Orang dulu-dulu pun dah cakap makan pisang untuk tambah
tenaga. Dan dari dululah mak ayah kita ajar makan pisang nie sebab ia
berkhasiat. Tidak kira peringkat umur, pisang ini amat disukai ramai.
Nama saintifiknya pisang ini adalah ‘paradisiaca’. Tapi
kita panggil PISANG je kan. Heheheh. Bila memakan buah pisang ini, anda akan
suka pada benda-benda manis tanpa menjejaskan diet yang diamalkan tau sebab
satu biji pisang dikatakan mengandungi lebih kurang 110 kalori sahaja.
Di kalangan rakyat Malaysia, buah pisang paling popular
dimakan setelah digoreng dan dijadikan kerepek pisang. Tidak salah memakan
pisang goreng dan kerepek pisang.
Tetapi digalakkan untuk makan pisag segar jika mahu
mendapatkan khasiat buah yang bebas lemak, bebas kolestrol, kandungan garam
yang rendah serta kaya dengan vitamin dan potasium ini. Korang tahukah apa
khasiat dan zat-zat, vitamin dan mineral yang terdapat dalam sebiji pisang?
Meh baca.......
PENAMBAH TENAGA YANG HILANG
Tubuh menggunakan karbohidrat sebagai sumber utama
mendapatkan tenaga. Biasanya mereka yang suka bersenam atau bersukan akan
memilih untuk memakan pisang bagi menggantikan tenaga yang hilang sewaktu
melakukan aktiviti sihat itu.
Oleh itu, tidak hairanlah jika buah pisang boleh
dijadikan makanan tambahan lain yang dimakan bersama makanan biasa anda makan
pada waktu pagi kerana ia akan memberikan tenaga yang diperlukan untuk
menjalani urusan seharian.
MENCEGAH KEKEJANGAN OTOT
Pisang memang terkenal dengan kandungan potasium yang
tinggi. Lebih kurang 400mg potasium terdapat dalam sebiji pisang bersaiz
sederhana. Potasium amat perlu untuk fungsi saraf dan otot yang baik.
Ia juga perlu bagi mengekalkan keseimangan kesihatan
cecair dalam tubuh. Potasium dalam pisang dikatakan boleh membantu mencegah
kekejangan otot selepas bersenam.
MEMPERBAIKI PENYERAPAN ZAT-ZAT LAIN
Buah pisang juga mengandungi vitamin C yang baik. Sebiji
pisang dikatakan menyedia lebih 10mg vitamin C atau lebih kurang 15 peratus
nilai vitamin C yang disyorkan untuk tubuh. Vitamin C mampu merangsang
kesihatan sistem dan sel-sel tubuh. Ia juga mampu memperbaiki penyerapan
zat-zat lain seperti zat besi.
MEMBINA SEL-SEL BARU
Tahukah anda, pisang juga meruakan sumber terbaik
vitamin B6 atau dikenali sebagai pyridoxine. Biasanya vitamin B6 lebih banyak
ditemui dalam produk daripada haiwan. Vitamin B6 digunakan oleh tubuh untuk
membina sel-sel baru. Sebiji pisang diaktakan menyediakan 35 peratus nilai
seharian vitamin B6 yang diperlukan tubuh.
BAIK UNTUK KESIHATAN TULANG
Orang dewasa memerlukan lebih kurang 1.8 dan 2.3mg
mangan setiap hari. Mangan amat perlu untuk kesihatan tulang dan metabolisme
tubuh. Pisang adalah sumber baik mangan. Sebiji pisang bersaiz sederhana
menyediakan lebih kurang 0.3mg mangan.
MEMUDAHKAN PROSES PENCERNAAN
Serat dalam pemakanan amat diperlukan untuk membantu
anda rasa kenyang lebih lama. Ia juga penting bagi memudahkan proses pencernaan
berjalan lancar. Sebiji piang diaktakan mengandungi lebih kurang 3 gram serat
pemakanan. Pilihlah buah pisang bagi memastikan pencernaan dalam usus berjalan
lancar.
Pisang turut mengandungi bahan prebiotik
fructooligosaccharide. Ia menyediakan zat untuk bakteria baik yang ada dalam
perut. Prebiotik adalah komponen serat mudah alrut yang terdapat dalam makanan
yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria dalam sistem pencernaan dan membantu
menghasilkan enzim pencernaan.
Sumber : Mingguan wanita
No comments:
Post a Comment