27 July 2018

7 MAKANAN BAGI HUBUNGAN INTIM LEBIH HEBAT



Ramai antara kita masih belum dikurniakan zuriat selepas berkahwin. Sudah mencuba pelbagai rawatan dari tradisional sehinggalah kepada jumpa doktor pakar, tetap masih belum diberi kegembiraan. Sedang asik dengan dunia luar jangan dilupa yang maha esa.

Tetapkan pada diri yang DIA masih mahukan yang terbaik dan memberikan peluang untuk kita terus ada KESABARAN. Begitu juga yang ingin menambah anak, ada yang belum dikurniakan lagi. Jangan risau, semuanya dengan izinNYA jua kan.

Dalam pada ekoran itu, banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Ini PENTING bagi mendapatkan zuriat yang diidamlkan oleh setiap pasangan.

Malah, pengambilan makanan yang sihat memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan yang baik, mengelakkan daripada pelbagai penyakit yang paling penting untuk meningkatkan kesuburan sistem reproduksi.

Ada beberapa jenis makanan yang boleh anda amalkan untuk membantu anda meningkatkan eksuburan, sekaligus mampu mendaptkan anak yang sihat yang diimpikan-impikan oleh setiap pasangan. Antaranya adalah :-


PISANG

Ia bukan sahaja untuk yang berdiet sahaja tetapi untuk hubungan intim yang hebat. Pisang mengandungi vitamin A, C, B protein dan magnesium. 

Semua nutrisi ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan dan berperanan penting dalam peningkatan dan merangsang pengeluaran sperma.

BIJI LABU

Ia kaya dengan zink dan sangat baik untuk meningakatkan pengeluaran sperma. Bukan itu sahaja, mengunyah biji labu boleh meningkatkan kecergasan dan memperbaiki kerosakan pada sperma. 

Khasiat zink pada biji labu juga melancarkan pengaliran darah ke organ intim sehingga anda lebih mudah ereksi.

DELIMA

Ia turut membantu meningkatkan jumlah sperma dan menjadikan sperma lebih sihat kerana ia dapat mengurangkan kadar malondialdehid iaitu senyawa yang memberi kesan buruk kepada pengeluaran sperma dan boleh membawa kepada mati pucuk. 

Buah delima kaya dengan antioksidan yang membantu memperbaiki sel-sel rosak.

EPAL

Buah yang sangat popular ini sangat baik untuk memperbaiki kesuburan lelaki kerana kaya dengan vitamin A dan C serta mineral yang membantu untuk detoks racun dan zat yang boleh merosakkan badan.

AVOCADO

Ia kaya dengan asid folik dan vitamin B6 yang membantu sperma lebih aktif dan merangsang hormon seksual sehingga meningkatkan kesuburan lelaki.

TOMATO

Lebih mudah untuk mendapatkan buat tomato nie. tomato ada hormon lycopene yang dapat meningkatkan jumlah sperma dan mengandungi sumebr antioksidan yang baik dalam memastikan sperma sihat. 

Selain itu, boleh ambil juga tembikai, strawberi dan sebagainya.

BAWANG PUTIH

Ia mempunyai kandungan vitamin B6 dan selenium yang boleh meningakatkan kesuburan lelaki. Selain itu, vitamin B6 sangat penting untuk menjaga ketahanan badan dan sperma dari kerosakan. 

Kandungan allicin juga sangat diperlukan untuk kelancaran darah ke bahagian organ intim sehingga memudahkan suami bereksi dengan sempurna.
 


No comments:

Post a Comment