26 November 2019

SEKSA NAK MEMBUANG SEJAK DARI SEKOLAH LAGI TAPI SEKARANG TIDAK LAGI

Sembelit ialah kesukaran membuang air besar yang melibatkan pembuangan najis yang keras dan kurang kerap berbanding kebiasaan. Individu yang sembelit biasanya terpaksan meneran dan merasa tidak puas membuang air besar.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.

Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.

Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti :

  • Bau mulut
  • Tubuh yang tidak menyenangkan 
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Mudah mengantuk
  • Malas
  • Kelesuan yang kronik
  • Artritis
  • Hilang selera makan
  • Sakit kepala
  • Masalah kulit
Bila baca terjadinya sembelit nie risau je kan terkena pada diri kita. Tapi memang terjadi pada Farah sebelum kenal dengan Shaklee

[SEKSA NAK MEMBUANG SEJAK DARI SEKOLAH LAGI TAPI SEKARANG TIDAK LAGI]

Sebelum kenal Shaklee, Farah memang selalu kena sembelit. Bila nak membuang mesti takut sebab ia terlalu sakit untuk dikeluarkan. Bayangkanlah teran tapi tak keluar-keluar pun sampai rasa merah padam muka nie ha. 

Memang masa tu tiada alternative, hanya lepas buang takpe dah la. Memang seminggu sekali or seminggu dua kali membuang. Memang najis tu keras bak hang. Perasaan nak membuang memang takut sehinggalah bila dah berkahwin. 

Rezeki anak mengandung awal. Alhamdulillah. Bermulalah episode sembelit lagi semasa mengandung. Jadi seram sejuk tiap kali nak membuang sebelum try produk Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP) dan Vitamin C. 

Sejak daripada tu lah, jarang sangat dah kena sembelit. Konsisten minum ESP nie membantu sangat untuk membuang lagi-lagi kes macam Farah nie. Yang vitamin C tu bantu untuk cepat baik luka. Jangan kata tak luka, tiap kali buang mesti luka dan nielah masanya vitamin C bertindak tau !

Daripada itu, sekarang memang Farah tiada lagi masalah sembelit. Pagi-pagi mesti mesti membuang, add on alfalfa complex dan ostematrix. Alhamdulillah masalah sembelit tiada lagi pada Farah. Terima kasih Shaklee. 

Di bawah ini antara vitamin yang Farah consume sampai sekarang.




PERTANYAAN ATAU PESANAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi saya di talian 0192768114. Saya akan membantu untuk pembelian dan penghantaran kepada anda beserta konsultasi, tips dan cara pengambilannya.


JIka anda ingin membuat pembelian secara online, anda boleh KLIK simbol dibawah untuk pembelian anda yang lebih cepat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ia akan dihubungkan terus ke website Shaklee untuk pembelian.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=65bb68912cb1b550d8df8bf5a437feb0

21 November 2019

CARA ALAMI MELENTIKKAN BULU MATA

Penggunaan beberapa bahan di dapur juga mudah bagi anda untuk menggunakan. Antara bahan yang digunakan adalah :

MINYAK ZAITUN

BAHAN-BAHAN:
  • Sedikit minyak zaitun

CARA MEMBUAT :
  • Sapu dan ratakan minyak zaitun pada bulu mata
  • Pastikan anda memejamkan mata ketika meletakkan minyak zaitun pada mata supaya minyak tak terkena pada mata.
  • Setelah kering, bilas dengan air bersih.

KULIT LEMON

BAHAN-BAHAN:
  • Sedikit kulit lemon
  • Sedikit minyak zaitun

CARA MEMBUAT:
  • Rendam kulit lemon di dalam minyak zaitun selama empat hari.
  • Guna sebagai masker, lakukan selama dua kali sehari untuk kesan yang maksimum.

MASKER LIDAH BUAYA

BAHAN-BAHAN:
  • Sedikit daun lidah buaya

CARA MEMBUAT:
  • Jemur lidah buaya hingga layu dan ambil lendirnya.
  • Guna lendir dan sapu pada bulu mata dengan membentuknya dengan jari agar lentik.

