga bulan sekali. Kebiasannya ini akan merangsang folikelnya dan membuat pertumbuhan bulu mata menjadi lebih panjang dan sihat.

   Namun, hati-hati ketika melakukannya kerana jika terlalu banyak bahagian yang dipotong boleh menimbulkan kecacatan pada penampilan anda. Bulu mata yang panjang dan sihat mampu meningkatkan kecantikan semulajadi anda.

Lakukan setiap hari atau jadikan routine sebelum anda memakai krim or solekan di wajah.



  

No comments:

Post a Comment