Sebenarnya ramai yang tidak melihat label
untuk pengambilan minyak ikan. Sembarangan
ambil bolen menjejaskan diri anda untuk jangka masa yang panjang. Dengan pengambilan
dan kaji selidik, anda juga akan dapat manfaatnya untuk jangka hayat panjang
kerana minyak ikan ini SANGAT PENTING
untuk tubuh badan manusia.
Berikutan saranan untuk mengambil 2 hingga 3
hidangan ikan seminggu – terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang
baik untuk memastikan pengambilan EPA/DHA
yang mencukupi. Walaubagaimanapun, tidak semua orang makan ikan secara kerap. Terdapat
juga banyak kebimbangan mengenai risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan
biasa.
Tanpa sedar, kita akan terlibat dengan
risiko pencemaran tanpa kaji selidik. Didalam tubuh badan, kita memerlukan yang
TERBAIK supaya sel-sel bertindak
dengan lebih mudah dan mudah untuk mengalirkan ke dalam darah.
Persoalan yang sering berlegar di fikiran
adalah manfaat kesihatan daripada pengambilan ikan adalah lebih penting
daripada risiko mengambil ikan yang mengandungi merkuri, plumbum atau toksin
lain.
Dengan kebimbangan ini, banyak orang beralih
kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan
diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke
tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.
Apabila anda ingin memilih minyak ikan yang
berkualiti, perhatikan ciri-ciri ini :
SYARIKAT YANG BERKUALITI
Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat
yang boleh anda PERCAYAI, dan
mempunyai SEJARAH PENGELUARAN PRODUK
YANG BERKUALITI.
KETULENAN DAN KESELAMATAN
PENYULINGAN
MOLEKUL – proses meletakkan ikan di dalam keadaan
vakum membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya
dari rosak. Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat,
yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga MENGURANGKAN BAU DAN RASA HANYIR IKAN.
IKAN KECIL ATAU IKAN BESAR?
Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak
menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan
beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin. Apabila kita
perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi biokumulasi. Minyak
ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah BIOKUMULASI TOKSIN yang rendah.
KELANGSUNGAN
Ikan dalah penting dalam pemakanan kita. Kita
harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa
hadapan. Sebuah SYARIKAT YANG
BERTANGGUNGJAWAB akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had
tangkapan serta mengelakkan penangkapan pada musim pembiakan untuk memastikan BEKALAN JANGKAMASA PANJANG SENTIASA
MENCUKUPI.
Dengan panduan ini, anda boleh memilih
produk yang dijamin ketulenan minyak ikan dan juga bebas daripada bahan-bahan
pencemaran didalam laut.
No comments:
Post a Comment