TELUR

BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gliserin

CARA MEMBUAT:
  • Ambil sebiji telur dan satu sudu besar campurkan gliserin, kacau rata.
  • Ambil cotton bud, celup ke dalam bahan campuran tadi dan sapu pada bulu mata.
  • Biarkan selama 15 minit dan gunakan air sejuk untuk membilasnya.
  • Lakukan untuk beberapa minggu dan lihat perkembangan bulu mata anda.
  • Telur memiliki protein yang tinggi dan bagus untuk melentik dan melebatkan bulu mata. Kandungan vitamin B dan biotin berperanan penting dalam buat tesktur mata meningkat secara keseluruhan.
Biasakan yang semulajadi dan kurangkan pendedahan pada produk luar. Bukan nak klim produk yang ada Cuma kita lebihkan pada yang alami. Baru anda tahu sendiri apa yang anda pakai.

Anda juga boleh mencuba cara rahsia bulu mata lentik secara semulajadi juga. Selamat mencuba.

PETUA BULU MATA LENTIK SECARA SEMULAJADI


Antara bahagian yang paling mencuri perhatian ramai ialah mata. Memiliki mata yang bundar dengan bulu mata yang panjang dan lentik, pasti menambah keayuan si pemiliknya. Saiz mata mungkin tak boleh diubah, tapi bulu mata boleh dipanjangkan dan lebih lebat.

Zaman sekarang banyak rawatan-rawatan khas di SPA mahupun koleksi kosmetik untuk memanjang dan melentikkan bulu mata. Namun, sebaiknya gunakan cara semulajadi yang lebih selamat dan lebih rendah kosnya.

Bahkan, bahan-bahan yang digunakan itu boleh didapati di rumah anda sendiri. Yang penting, kena rajin dan lakukan secara konsisten untuk kesan yang menakjubkan.

Antara PETUA untuk memiliki bulu mata yang panjang :

1. Sikat bulu mata dengan kerap dan anda akan dapat lihat hasilnya.

2. Sapu losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata untuk memanjangkannya. Vitamin E membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata.

3. Amalkan makanan yang mengandungi vitamin B Kompleks atau dikenali sebagai biotin. Ia terdapat di dalam makanan seperti avocado, kubis bunga, kacang badam, sayuran hijau dan kacang. Selain membantu memanjangkan bulu mata, ia juga boleh membantu memanjangkan rambut.

4. Solekan atau mekap mata boleh menutup pori-pori tipis dan kecil yang ada di kawasan sekitarnya. Maskara merupakan salah satu jenis produk yang boleh menyumbat liang pori-pori di kawasan bulu mata. 

   Keadaan yang tersumbatini boleh menyebabkan pertumbuhan bulu mata jadi terganggu dan lambat, yang mana pada akhirnya membawa kepada kerosakan.Bersihkan sisa solekan secara teratur dan lakukan perlahan-lahan ketika di kawasan sekitar mata.

  Jika anda melakukannya dengan kasar, bulu mata mudah rosak dan boleh membuatkan pertumbuhannya menjadi tidak sihat.

5. Lakukan trim sedikit bahagian hujung bulu mata yang anda miliki setiap dua hingga tiga bulan sekali. Kebiasannya ini akan merangsang folikelnya dan membuat pertumbuhan bulu mata menjadi lebih panjang dan sihat.

   Namun, hati-hati ketika melakukannya kerana jika terlalu banyak bahagian yang dipotong boleh menimbulkan kecacatan pada penampilan anda. Bulu mata yang panjang dan sihat mampu meningkatkan kecantikan semulajadi anda.

Lakukan setiap hari atau jadikan routine sebelum anda memakai krim or solekan di wajah.



