23 July 2018

TIADA LAGI EPISOD ULANG ALIK KE KLINIK BAWA ANAK-ANAK SELEPAS BERIKAN KEPERLUAN NUTRISI YANG DIBEKALKAN SELAMAT & BERKESAN

Untuk anak. Segalanya keperluan mereka kita kena sediakan. Dari makan minum, pendidikan, tempat tinggal, kesihatan dan kewangan. Untuk zaman sekarang segalanya perlu dan KESIHATAN itu jauh lebih penting untuk mereka kerana dizaman yang serba canggih ini, penyakit pun seiring dengan pembangunannya. 

Manakan tidak, dengan cuaca yang tidak menentu, dengan wabak penyakit yang semakin merebak, PERLU untuk kita boasster immunne anak-anak supaya dapat mencegah wabak-wabak penyakit berjangkit pada mereka

Tidak dinafikan, ada kala anak-anak sihat ada pulak ujian anak demam, batuk, selsema. Ada juga yang sekarang wabak penyakit HMDF (penyakit kaki, tangan dan mulut) yang berleluasa di beberapa negeri. Kita sebagai mak ayah tidak boleh  ambil mudah kan. 

Ikuti kisah seorang kakak nie yang mempunyai 6 orang anak dan apabila salah seorang mulai tidak sihat, yang adik beradik yang lain akan mula tidak sihat. Sering kali berulang alik klinik untuk mengambil ubat. Bukan setahun 2 3 kali, tapi tiap-tiap bulan dan bagaimana dia menyelesaikannya untuk anak lebih sihat.

[TIADA LAGI EPISOD ULANG ALIK KE KLINIK BAWA ANAK-ANAK YANG SELALU JATUH SAKIT]

 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya, Najihah binti Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang cahayamata yang berusia setahun setengah.sehingga 13 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang anak-anak saya alami selepas amalkan vitamin Shaklee.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti sudah biasa dengan pengalaman bergilir-gilir menjaga anak-anak yang tak sihat pada waktu malam. Dan sesi ulang alik ke klinik gara-gara anak-anak demam atau sakit silih berganti.

Saya dan suami juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Maklumlah jarak kelahiran anak-anak agak rapat, anak sulung berusia sethn setengah dah dapat adik, kembar pula tu. 3 tahun kemudian, saya melahirkan anak ke-4 pula

Bayangkan ketika itu, anak sulung berusia 5 tahun, anak kedua dan ketiga (kembar) berusia 3 tahun dan anak ke-4 baru lahir. Pada masa tu saya memang belum kenal Shaklee atau apa-apa suplimen.

Dulu, anak saya kerap jatuh sakit; kadang-kadang demam, batuk berkahak, selsema, muntah-muntah dan lain-lain. Bayangkanlah kebiasaannya kalau sorang sakit, sorang demi sorang akan "berjangkit".

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan muka kami anak beranak akan muncullah sama ada di klinik panel tempat saya kerja dahulu @ klinik pakar kanak-kanak.

Dan tiap kali berjumpa Dr Pakar terutamanya, pasti banyak juga caj yang dikenakan. Sebabnya bukan sorang yang sakit, paling tidak dua orang atau lebih.

Dan tiap kali berjumpa Dr pun, ubat yang sama jugalah diberi. Balik makan ubat semua, sebulan @ dua bulan lepas tu memang akan berulang semula. Tapi pada masa tu saya memang tak pernah terfikir langsung tentang suplimen atau vitamin ni.

Sehinggalah pada akhir 2011, saya mula kenal Shaklee. Tapi utk 1 tahun lebih pada awalnya saya hanya ambik vitamin Shaklee untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan amalkan Shaklee ia nampak serasi dengan diri saya.

Saya mula berikan vitamin Shaklee untuk anak-anak pada awal tahun 2013. Antara vitamin saya saya berikan untuk anak-anak ialah Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vita C dan Nutriferon (bila perlu sahaja).

Apa yang saya perasan, selepas konsisten berikan vitamin-vitamin Shaklee ini pada anak-anak, tahap jatuh sakit mereka makin menurun. Kekerapan ke klinik juga makin berkurang.

Kalau ada pun yang sakit (demam, selsema dan sebagainya), sakit-sakit tu takkan melarat untuk satu tempoh yang lama. Kalau nampak je simptom-simptom dia orang nak demam, terus saya berikan Nutriferon. Nutriferon ni amat berkesan tindakbalas sekiranya diambil sewaktu permulaan tanda atau simptom demam dan selsema tu.

Alhamdulillah..kini walau saya berseorangan menguruskan anak-anak, saya amat bersyukur kerana episod ulang alik ke klinik bila anak-anak sakit tak berlaku sekerap dahulu lagi. Kalau badan anak-anak dah ada rasa panas-panas macam nak demam, terus saya akan berikan Nutriferon (paling utama), diikuti Chewable Vita C dan Omega Guard.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Berilah vitamin terbaik untuk anak-anak anda, apa lagi kalau bukan Shaklee sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan seisi keluarga. Saya berharap dengan perkongsian ini, kebaikan vitamin Shaklee akan tersebar serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Sekian. Terima Kasih.

Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.
 

Kita sebagai mak ayah pun rasa gembira bila ahli dalam keluarga sihat dan cergas kan. Mulakan dari sekarang, berikan yang terbaik untuk anak-anak setiap hari dan pastikan mereka membesar bagaikan JUARA.




PERTANYAAN ATAU PESANAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi saya di talian 0192768114. Saya akan membantu untuk pembelian dan penghantaran kepada anda beserta konsultasi, tips dan cara pengambilannya.

JIka anda ingin membuat pembelian secara online, anda boleh 'klik disini' untuk pembelian anda yang lebih cepat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ia akan dihubungkan terus ke website Shaklee untuk pembelian.

VITAMIN ANAK ANDA

No comments:

Post a Comment