1 November 2019

JAGA-JAGA! KETIKA BERPUASA PENYAKIT INI AKAN MUNCUL

Puasa adalah satu bentuk terapi kesihatan, namun jika berpuasa cara yang tidak sihat ia boleh mendatangkan penyakit dan mengganggu keselesaan anda melakukan ibadah puasa terutamanya lelaki yang perlu puasa penuh sepanjang Ramadhan.

Jadi, awasi beberapa penyakit yang mungkin boleh menyerang anda semasa bulan Ramadhan.

SAKIT KEPALA

Keadaan ini sering dialami oleh anda kerana anda perlu mengurangkan kebiasaan yang dilakukan seperti minum kafien, merokok dan menahan mengantuk. Bagi anda yang mengalami tekanan darah rendah, rasa sakit kepala akan diikuti dengan rasa mual sebelum waktu berbuka.

Untuk mencegahnya, berhenti mengambil kopi dan merokok sepanjang berpuasa. Aturlah jadual tidur dengan baik sepanjang Ramadhan.

SEMBELIT

Ini adalah perkara biasa setiap kali berpuasa. Rasa sakit pada saluran dubur dan gangguan pencernaan membuatkan perut anda terasa kembung. Keadaan ini dianggap normal kerana badan banyak mendapat makanan tetapi kurang minum dan kurang mengambil serat.

Jadi, untuk elakkan perkara ini, cubalah perbanyakkan makanan serat tinggi dan banyak minum air. 

MIGRAIN

Ini adalah penyakit yang cukup popular dan kerap dialami sepanjang puasa sehingga menggangu aktiviti anda. Untuk mencegah migraine semasa puasa, ambillah makanan yang berserat. Mulakan dengan mengambil minuman suam dan tidak digalakkan mengambil minuman terlalu manis semasa berbuka. 

TEKANAN DARAH RENDAH

Berpeluh, letih, lesu, tidak bertenaga, kepala berpusing ketika bangun dan ingin pitam adalah gejala biasa bagi anda yang menghidap tekanan darah rendah.
Keadaan ini terjadi kerana anda mengambil sedikit cairan dan kurang garam. Untuk mencegahnya, anda perlu minum air yang banyak dan perbanyakkan rehat pada waktu siang hari.


Sentiasa bersedia juga anda ingin berpuasa / dibulan puasa untuk elakkan terjadinya penyakit-penyakit di atas ini.

No comments:

Post a Comment