  

SIHAT DAN LANGSING SECARA SEMULAJADI DAN SELAMAT


Tidak kira samada anda wanita mahupun lelaki, pastinya ingin memiliki berat badan yang anda idamkan. Bulam sahaja kerana ingin tampil lebih menarik dan yakin, malah dengan memilki berat badan yang ideal, dapat menghalang anda daripada terdedah dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Selain itu, masyarakat hari ini lebih peka dan cenderung untuk memilih cara yang ;ebih selamat untuk menurunkan berat badan seperti bersenam dan mengambil makanan tambahan berkualiti yang boleh membantu mereka menurunkan berat badan secara semualajadi berbanding dengan penggunaan ubat-ubatan yang tidak berdaftar yang boleh memberikan kesan berbahaya kepada kesihatan tubuh.

Ingin disini Farah kongsikan beberapa cara yang boleh membantu anda mencapai impin tersebut iaitu :

1. UBAH GAYA HIDUP ANDA

Untuk menguruskan badan, adalah lebih penting untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil pemakanan yang lebih baik dan berzat daripada mengira berapa kalori pemakanan yang diambil setiap hari.

Sebagai contoh, menukar cara masakan kepada memanggang dan merebus serta kerap melakukan aktiviti sihat. Ia akan memberikan kesan untuk jangka masa yang lebih panjang ke atas tubuh badan kita.

2. HINDARI MAKANAN GARAM TINGGI

Untuk mencapai berat badan yang ideal dan sihat, bermula hari ni lupakan makanan ringan yang mana kebanyakkannya mengandungi garam yang sangat tinggi. Kandungan garam yang tinggi akan menyekat pengeluaran air dari dalam badan dan seterusnya suka runtuk penurunan berat badan.

3. KURANGKAN MAKAN DI LUAR

Jika makan di luar, cuba memilih makanan yang sihat. Banyakkan mengambil ulam-ulaman dan sayur-sayuran dalam hidangan, pilih lauk yang tidak berminyak. Untuk minuman cuba hindari air yang bergula dan berkarbonat. Ini adalah salah satu menyumbang kepada factor masalah kegemukan.

Sebaiknya, masaklah sendiri di rumah kerana lebih mudah untuk anda ketahui bahan yang anda gunakan dna juga dapat mengawal jumlah garam dan gula dalam masakan.

4. BERSENAM, WALAU HANYA LIMA MINIT

Luangkan masa sekurang-kurangnya lima minit untuk membakar lemak setiap hari. Tidak perlu bersusah payah melakukan senaman berat tetapi cukup dengan melakukan kerrumah seperti melipat kain, menyapu, menyiram pokok serta berkebun di halaman rumah juga dapat membakar lemak.

Di tempat kerja, sebaiknya gunakan tangga daripada lif. Ia akan membantu membakar lemak dan kalori yang mana kadangkala kita tidak sempat untuk bersenam. Naik tangga turun tangga pun membantu juga tau !

Rasainya sendiri bila mana anda melakukannya. Jangan tangguh. Terus buat ok! Cara yang mudah untuk anda lakukan.

18 November 2019

NYAHKAN STRESS ADA DENGAN 10 TIPS INI

Stress atau tekanan adalah satu keadaan di mana seseorang itu mengalami ketidakstabilan samada fizikal mahupun mental. Ia juga berkait rapat dengan rutin harian dan cara hidup kita.

Menurut kajian stress dan kesihatan yang dilakukan oleh Dr Izzat Hazmir Ismail, memaklumkan Dr. Hans Selye yang juga pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai ‘suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.

Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.

Tahukah anda tekanan perasaan itu terbahagi kepada positif dan negative. Tekanan positif dinamakan sebagai “austress” manakala yang tekanan negative pula dinamakan sebagai “distress”.

Anda mamhu tahu cara alami menangani stress tanpa melibatkan pengambilan ubat penenang? Berikut adalah caranya.

1. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

Jika perasaan marah meluap-luap di dada, dalam Islam sendiri menyarankan umatnya segera mengambil wuduk bagi meredakan amarah. Anda juga digalakkan minum air putih bagi mengembalikan fungsi otak agar lebih tenang dan rasional.

Selain baik untuk kesihatan, air putih yang tiada kalori itu mampu menyejukkan hati yang sedang membara dan kekusutan.

2. ‘POWER NAP’

Tidur yang nyenyak dalam tempoh 10-15 minit atau dikenali sebagai ‘power nap’ mampu membuatkan kita lebih produktif dan segar. Selain dapat mengembalikan tenaga ia juga dilaporkan mampu meningkatkan memori kita.

Kajian yang dilakukan oleh University of Carlifornia mendapati ‘power nap’ dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan meredakan stress.

Jangan terkejut jika anda dapati syarikat terkemuka dunia seperti ibu pejabat Google di Carlifornia, Mercedes Benz di Texas, Uber di San Francisco dan Huffington Post di New York mewajibkan pekerja mereka ‘power nap’ bagi memastikan pekerja mereka memberikan kualiti kerja baik. Menarik bukan?

3. AKTIFKAN DIRI DENGAN OLAHRAGA

Berlari, bersukan sambil mengeluarkan peluh mampu mengalihkan tumpuan anda kepada perkara yang lebih sihat. Dengan menggunakan seluruh anggota tubuh ketika melakukan aktiviti bersenam atau olahraga, anda sebenarnya telah menyahkan ‘kuman’ stress yang sedang melemahkan anda.

Sambil mengeluarkan peluh dan nikmati pemandangan hijau di taman, anda telah menyalurkan rasa sesak dek tekanan itu dengan cara yang aktif lagi menyihatkan.

4. PERMAINAN SENSORI

Dengan menggengam bola, slime, patuh squishy (patung yang boleh ditekan dan kembali kepada bentuk asalnya) sebagai cara meredakan stress. Perbuatan menggengam permainan sensori ini tampak remeh, tapi percayalahhh……tindakan sekecil itu mampu meredakan tekanan yang anda lalui. Tak percaya? Cubalah!

5. MEWARNA

Jangan ingat hobi mewarna hanya sesuai dilakukan oleh anak kecil dan pelajar di sekolah rendah. Beberapa tahun lalu lambakan buku mewarna khusus untuk orang dewasa, laris terjual.

Begitu juga bebarapa aplikasi mewarna menerusi telefon bimbit diperkenalkan bagi menggalakkan ornag dewasa mencurahkan kreativiti mereka mewarna menerusi skrin telefon pintar.

Percaya atau tidak, masa yang diambil menyiapkan satu-satu subjek, secara tak langsung membuatkan anda lebih tenang dan focus. Jom beli buku mewarna dan mulakan hobi ini apabila anda dibelenggu stress.

6. DENGAR MUZIK YANG MENYENANGKAN

Muzik juga boleh menjadi penawar kekusutan. Pilih muzik yang menenangkan tidak terlalu menjerit malah suara si penyanyi membuatkan hati kembali tenang sebaik mendengarnya.

7. MELIHAT TELATAH SI KECIL

Personality media social kini menjangkaui pelbagai lapisan umur. Anak selebriti mahupun si kecil yang mempunyai karakter menarik dan comel juga boleh mempunyai akaun social peribadi sendiri.

Jika anda kusut, apa kata skrol telefon anda dan lawati akaun rasmi si cilik tadi sambil melihat keletah mereka. Percayalah dengan menonton video aksi mereka, mahupun membaca kapsyen lucu berkaitan anak-anak kecil ini, pastinya kekusutan yang dialami sedikit terubat.

8. MENYULAM

Ia memerlukan ketelitian dan komitmen berpanjangan dalam menghasilkan satu-satu projek. Gerakan tangan yang berulang dan kedudukan postur tubuh yang betul membantu anda melenyapkan ketegangan yang melanda di dalam fikiran.

9. CUCI PINGGAN & BAJU

Mungkin ada yang memandang singki yang penuh sebagai satu bentuk kemalasan, sebaliknya da individu tertentu melihat lambakan pinggan mangkuk yang belum dicuci sebagai medium menenangkan.

Percayakah anda? Kajian mendapati sejenis terapi yang menenangkan jiwa.

Satu kejadian melibatkan 51 mahasiswa yang dilakukan di sebuah university terletak di Florida, melaporkan usai selesai proses mencuci pinggan didapati kadar stress pelajar menurun.

Mereka melaporkan lebih focus, menikmati aroma bauan pencuci pinggan dan menaikkan inspirasi untuk menyelesaikan tugasan itu. Selain mencuci pinggan, mencuci pakaian secara manual juga mencatatkan kepuasan yang sama dan meredakan stress yang anda alami.

10. TEKAN KELOPAK MATA DENGAN HIRISAN TIMUN

Sifat timun yang sejuk membuatkan ia cukup selesa menikmati. Cara pantas meredakan tekanan adalah dengan meletakkan beberapa hirisan timun yang telah disejukkan di dalam peti sejuk dan letakkan di atas kelopak mata. Sensasi sejuk semulajadi membuatkan anda lebih tenang.

Jom kita sama-sama nyahkan tekanan kita setiap hari dengan tip-tip diatas. Semoga bermanfaat untuk anda semua yang membaca dan mengamalkannya.

5 November 2019

6 PUNCA SAKIT LUTUT YANG PERLU ANDA TAHU


Osteoarthritis boleh ditakrifkan sebagai degenerasi tulang rawan hialin yang meliputi permukaan articular (tulang). Ia dalah sejenis penyakit yang progresif kerana kegagalan dalam pembaikan kerosakan sendi.

Osteoarthritis menyebabkan kesakitan dan kemerosotan fungsi. Ia berkait rapat dengan usia, kebanyakannya melibatkan golongan berusia 50-an dan 60-an dan mempunyai kecenderungan untuk sakit lutut, sendi-sendi tertentu pada tangan, pinggul dan sendi kecil pada tulang belakang.

Walaubagaimanapun, penyakit ini boleh berlaku pada mana-mana sendi dan boleh menjejaskan satu atau beberapa sendi.

Kajian yang dijalankan oleh Kajian Community Oriented Program for Control of Rheumatic Diseases (COPCORD) yang telah dijalankan di Malaysia pada 2007 mendapati kebanyakan pesakit osteoarthritis lutut, yang dikait rapat dengan kajian lain yang dijalankan di Hong Kong.

Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun mengadu bahawa kadar kesakitan meningkat kepada 23 peratus manakala peningkatan 39 peratus daripada kadar kesakitan dialami oleh mereka yang berusia melebihi 65 tahun.

Dalam Kajian Beban Penyakit Global 2010, dianggarkan 251 juta orang mengalami OA lutut di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 521 juta orang berumur 65 tahun ke atas dan jumlah ini dijangka meningkat tiga kali ganda yang mewakili 16 peratus daripada populasi dunia pada tahun 2050.

Kajian-kajian juga telah menunjukkan satu trend di mana pesakit muda mengalami peringkat awal penyakit ini.

PUNCA SAKIT LUTUT

USIA

Pertambahan usia menyebabkan semakin sukar untuk mencegah kekurangan tulang rawan.

BERAT BADAN

Umumnya berat badan akan memberikan tekanan kepada semua sendi, terutamanya lutut. Lutut akan mendapat tekanan yang lebih daripada berat badan yang berlebihan terutamanya ketika berjalan ataupun melakukan aktiviti sukan. Kecederaan juga lebih mudah berlaku di kawasan lutut bagi mereka yang mempunyai berat yang berlebihan.

KETURUNAN

Genetic mutations yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.

JANTINA

Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki.

TEKANAN SENDI

Bentuk pekerjaan yang anda lakukan juga menyumbang kepada punca sakit lutut. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat dan melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.

KURANG BERSENAM

Bagi mereka yang tidak selalu melakukan aktiviti bersenam atau tiba-tiba melakukan aktiviti sukan atau melakukan aktiviti sukan yang berat, kecederaan pada kawasan lutut atau kawasan sendi lain akan mudah mengalami kecederaan. Keadaan ini berlaku kerana kemampuan kekuatan otot tersebut tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan dan ia tidak mampu menstabilkan sendi ketika melakukan aktiviti.

CEDERA

Golongan atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan kerana mereka adalah yang berisiko tinggi. Namun begitu, senaman ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi.

Berikut merupakan beberapa jenis kecederaan yang selalu berlaku pada lutut :

Kecederaan ‘anterior cruciate ligament’(ACL). Anterior cruciate ligament merupakan salah satu ligament yang menyambungkan tulang peha kepada tulang betis. Kecederaan ACL sering terjadi ketika aktiviti sukan yang mana ia akan menyebabkan lutut menjadi tidak stabil.

Tulang patah atau retak. Tulang lutut termsuk juga tempurung lutut boleh mengalami keretakan ketika berlakunya kemalangan jalan raya.

Koyakan pada tisu meniscus. Tisu meniscus adalah tisu rawan yang terletak dalam sendi lutut yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan sendi. Tisu ini juga boleh mengalami koyakkan ketika melakukan aktiviti sukan.

Keradangan tendon. Tendon merupakan tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Mereka yang terlibat dengan sukan seperti larian, berbasikal dan melompat biasanya akan memberikan tekanan yang lebih kepada tendon tersebut. Kesannya, ia boleh menyebabkan tendon ini mengalami keradangan dan juga memberika kesakitan pada lutut.

Dalam Kajian Beban Penyakit Global 2010, dianggarkan 251 juta orang mengalami OA lutut di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 521 juta orang berumur 65 tahun ke atas dan jumlah ini dijangka meningkat tiga kali ganda yang mewakili 16 peratus daripada populasi dunia pada tahun 2050.

Kajian-kajian juga telah menunjukkan satu trend di mana pesakit muda mengalami peringkat awal penyakit ini.


1 November 2019

JAGA-JAGA! KETIKA BERPUASA PENYAKIT INI AKAN MUNCUL

Puasa adalah satu bentuk terapi kesihatan, namun jika berpuasa cara yang tidak sihat ia boleh mendatangkan penyakit dan mengganggu keselesaan anda melakukan ibadah puasa terutamanya lelaki yang perlu puasa penuh sepanjang Ramadhan.

Jadi, awasi beberapa penyakit yang mungkin boleh menyerang anda semasa bulan Ramadhan.

SAKIT KEPALA

Keadaan ini sering dialami oleh anda kerana anda perlu mengurangkan kebiasaan yang dilakukan seperti minum kafien, merokok dan menahan mengantuk. Bagi anda yang mengalami tekanan darah rendah, rasa sakit kepala akan diikuti dengan rasa mual sebelum waktu berbuka.

Untuk mencegahnya, berhenti mengambil kopi dan merokok sepanjang berpuasa. Aturlah jadual tidur dengan baik sepanjang Ramadhan.

SEMBELIT

Ini adalah perkara biasa setiap kali berpuasa. Rasa sakit pada saluran dubur dan gangguan pencernaan membuatkan perut anda terasa kembung. Keadaan ini dianggap normal kerana badan banyak mendapat makanan tetapi kurang minum dan kurang mengambil serat.

Jadi, untuk elakkan perkara ini, cubalah perbanyakkan makanan serat tinggi dan banyak minum air. 

MIGRAIN

Ini adalah penyakit yang cukup popular dan kerap dialami sepanjang puasa sehingga menggangu aktiviti anda. Untuk mencegah migraine semasa puasa, ambillah makanan yang berserat. Mulakan dengan mengambil minuman suam dan tidak digalakkan mengambil minuman terlalu manis semasa berbuka. 

TEKANAN DARAH RENDAH

Berpeluh, letih, lesu, tidak bertenaga, kepala berpusing ketika bangun dan ingin pitam adalah gejala biasa bagi anda yang menghidap tekanan darah rendah.
Keadaan ini terjadi kerana anda mengambil sedikit cairan dan kurang garam. Untuk mencegahnya, anda perlu minum air yang banyak dan perbanyakkan rehat pada waktu siang hari.


Sentiasa bersedia juga anda ingin berpuasa / dibulan puasa untuk elakkan terjadinya penyakit-penyakit di atas ini.