APA YANG ANDA
TAHU TENTANG VIRUS ZIKA?
Jom kita bincangkan tentang Virus Zika yang menjadi isu
hangat dunia.
Virus Zika yang dikesan di Negara Amerika Latin terutamanya
di Brazil, Colombia dan beberapa Negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk
Amerika Syarikat berkemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun
2016.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pusat Kawalan
dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai 12 negara yang
disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Carribbean dan
Amerika Latin.
Dan anda mesti tahu juga, Nyamuk aedes adalah punca
penyebaran demam zika yang berleluasa pada masa sekarang bukan 1 negara tapi 1
dunia.
APA ITU VIRUS ZIKA?
Virus zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk
aedes merupakan vector yang sama untuk penyakit demam dan chikungunya. Virus
Zika ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan
penyakit baru bagi Negara seperti Afrika,. Wabak Zika mula merebak secara
meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.
INFO TENTANG VIRUS ZIKA
- Mula menualr di Negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
- Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis nyamuk itu.
- Aedes jenis Aegypti paling banyak menyebarkan Zika dan aedes lain ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii
- Dikesan menular di daerah camacari Brazil pada April 2015
- Nyamuk Edes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menajdi nyamuk aedes.
TANDA - TANDA DEMAM ZIKA
Tanda-tanda utama demam Zika apabila pesakit telah dijangkiti : -
1. Sakit kepala
2. Ruam pada kulit
3. Sakit sendi
4. Mata kemerahan
KESAN VIRUS ZIKA KEPADA IBU HAMIL
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Ia boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling erisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.
Sidrom microcephaly disebabkan virus Zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.
Kesan Virus Zika |
Jangan ambil mudah dalam semua perkara !! Pastikan anda menguatkan sistem imun badan anda!
No comments:
Post a Comment