18 November 2019

NYAHKAN STRESS ADA DENGAN 10 TIPS INI

Stress atau tekanan adalah satu keadaan di mana seseorang itu mengalami ketidakstabilan samada fizikal mahupun mental. Ia juga berkait rapat dengan rutin harian dan cara hidup kita.

Menurut kajian stress dan kesihatan yang dilakukan oleh Dr Izzat Hazmir Ismail, memaklumkan Dr. Hans Selye yang juga pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai ‘suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.

Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.

Tahukah anda tekanan perasaan itu terbahagi kepada positif dan negative. Tekanan positif dinamakan sebagai “austress” manakala yang tekanan negative pula dinamakan sebagai “distress”.

Anda mamhu tahu cara alami menangani stress tanpa melibatkan pengambilan ubat penenang? Berikut adalah caranya.

1. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

Jika perasaan marah meluap-luap di dada, dalam Islam sendiri menyarankan umatnya segera mengambil wuduk bagi meredakan amarah. Anda juga digalakkan minum air putih bagi mengembalikan fungsi otak agar lebih tenang dan rasional.

Selain baik untuk kesihatan, air putih yang tiada kalori itu mampu menyejukkan hati yang sedang membara dan kekusutan.

2. ‘POWER NAP’

Tidur yang nyenyak dalam tempoh 10-15 minit atau dikenali sebagai ‘power nap’ mampu membuatkan kita lebih produktif dan segar. Selain dapat mengembalikan tenaga ia juga dilaporkan mampu meningkatkan memori kita.

Kajian yang dilakukan oleh University of Carlifornia mendapati ‘power nap’ dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan meredakan stress.

Jangan terkejut jika anda dapati syarikat terkemuka dunia seperti ibu pejabat Google di Carlifornia, Mercedes Benz di Texas, Uber di San Francisco dan Huffington Post di New York mewajibkan pekerja mereka ‘power nap’ bagi memastikan pekerja mereka memberikan kualiti kerja baik. Menarik bukan?

3. AKTIFKAN DIRI DENGAN OLAHRAGA

Berlari, bersukan sambil mengeluarkan peluh mampu mengalihkan tumpuan anda kepada perkara yang lebih sihat. Dengan menggunakan seluruh anggota tubuh ketika melakukan aktiviti bersenam atau olahraga, anda sebenarnya telah menyahkan ‘kuman’ stress yang sedang melemahkan anda.

Sambil mengeluarkan peluh dan nikmati pemandangan hijau di taman, anda telah menyalurkan rasa sesak dek tekanan itu dengan cara yang aktif lagi menyihatkan.

4. PERMAINAN SENSORI

Dengan menggengam bola, slime, patuh squishy (patung yang boleh ditekan dan kembali kepada bentuk asalnya) sebagai cara meredakan stress. Perbuatan menggengam permainan sensori ini tampak remeh, tapi percayalahhh……tindakan sekecil itu mampu meredakan tekanan yang anda lalui. Tak percaya? Cubalah!

5. MEWARNA

Jangan ingat hobi mewarna hanya sesuai dilakukan oleh anak kecil dan pelajar di sekolah rendah. Beberapa tahun lalu lambakan buku mewarna khusus untuk orang dewasa, laris terjual.

Begitu juga bebarapa aplikasi mewarna menerusi telefon bimbit diperkenalkan bagi menggalakkan ornag dewasa mencurahkan kreativiti mereka mewarna menerusi skrin telefon pintar.

Percaya atau tidak, masa yang diambil menyiapkan satu-satu subjek, secara tak langsung membuatkan anda lebih tenang dan focus. Jom beli buku mewarna dan mulakan hobi ini apabila anda dibelenggu stress.

6. DENGAR MUZIK YANG MENYENANGKAN

Muzik juga boleh menjadi penawar kekusutan. Pilih muzik yang menenangkan tidak terlalu menjerit malah suara si penyanyi membuatkan hati kembali tenang sebaik mendengarnya.

7. MELIHAT TELATAH SI KECIL

Personality media social kini menjangkaui pelbagai lapisan umur. Anak selebriti mahupun si kecil yang mempunyai karakter menarik dan comel juga boleh mempunyai akaun social peribadi sendiri.

Jika anda kusut, apa kata skrol telefon anda dan lawati akaun rasmi si cilik tadi sambil melihat keletah mereka. Percayalah dengan menonton video aksi mereka, mahupun membaca kapsyen lucu berkaitan anak-anak kecil ini, pastinya kekusutan yang dialami sedikit terubat.

8. MENYULAM

Ia memerlukan ketelitian dan komitmen berpanjangan dalam menghasilkan satu-satu projek. Gerakan tangan yang berulang dan kedudukan postur tubuh yang betul membantu anda melenyapkan ketegangan yang melanda di dalam fikiran.

9. CUCI PINGGAN & BAJU

Mungkin ada yang memandang singki yang penuh sebagai satu bentuk kemalasan, sebaliknya da individu tertentu melihat lambakan pinggan mangkuk yang belum dicuci sebagai medium menenangkan.

Percayakah anda? Kajian mendapati sejenis terapi yang menenangkan jiwa.

Satu kejadian melibatkan 51 mahasiswa yang dilakukan di sebuah university terletak di Florida, melaporkan usai selesai proses mencuci pinggan didapati kadar stress pelajar menurun.

Mereka melaporkan lebih focus, menikmati aroma bauan pencuci pinggan dan menaikkan inspirasi untuk menyelesaikan tugasan itu. Selain mencuci pinggan, mencuci pakaian secara manual juga mencatatkan kepuasan yang sama dan meredakan stress yang anda alami.

10. TEKAN KELOPAK MATA DENGAN HIRISAN TIMUN

Sifat timun yang sejuk membuatkan ia cukup selesa menikmati. Cara pantas meredakan tekanan adalah dengan meletakkan beberapa hirisan timun yang telah disejukkan di dalam peti sejuk dan letakkan di atas kelopak mata. Sensasi sejuk semulajadi membuatkan anda lebih tenang.

Jom kita sama-sama nyahkan tekanan kita setiap hari dengan tip-tip diatas. Semoga bermanfaat untuk anda semua yang membaca dan mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment